Thursday, December 31, 2009

Apakah???

Suami mati nikah mentua

Aku baca ini dalam Harian Metro Online. Sila klik tajuk untuk baca. Aku bukan mau mengkritik dan aku jua bukan nak menyalahkan sesapa. Tapi bila aku baca aku amat terkejut. Aku tidak dapat menerima alasan yang diberikan iaitu mengelakkan fitnah sampai sanggup melakukan dosa besar yang terlarang.


Apakah semua ini??? Adakah ini petanda dunia akhir zaman??? Petanda Kiamat sudah dekat???

Aku pernah jua mendengar nasihat dari para ilmuan dan orang tua-tua, bahawa 'Bila kita berkahwin dengan pasangan kita. Ikatan yang terjalin bukan takat kita dengan pasangan je. Tapi seluruh keluarga pasangan kita menjadi keluarga kita dan begitu lah sebaliknya.' (kalo salah tolong betulkan kekawan)

Xtau la nak cakap apa bila baca menda camni. Seperti aku cakap dalam entri aku FITNAH 1 .

'Mulut tempurung boleh kita tutup. Tapi mulut manusia tidak kita terdaya. Walau pun mulut tempurung lagi besar dari mulut manusia.'


Pengalaman seorang kawan.
Mat, kawan aku. Mat nie berkawan ngan seorang gadis, Ct. Mereka adalah sebaya. Mat merantau belajar di kota A dan Ct memang menetap di kota A. Mereka berkenalan dan Mat amat rapat ngan keluarga Ct.

Masa tue Mat masih belajar dan Ct telah berkerja. Mat kerap datang ke umah Ct. Malah Mat juga pernah menjaga mak Ct ketika mak Ct sakit. Mak Ct ni ada sakit jantung. Ye la sudah berumur hampir 70tahun. Ct adalah anak bongsu. Bapak Ct masih berkerja sebagai jaga.

Ketika mak Ct sakit, Mat la menjaga Mak Ct. Pasal Mat student, banyak masa terluang. Ct dan bapak dia memang kerja. So Mat la yang menjaga Mak Ct yang sakit. Ye la orang sakit jantung, kot-kot ada pape susah nanti kalo xde orang.

Memang Mat da anggap Mak Ct cam mak sendiri.

Bila Mat dok jaga Mak Ct, ada la bunyi cot cet cot cet, ngumpat dari orang flat. Biasa la manusia. Kata Mat ngan Mat Ct buat maksiat. wtheck....Mat umut 20-an sedangkan mak Ct umut 70-an ok. Menda ni wat Mat tertekan.

Tue aku cakap kat Mat dulikkan cakap orang. Yang penting kau tau apa yang kau buat tue btol Mat. Allah maha mengetahui.

Bila menda ni sampai kat pengetahuan Bapak Ct dan Ct, diorang pun cakap menda yang sama. Xyah dulik cakap orang. Manusia ni xleh tengok orang lain senang.

Mulut manusia ni susah kita nak tutup.

Dan syukur alhamdullillah. Hubungan mereka masih kekal hingga sekarang. Dan akan berkahwin dalam masa terdekat.


PSP : Mat dan Ct adalah nama rekaan semata-mata. Cuma cerita je betul. Maafkan kalo ada yang terasa xde terniat ingin melukakan perasaan sesiapa pun.

PSP2 : Semoga kita semua dapat mengambil pengajarannya.

Bangkit Dari Api


Blog aku yang ke-3. Yang ke-2 telah ku delete. Bangkit dari Api akan mulakan entri rasmi esok. Sekian.

Blog -Biar Kejam Jangan Keji- tetap beroperasi seiring dengan Bangkit Dari Api. Bezanya aku pun xtau. Korang nilai la.

Selamat Tahun Baru 2010
buat
Semua Kekawan Blogger yang Kukasihi.


Semoga tahun 2010 akan lebih baik buat kita semua.
Aku mintak maaf kalo sepanjang 2009 ni, aku ada wat silap ngan korang semua.
Kalo tulisan yang ku karangkan membuat kamu terasa hati aku minta maaf sesangat.
Aku tiada niat mahu sakitkan hati sesiapa.
Semoga persahabatan aku dengan kalian kekal selamanya.
Sekali lagi,
Maaf Aku pohon atas segala khilaf ku.
Aku bukan sempurna.
Aku hanya penulis Picisan.

Yang Benar,
~0~

Rujuk Bawah

Oleh sebab ramai yang dok muncung2 dari angkat kaki..Jadi aku xbuat la Disqus comment..
Ada siap yang leh wat sangkut hanger xtahan tue...ekekeke...

Apepun terima kasih atas sokongan korang semua. Sayang korang...ekekekek...

Malam ni malam tahun baru...Korang ape projek??Yang bujang je ye. Pasal yang da kawen malam ni diorang projek lain. Al-maklum la malam Jumaat....

Selamat Tinggal 2009
dan
Selamat Datang 2010

Wednesday, December 30, 2009

Sape Sokong

Aku nak wat komen pakai Disquss??? Cambest je aku tengok??

Sape sokong?? Sape bangkang?? Sila bgtau aku. Aku nak yang mesra wat korang..

Sebab aku rasa pakai disquss leh aku blas komen korang ngan segera.

Sape setuju angkat kaki.....Sape bangkang sila moncongkan mulut lelaju..

Sekian terima kasih...

PSP: Cerita Fitnah akan disambung pada bila aku senang. Bedah, Mamat dan beberapa pelakon utama lain sedang bercuti di Baliwood. cess....

PSP 2: Malam ni gi main PES2010 lagi sampai lebam. Nak join???


Ok Chow chin chau sirap bandung sedap pepetang gini...

Nama

Dulu-Dulu
  • Nama biasanya orang tua-tua akan letak ikut nama Para Nabi ke, Sahabat ke xpun ikut nama para ilmuan Islam yang masyur. Cam Yusof, Ibrahim.
  • Biasa orang dulu akan rujuk pada para Ustaz untuk bagi nama. Nama yang bawa maksud baik-baik saje. Sejuk je dengar.
  • Kekadang ada gak pendaftar sengal. Bila suh tulis ade pulak tersalah tulis. Kekadang maksud lari. Cam nak letak Zauki tapi gi tulisnya Sauki dek brader penulis tue. Jadi Sauki la sampai skang.


Skang
  • Letak nama nak gabungan dua tiga nama skali gus. Dua tiga perkataan beb. Memang susah nak sebut. Kalo nama popuan memang naya bakal suami dia nak sebut masa akad nikah. Contohnya kalo nama Suria Intan Delaila Farhana binti Masoud. Xke panjang nama tue???
  • Kekadang tue nama nak ke ala-ala omputih pun ade jugak da skang nie. Xpaham den.
  • Skang ni semua bapak dan mak kena isi. Xdenye orang nak tolong isi da.
  • Ada gak aku terbaca skang letak nama Malaikat cam Mikail. Hurm...Seb baik xletak Izrafil kan.


Apapun banggalah dengan nama yang diberikan. Sesungguhnya ia adalah amat bermakna dalam hidup ini.

PSP : Nama bukan sekadar panggilan semata tapi adalah doa. Setiap kata terlafaz adalah doa.
PSP 2 : Entri ini bukan untuk kontrobersi sekadar menceriakan blog dan berkongsi. Nama dan contoh itu bukanlah dirancang. Seandainya ada yang terasa aku mintak maaf. Tiada niat menjatuhkan sesape pun.
PSP 3 : Aku kebosanan....owhhhhh

Tuesday, December 29, 2009

Fitnah 3

Sambung dari FITNAH 1 dan FITNAH 2

'Mana dapat no nie??'

'Penting Ke??Saya dapat mana'

Bedah seperti merahsiakan sesuatu. Membuatkan Mamat curiga. Memang dia rasa 'Bedah' adalah salah sorang kawan yang ingin memperdajal beliau.

'Xbleh jadi nie' bentak Mamat. Dia mula berasa geram ngan kerenah Bedah. Lalu mndail no Bedah dan menekan butang hijau yang bergambar ganggang telefon pada hanphon chokia beliau.

Percubaan pertama Mamat, gagal. Tiada jawapan. Di cuba dail lagi sehingga kali ke-3 tiada jawapan dari Bedah. Mamat hanya mahukan kepastian dan mengetahui siapa 'Bedah'.

Mamat pun sms Bedah, setelah panggilan tidak berjawab.
'Nape xjawab call. Kalo btol nak kenal'
Mamat cuba menpsiko Bedah.

'Xleh jawab. Bising. Mak marah bergayut memalam'
Bedah trus cuba berdalih.
'Tinggal ngan mak ke??'

'Ye tinggal ngan mak. Awak tengah wat pe??'

'Xbuat ape. Tengah borak ngan kawan. Nape??'

'Jom kluar'

'Bila??Ujung minggu ke??'

'X la. Sekarang la'


'Mamat tengok jam da menunjukkan pukul 3 pagi. Ape jadah Bedah ni ajak kluar pepagi buta. Xbtol ke bedah nie???' getus Mamat sendirian. SMS Bedah tidak di balas Mamat.

10minit kemudian. SMS Bedah masuk lagi
'Jom la awak. Saya tengah bosan nie. Kita jumpa kat Tasik Naga Sakti ye??
Skang tau. Saya da nak keluar'


'Ok'
Pendek Mamat balas.

'Pegi mampus la ko bedah. Gila apa nak keluar memalam. Aku dah pencen dari semua nie' kata Mamat sendirian.

Mamat da tidak mepedulikan handphone nye lagi di ambil nye bantal dan selimut, menjoinkan diri bersama kekawannya yang sedang menonton dvd gusti yang di beli Dollah. Aksi Stone Cold lawan The Rock sedang rancak bermain.

------------------------------------------------

Sambung lagi lah....
Aku nak balik dulu....

PSP: Cerita dan watak serta tempat adalah rekaan semata. Tiada tujuan menjatuhkan sesiapapun. Harap paham.

Beware

UPDATE.........
Ni Bukan Pengalaman aku. Ni emel dari Abang Echam@Webmaster
Dan aku kogsikan agar menjadi peringatan pada semua.
Maafkan aku...atas kesilapan teknikal.

----------------------------------------------------


Semalam aku isi minyak kat Esso Sri Damansara kat area umah aku. Dalam dok mengepam minyak tu datanglah sorang lelaki tanyer aku. Dia nak minta duit ngan aku sebab dh takde duit nak makan. Aku cakap ngan dia aku mane ade duit. Dalam dok sembang-sembang tu dia kuarkan henpon dia. Dia cakap dia nak jual henpon dia kat aku. Yang penting dia nak aku bagi dia duit sbb nak buat belanja. Lelaki ni cakap melayu agak kurang fasih. Aku ajak dia cakap bahasa inggeris pun lagi dia tak paham. So aku layanlah dia dalam bahasa melayu. Aku tanyer dia asal mane? Dia cakap Taiwan. Masa ni aku dah tau dia tipu aku. Tatu penuh kat tangan lagi nak cakap orang Taiwan. Aku syak mamat ni orang Sabah atau Sarawak. Dia tunjukkan henpon dia kat aku. NOKIA EXPRESS MUSIC. Dia nak tolak kat aku RM500. Aku cakap aku takde cash banyak tu. Pastu dia minta aku bayar je RM300 sbb dia mmg perlukan duit sgt2. Lepas selesai isi minyak aku park kete aku kat tepi then aku ambik tepon kat tangan dia. Aku masukkan sim card aku then try buat call. Henpon ni ternyata ok dn berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam dok fikir tu timbul rase 'kesian' kat dalam hati aku. Niat hati aku nak tolong mamat ni. Sblum aku bagi duit kat dia, aku terperasan yang dia ambik tepon tu kat tangan aku dan pulangkan semula kad SIM aku. Lepas pada tu dia campakkan henpon tersebut ke tempat duduk pemandu kete aku. Lepas aku bagi dia duit, mamat ni terus blah tapi yang jadi kemuskilan pada aku dia nampak tergesa-gesa dan satu kemusykilan paling besar dalam benak aku lepas je dapat duit dia pegi ke tepi dinding esso tu dan mengintai aku pergi dari situ. Aku nampak dia buat camtu bila aku pandang dr cermin pandang belakang kete aku. Hati aku jadi tak best sekejap. Terus aku berhenti kat tepi jalan dan test henpon tersebut.

Bila aku pegang je henpon tu aku dah tau, AKU KENA TIPU.... Henpon ni digunakan hanya untuk DISPLAY sahaja kat dalam cermin dan tak boleh berfungsi pun. Aku patah balik cari mamat tu tapi dia dah takde. So semalam aku memang aku kena tipu bulat-bulat ngan mamat tu. Mungkin semalam lepas aku blah dari Esso tu, dia bersorak keriangan kerana berjaya mendapatkan RM300 atas sebab KEBAIKAN aku yang mudah kesian kat orang. Peristiwa semalam tu bagi aku pengajaran. Lepas ni aku janji, kalaulah datang pada aku orang merangkak sekalipun yang cakap dia takde duit jangan harap aku bagi seposen pun kat dia. Dunia harini dah tak boleh nak percaya itu semua. Penuh tipu daya.

Pada semua yang membaca tulisan aku ni harap korang lebih berhati-hati bila berada di hentian rehat dan stesen minyak yang mempunyai kemudahan ATM. Setan-setan camni sentiasa berkeliaran untuk kenakan kita. Aku percaya satu hari nanti mamat ni akan kantoi gak. Cuma masanya belum tentu bila.

Malam tadi aku ada sembang-sembang ngan Pegawai penyiasat Jenayah Perdagangan IPD PJ. Dia tanyer aku nape boleh jadi camni. Aku pun tak mampu nak jawab apa-apa. Niat aku nak tolong orang tapi aku lupa yang dengan kebaikan tersebut aku akan rugi. Dia gelak je. Emmm.. sbnarnyer kejadian ni dah banyak berlaku dan sebelum-sebelum ni orang Sabah yang banyak wat keje ni. Semalam pegi jugak cari mamat ni tapi tak jumpa plak. Dah lari lah tu. Memang takde rezeki akulah RM300 tu. Redha jelah dgn semua tu. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar henpon tersebut.






PSP: Kredit wat abg Echam@Webmaster. Ni aku dapat dari emel beliau. Terima kasih bang

Monday, December 28, 2009

Tegang


Harap yang tegang akan kendur.
Dan yang longgar akan rapat.
Hidup ni xleh lari dari masalah.
Ape pun yang mendatang terpaksa jua kita tempuhi.

Kemana pun kita lari masalah xkan pernah lari.
Ia pasti datang mendampingi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba-Mu.

Tenangkan jiwa ku.

Semoga aku sabar mengahadapi ujian-Mu.

Aku tunduk pada Mu.

Pada Mu jua aku bersujud dan mengadu.
Ya Allah ampuni dosa ku.



Avatar

Buah tangan James Cameroon, dulunya penah glamer ngan Titanic. Titanic sampai skang aku x tengok lagi cite nie. Lama btol. Ape yang aku tau cite nie fames ngan 'U jump, I jump'. Tapi bagi aku 'U jump, I dont want. Dont worry i will find another one'. hahahhahahaah

Filem Avatar ni aku tengok ari Sabtu lepas tayangan midnight (pagi Ahad le). Filem ni memang lama gile. 2jam 30 minit.

Cite pasal seorang Marin, Jake Sully yang menjadi bidang terjun untuk menggantikan kembar beliau seorang saintis untuk mengemudi Avatar. Tujuan Avatar ni di buat untuk kaji gaya hidup kaum ape ntah yang duduk kat Pandora. Muka cam rimau pun ada. Ekekeke....

Jake Sully nie sebenarnya OKU. Kaki beliau lumpuh. Bila jadi Avatar ni dia dapat badan yang sempurna. Boleh berlari dan berjalan.

Jake berjaya mendekati kaum tersebut dan cuba berbincang untuk mengerahkan kaum tersebut berpindah dari hometree sebab diorang nak kawasan tersebut yang mempunyai sejenis mineral yang amat berharga. Tugas jake pada asalnya untuk mengelakkan kekerasan digunakan. Tapi bila Jake berada dalam kaum tersebut dia da jatuh cinta pada suasana, mesyarakat dan awek (heroin cite nie).

At last, Jake la jadi general kaum tue utk lawan balik pasukan tentera yang menyerang hometree. Biasala hero kan. Nak tau lagi tengok la sendiri.

Cite ni memang menggambarkan Amerika yang sebenar, akan menggunakan apa saja cara untuk mendapatkan apa yang diorang mahu. Cam yang jadi kat Iraq. Nak dapatkan monopoli minyak diorang serang negara tersebut. Sama la yang digambarkan dalam cite Avatar nie. Nak dapatkan mineral tue diorang serang rumah kaum tersebut.

  • CGI dan 3d dalam cite nie memang gempak habes.
  • Gambaran alam sekitar di planet Pandora memang gempak dengan binatang-binatang dan pokok-pokok dia. Warna-warna yang digunakan gak menarik.
  • Motif sayangi alam sekitar ada gak. Keseimbangan alam perlu di jaga.Setiap makhluk di planet adalah saling berhubungan. Ekologi.

PSP : Persoalan yang timbul antara aku dan kekawan. Camne diorang melakukan hubungan seksual?? Adakah menggunakan sel kat rambut yang cam USB tue yang leh di cucuk di mana jua. ekekkekee

Sunday, December 27, 2009

Tips

Antara tips berguna semasa hari raya Qurban nie.


1) Balik la berpakaian begini bagi lelaki untuk memastikan anda menjadi mangsa kurban. (kalo da potong pun potong kali ke-2 ok gak)


2) Bagi perempuan, kalo xde tiket bas ke ten ke, sila berpakaian sebegini pasti anda dapat tiket free. (bukan tiket balik kg pun tiket ke spital gila)

3) Pada yang laki jangan wat menda xsenonoh camni ngan budak sekolah. 20 sebatan beb. (Balasan kat sana toksah cite. Sendiri mau ingat)
4) Ni pun salah satu cara untuk mendapatkan seat dalam train. Ok. Tren time raya ni biasa la penuh kan. Pakai gini konpem dapat seat. (xpun dapat katil kat spital gila)



5) Kalo agak nak makan penerajang sila la wat sebegini.

6) Ni masalah sangat bila kalo da banyak sangan makan daging. ekekekekke


7) Jangan la wat gini kalo korang kenyang sangat makan daging pun ok. Kang x pepasal makan penampar free...
8) Ni kes banyak makan daging kambing tue yang panas tu badan. Amacam sexy x??

9) Pada mak budak sila la kesian kat anak-anak, xsiap kerja sekolah gini la jadinya..


Sekian tips untuk kali nie...heheheheh

Xtau nak kata

Salam. Pala otak aku tengah blur nie. xtau nak cakap ape. Cuti 3hari da nak abes. Hari nie da Ahad, esok Isnin la. Ape lagi....Esok kena keja la. Kena gosok baju seluar..ohhh...

Hari Jumaat, 25 Disember 2009, Jumaat lepas la tue. Buat pertama kalinya, aku semayang Jumaat kat kawasan aku bermaustatin. Ye la, 3 minggu berturut kita akan cuti hari Jumaat, penghulu segala hari.

Tapi teramat sedih apabila khatib sedang membaca khutbah, jemaah kat luar pun sibuk berkhutbah. Yang remaja, dengan cara mereka. Yang dewasa pun xkurang jugak, nak dok berborak sakan.

Yang remaja ni aku tengok umur da belasan tahun, mungkin bersekolah menengah sudah. Tapi dok berborak. Yang tak tahan diorang siap buat bulatan, cam usrah. Dok berborak sakan masa khatib baca khutbah. Memang suara khatib tenggelam dek suara mereka.

Bagi aku, umur belasan tahun da patut tau syarat sah semayang Jumaat. Kalo xtau pun, hormat lah jemaah lain dan khatib yang sedang berkutbah. Adab dalam masjid kena la jaga.


PSP: Al-Fatihah buat penumpang Bas Sani Express yang maut.

Thursday, December 24, 2009

Bomba


Aku tengok ni kat brita harian online.
Nice picture and nice capture.
Mungkin patut tambah budget untuk ganti hos bomba.

Bomba ni penting kalo di tengok kat euro, bomba sangat diorang hargai.
Ye la. Kerja bomba nie bahaya.
Nak selamatkan nyawa orang lain diorang perjudikan nyawa sendiri.
Tahniah buat bomba.
Mereka adalah wira.

Aku Gian

Aku gian teramat. Sumpah aku xisap dadah. Aku xisap rokok. Isap gula-gula, aku isap. Menda lain korang jangan tanya??Ok...Paham.

Aku jugak tengah sangap. Bukan sangap popuan. Ok....

Tangan aku terketar-ketar, hati aku berdebar-debar. Aku teramat gelisah. Camne nie??

Perlu ke aku delete blog nie?? Tutup trus??

Baru sehari aku xjenguk masuk. Itu yang aku rasa. Siot btol.

Aku da gian berblog. Aku jugak gian nak komen blog korang. X buat menda nie aku rasa kosong. Siot btol la. Senak jiwa raga aku.

Maafkan aku. Aku masih xmampu hilangkan ketagih pada -Biar Kejam Jangan Keji- dan pada blog korang.

Wednesday, December 23, 2009

Tajuk cam ape kan. Entri nie bukan soal teruna atau dara. Bukan juga soal kain putih yang suci lagi jernih. Ia juga bukan lah iklan Clorox atau Vanish.




Gambar nie aku pun xingat masa Majlis apa. Tapi yang nyata ia adalah gambar pada aku masa form 5 kalo xsilap.

Korang tengok la picture tue. Muka suma jernih lagi. ekekeke...

Time nie suma pun masih suci lagi. Masih belum ternoda. hahahahha....

Skang korang jangan tanya malas aku nak cita.


PSP: Skang aku terkenang kekawan lama. Nyata skang da membesar sihat lagi comel. hahahahha

Fitnah 2

Kesinambungan Fitnah 1


Pada suatu malam, jam 11.30 malam. Hp chokia milik Mamat mengeluarkan bunyi ala-ala kentut. Menandakan terdapat satu pesanan ringkas dari seseorang. SMS la tue. Mamat pun amik HP dan baca SMS tue.
'Hye awak. Selamat Malam. Sombong ye skang'

'Sape lak sms memalam buta cenggini.' getus hati Mamat. Diperhatikan Mamat no phone pengirim misteri tersebut. Di semaknya dalam list phonebook yang ada. Ternyata no tersebut tiada dalam simpanan Mamat.

'Sape la nak kenakan aku memalam ni. hurmmm...Xpe kita layan dulu' getus Mamat yang masih tertanya-tanya sape pengirim tue. Mamat pun SMS untuk tahu lebih lanjut lagi. Mamat memang suke dajalkan kekawan rapat beliau. Memang stail diorang. Dajal meperdajal. tapi xde sampai tahap bunuh-bunuh.
'Sombong ape jadah. Ko pun aku xkenal sape. Sape ko nie?'

'Ni saya la. Bedah. Xkan xkenal'

'Bedah mana plak?? Xkenal pun Bedah'


'Memang la. Xkenal sebab saya baru nak kenal ngan awak'

'Biar btol si Bedah nie. Ni mesti kekawan aku nak dajalkan aku. Xpe.huhhh' getus Mamat lagi.


Sambung nanti.....


PSP: Hidup ini penuh dugaan. Kerna dugaan lah akan mematangkan kita dan mengajar kita menjadi insan atau setan.

Tuesday, December 22, 2009

Goodbye For Now




Dulu aku ada 2 blog, Biar Kejam Jangan Keji dan Kisah Kiah. Tapi ari ni Kisah Kiah aku da delete dan aku gantikan Bangkit Dari Api.

Apa akan ku tulis biar la dulu. Bangkit Dari Api akan mula da mula bangkit dan akan mula terbang pada 2010.

Biar Kejam Jangan Keji akan abadi buat sementara. RIP.

2-3 entri da siap tunggu publish je. Aku da auto publish.

Goodbye For Now


Telah Ku Delete

Entri aku, 'Mengelirukan' telah aku delete.

Aku mintak maaf pada Cik Ros pasal apa yang aku da cakap dalam entri sebelum nie. Ni link blog beliau.


Mungkin disebabkan typing error masalah ni timbul.

Dan seperti kata plainjane, bila tersalah type blogspot menjadi blogpot atau blogsot. Automatik akan link ke web Bible Studies. Berhati-hatilah.

Aku da try type:
http://www.fly5483.blogpot.com/
http://www.fly5483.blogpsot.com/


Mungkin ni cara mereka menyebarkan agama mereka. Sape lemah pasti akan terpesong.



PSP : Ada gak rerakan blogger yang terkeliru antara ~0~ dengan Si Kosong. Aku dan Si Kosong adalah orang berbeza. Mungkin nick yang sama. Sekian.

Monday, December 21, 2009

Suara Kubur

Penunggu. Orang melayu taksub ngan penunggu ni suma. Orang dulu-dulu la percaya menda ni suma. Busut anai-anai pun ada penunggu, kubur lama la, memacam. Orang skang xde la sangat dah kot. Ada lagi ke???

Berbalik pada cite penunggu nie. Kita tengok siapa yang terlibat.

Pada suatu pagi yang henig, langit cerah benderang. Udara yang nyaman. Ayam berkokok bersahutan. Kambing kambing mengembek. Kerbau dan lembu menguap. Decit-decit halus burung-burung berterbangan. Menjadi irama indah di pagi hari.

X cam KL ok. Ni kampung zaman dulu.

Orang kampung, cam baisa la. Bangun pagi pekana kopi O panas sama ubi kayu rebus cecah kelapa muda. Perghhh...memang cara beb. Duduk di beranda umah santai-santai sambil hirup kopi. Gulung rokok daun. Sedut asap itam pekat masuk dalam peparu. Rilek. Hembus asap wat bentuk bulat. Layan.

Da siap sarapan pagi dan hisap rokok daun. Bergerak la dia ke kebun dengan sebatang cangkul. Nak mengcangkul tanah. Buat benting tanah nak becucuk tanam. Tue la keje orang dulu, bertani. Berjasa pada tanah nak membesarkan anak cucu. Xde nye gi masuk opis ber'e-cond' dan ngadap komputer. Pastu main tekan-tekan keyboard je.

Sampai kat kebun dia pun mulalah kerja-kerja mencangkul tanah. Membuat batas-batas untuk di tanam sayur-sayuran. Untuk di beri makan anak dan bini. Lebih boleh la di jual di pasar. Sedang dok mencangkul xsedar matahari da tepat di kepala. Sudah tengahari. Rehat la sebentar dia di balik belakang pokok. Pekena rokok daun dan bekal yang di bawa sebelum solat zuhor dan sambung kerja.

Bersebelahan kebun ada sebuah kubur lama, terpisah oleh denai halus. Dalam dok melayan rokok, terdengar bunyi tapak kaki menghampiri. Seorang wanita dan anak kecil. Agak nya dari pasar. Banyak barang di bawanya.

Sampai di kawasan kubur tersebur. Wanita tu pun berhenti.

'Minta ampun, tok. Cucu mu nak lalu. Jangan di ganggu ye' kata wanita itu.

'Silakan lah lalu. Jangan segan' sahut dia yang dok rehat di balik pokok dengan buat suara sedikit garau.

'Yeeee....Baikkkkkkkkk' jerit wanita itu.

Di dukung anaknya, kain di selak paras lutut. Terus mula langkah seribu beliau. Pecutan yang mampu mengalahkan Watson Nyambek. hehehhe...

Dia yang duduk berehat. Tergelak melihat wanita itu lari. Agaknya di pikiran wanita itu, suara itu dari kubur.



PSP: Jangan la taksub pada menda x berfaedah nie. Allah Maha berkuasa.

Fitnah 1



Mulut tempurung boleh kita tutup. Tapi mulut manusia tidak kita terdaya. Walau pun mulut tempurung lagi besar dari mulut manusia.

Lidah lebih tajam dari mata pedang (da repair....tadi aku eja pedam...cess). Dari lidah boleh menghancurkan satu nyawa, bangsa dan negara.

Sunday, December 20, 2009

Membesar

Xde ape aku nak tulis kat sini. masih xde idea nak tulis sebenarnye. hehehe

Ni gambar anak buah aku. Ntah la yang ke berapa. Jap aku kira. Xsilap aku ni yang ke-13 kot. Anak buah aku da 13 orang. ish....Da ramai anak aku nie. Muda lagi aku rupenye, heheheh....

Nama: Hanif Nukman

Umur: Setahun sebulan

Hobi: Panjat tangga, main kat dapur, buat muka manja suh dukung, suke mandi. Lain-lain nanti aku update lagi. Ooo....Lagi Satu suke sangat kat Mickey mouse.

Cita-cita: Rahsia



Ketika 3 bulan lebih

sama gak tika 3 bulan lebih






Time nie da umur setahun da..Da pandai wat muka seposen

Ni gak tgh wat muka seposen


Amacam...Dia senyum??
Sama ngan aku kan....ekekek


Ni lak gambar dia ngan sepupu dia, Akil.


PSP: Sila jangan tergoda pada beliau. Aku jeles...ok.

Saturday, December 19, 2009

hadiah dari cik solehah

Salam kekawan blogger...

Aku xde ape nak cite. Pic atas ni adalah ghupe hadiah yang aku terima dari CIk SOlehah.

Tima kasih cik solehah.

Nak cite pasal menda lain ade tapi aku malas nak menaip. Malam kang ke abes bola kita bercerita lagi ok.

Tahniah wat team bola Malaysia yang dapat emas ari tue.

PSP: xsempat nak jenguk blog korang lagi. mintak ampun.. Nanti hamba gi skodeng ek. Malam nie. I promise

Thursday, December 17, 2009

Hijrah


Salam Maal Hijrah 1431
buat Semua kekawan bloggers.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam
dan esok lebih baik dari hari ini.

Sempena Hijrah 1431
Bersamalah kita berhijrah kearah yang lebih baik.
Semoga kita sentiasa di berkati-Nya dan mendapat rahmat-Nya.


PSP : Mintak tolong rerakan blogger dan pembaca mendoakan agar Pn. Samsiah (bakal mertua aku) cepat sihat. Sakit jantung beliau sedang menyerang dari Raya Haji sampai skang. Mintak tolong kekawan sekalian

PSP2 : Sama lah kita menyedekahkan Al-Fatihah buat bapa kepada En. Bokhari (x-KT) yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan yang beriman.

Wednesday, December 16, 2009

Aku kamu

Aku mau kau disisiku
Aku mau kau dekat padaku
Aku mau peluk kau erat-erat

Kamu segalanya bagi aku
Tanpa mu aku lemah
Tanpa mu aku kalah

Hanya kamu yang aku mau
Aku tau aku insan berdosa
Banyak melakukan silap pada kamu
Tidak tau menghargai kamu

Tapi hakikatnya
Aku sayang kamu
Aku cinta kamu

Maafkan aku kerana menyakitimu
Ampunkan aku atas segalanya
Aku merayu pada mu

Biarkan aku tenang
Andainya ku tutup mata
Hanya satu ku mau kau tau
Hanya kau selamanya dihati ini
Tidak akan ku berpaling

Klasik


Gambar versi klasik. Aku rembat dari fesbuk member aku.
Gambar tahun 2002 kalo xsilap aku.
Gathering x-KT sempena Majlis Hari Raya.
Ni suma x-KT 00/01 yang blaja kat Kolej Mara Kulim.


PSP : Time ni suma slim-slim dan bujang lagi. Skang nie xkira laki ke perempuan da ade yang da kawin dan pregnant.

Addict

Aku tengah addict skang. Kalo mat pit tengok pun dia tabik spring. Kalah diorang punye addict kat drug haram j itu. hurm....Aku pun xtau ape nak jadi.

Bebudak hidu gam pown xjadi cam aku. Kau tau nape?? Sebab diorang x sempat nak buat cam aku. Diorang sibuk hidu gam je. Xde keje len ke. Cuba la hibu menda lain pulak. Hidu bau sate ke, karipap ke, ayam pusing ke, kek pandan ke....Kan lagi bagus.

Broadband aku da makin slow. ekekeke...

Aku skang tengah addict mendownload. Sape addict cam aku?? Sila angkat ibu jari kaki anda. Sekian terima kasih.

PSP: Hari ni da siap 1 cite dan game dalam proses. Cite ape??Nanti aku da tengok aku share.

Tuesday, December 15, 2009

The Tournament

Semalam aku tengok movie. Bukan kate TGV atau GSC mahupun MBO. Bukan di Satu Utama, Sunway Tiga Segi atau Tengah Lembah. Hanya menonton di TV kecik yang bersaiz 21 inci jenama Meck. Bukan Sony, bukan Aiwa. Aku pikir Meck nie jenama China kot. Xpon Taiwan.

TV ni pon bukan la LCD yang superb slim, yang ade HD suma tue. Bukan yang iklan guna Kaka dok timang bola tue. Bukan semua tue. Ni tv original punye. Yang muncik perutnya itu. Yang boroi di depan dan tonggek di belakang. Itu la tv yang ku gunakan.

Berbalik kepada ceritanya. Aku tengok cite The Tournament. Sumpah aku cakap, DVD yang aku guna adalah DVD pirate. Bukan original ok. Aku xsokong industri cetak rompak ni suma. Aku menci lanun mahupun Ah Long. Tapi apekan daya. Nak beli DVD original xmampu. Kalo original harganya RM10 akan ku beli tapi kalo da RM 100 memang x la. Ape jadah beli ori2 suma tue. Tengok sekali campak tepi. Tapi DVD ni bukan aku punye. Kawan aku beli. Da lama aku xbeli DVD ok. Download je. hehehehhehe

Berbalik pada cite nie. Citenya pasal satu pertandingan yang di anjurkan oleh satu sendiket. Pentandingan antara Assasins-assasins dari seluruh dunia. (Tapi wakil Malaysia xde ok.) Cite dia pasal bunuh-bunuh, tembak-tembak je. Memang 18SG.

Ade 30 perserta semuanya. Dan dalam masa 24jam diorang perlu membunuh sesama sendiri. Kira Last Man Standing la. Pemenang akan terima hadiah wang tunai. Bape ntah. Setiap peserta dilengkapkan dengan satu pepijat untuk kesan kedudukan diorang. Dan pepijat ni jugak ade bom. (cam biasa la cite camni. Tengok the condenmed lakonan Stone Cold)

Jika dalam 24jam xde pemenang juga. Semua peserta akan mati. Pepijat nie akan meletup. Pergerakan peserta di kesan melalui CCTV. Manakala peserta dilengkapkan dengan device untuk kesan kedudukan lawan diorang.

Nak tau lagi tengok sendiri.

PSP : Aku bosan....

Monday, December 14, 2009

Loser

Loser...Ye Loser...Itu aku...

Bila ingat kembali. Aku selalu menggelarkan diriku Loser dulu. Kerna masalah dalaman. Ku menggelarkan diriku Loser.

LOSER = orang yang gagal.

Orang yang gagal. Terukkan bunyi nya. Leh kata tiap ceruk buku akan aku coret perkataan Loser. Bagi aku Loser da menjadi sign diri aku. Hurmm....Dan antara word yang aku suke tulis ialah
'Fly Loser Fly'
&
'Biar Kalah Jangan Mengalah'

Tapi perkataan Loser nie la memberi semangat dan tekad pada aku. Memberi inspirasi pada aku. Kerna walaupun aku tulis Loser dan menggelarkan aku Loser. Aku ada tekad di hati. Aku ingin berjaya. Aku ingin ke puncak.

Word diatas memberi semangat pada aku. Kerna bagi aku 'Loser can be a Winner'. Cuma usaha dan masa akan menentukan. Ku buktikan ia.

Langkah ku ke puncak mungkin tempang. Tapi ini gaya ku. Ini cara ku. Kerna aku adalah aku dan aku bukan kamu.

Aku terima setiap hasil dari usaha ku. Sama ada bagus atau tidak. Itu adalah hasil usaha aku. Dan aku tetap bersyukur. Dan terus bertekad untuk berusaha lagi.

Sememangnya tekad dalam hati memberi kesan. Kerna dari situ minda akan terkawal. Minda akan terfokus. Sebab tu la kot, Agama Islam mengajar kita untuk memulakan sesuatu dengan Nawaitu (niat). Bila sudah niat yang kukuh sudah tertanam kita akan fokus. Kita akan nekad. Kan cuma antara kita sedar atau tidak je.

Kini aku syukur aku di sini. Dan sampai kini aku belum puas. Aku tetap yang dulu Loser. Loser tue skang aku gantikan dengan ~0~. Tanda '~~' memberi tanda kepak. Dan '0' bermakna kosong atau loser. ~0~ memberi maksud si Kosong yang terbang untuk mencapai puncak jaya.

PSP: Kita semua adalah pemenang. Dan kita semua boleh berjaya. Berusahalah.

Friday, December 11, 2009

Hobi

Si A : Aku tengok semua geng kita da maju da skang.
Si B : Aaahh....Semua da makin maju.
Aku : Aku jugak la sama beb.
Si A : Semua maju beb. Ko pun sama. Dari single ke bertunang. Dan ada gak yang da kawen.
Si B : Ade gak yang maju sampai perut da cam orang popuan ngandung 5 bulan.
Semua gelak besar.

Aku dan semua kekawan da makin maju. Aku pun memang da maju. Hari-hari dan saat-saat yang mendatang da mematangkan aku. Papepun aku maintain muda (Ayu vodoo jangan kedengki...ekekekke)

Aku juga da menambah hobi baru aku kebelakangan nie. Dari suke kumpul komik. Aku da tambah kepada kad pulak. Bukan kad topup mahupun kad daun terup. Kad daun terup wat main poker je ok. Ape jadah daun terup wat koleksi. Kad yang aku kolek adalah..........











Kad Kawen
*di curi dari Puan Google.


Memang kad-kad disusun cantik. Jemputan majlis-majlis perkahwinan jugak tersusun cantik sampai tengah tahun depan. Abes da kelendar cina lumba kuda tue di conteng. Agar x lupa.


PSP: Kuat btol penangan musim mengawan dalam idop aku nie....Aku nak herbanisasi la pas nie.






Gagak


Crows Zero cite yang di adaptasi dari manga. Aku tengah addict cite nie. Aku first tgk Crows Zero masa aku keje kat Johor dlu. Tahun 2007. Best citenya.

Cite pasal sekolah ntahapaapntah, Suruzan. Dalam cite ni xde pun aku tengok diorang blaja. Gaduh je kejenye. ekekeke...Tapi cite memang best. Bak kata member aku cite bergenre 'gangster komedi'. (Suke ati je membe aku nie)

Cite ni bermula ngan Genji (Shun Ogiri) yang masuk ke Suruzan untuk jadi leader Suruzan. Tapi untuk jadi leader tue dia kena kalahkan dulu beberapa team-team dalam sekolah dia. Banyak babak fight ala-ala samseng jalanan je tapi lawak stail Jepun pun banyak gak. Bagi aku cite nie memang layan gile.

Walaupun cite pasal gaduh-gaduh je. Ada banyak moral value dalam cite nie
  • Semangat setia kawan yang tinggi. Tidak kira susah atau senang
  • Bersatu untuk mencapai kejayaan dan mempertahankan maruah
  • Tidak putus asa untuk berjaya
  • Semangat juang yang tinggi
Selebihnya korang tengok la sendiri cite nie. Ok.

Xyah beli DVD pirate download je. ekekekek
Crows Zero
Crows Zero 2

PSP: Aku tunggu Crows Zero 3 plak.

Biskut

Cinta bukanlah biskut marie.
Yang boleh didapati dikedai-kedai. Yang boleh dibayar dengan sejumlah wang.
Cinta tiada harganya. Oleh itu hargai la ia.

Cinta bukanlah biskut marie.
Yang ada pelbagai perasa. Coklat, kopi atau vanila. Rasanya tetap manis dan sedap ditelan.
Cinta tidak selalu manis kerna ada pahit, tawa dan tangis didalamnya. Walau ape pun rasa, telanlah ia, terima lah ia seadanya. Kerna dimana ada pahit percintaan di situ ada kemanisannya.

Cinta bukanlah biskut marie.
Yang boleh kita genggam selamanya. Yang poleh diletakkan dalam kocek jika mahu.
Cinta kekadang perlu kita melepaskan. Cinta bukan bermakna kita memiliki atau merajai. Cinta umpama raja dan permaisuri yang saling melengkapi.

Cinta bukanlah biskut marie.
Bila kamu kunyah dan telah ia akan hilang bentuk nya.
Cinta ada pasang surutnya. Boleh hilang dan kembali lagi.



PSP: Aku rindukan biskut bentuk kapal terbang yang berperisa pedas manis dan manis. Owh nikmatnya.....

Thursday, December 10, 2009

Perlu ke??

Perlu ke aku cari kerja lain???

Tadi masa dalam opis abang dalam opis tue tanya aku xde minta kerja tetap dalam garment ke??Xpun dalam badan berkanun??Atau uni-uni???

Aku jawab wat masa skang xde lagi panggilan terbaru. Bab mintak kat badan berkanun dan uni penah beberapa kali apply tp xpernah ada panggilan interview pon.

Hurmm....Bila ditanya begitu nie wat aku nak cari keje lain nie. Sampai skang aku xde lagi dapat kerja yang permenant semua on kontrak basis. hurmmm....

Mungkin gak belum rezki aku.

Mungkin gak pegembaraan ni baru nak mula. hurmmm

Hati

Pakai seluar jeans kaki kecik dan koyak-koyak, xsemestinya rock dan ganas. Suh jadi imam semayang steady je dia tukar kain pelikat dan imamkan semayang.

Pakai spek mata tabal, suar atas pusat, side dia baik punye iron kalo kena siap-siap boleh luka, xsemestinya baik dan alim. Kekadang tue pakai je cenggini tapi perangai cam haram gak.

Ramai lagi orang yang jenis 'judge book by the cover'. Suke menilai dari luaran bukan hatinya.

Ubah la sikap ini, cuba kenali lebih dahulu baru nilai. Jangan main bagi gred je trus.


"Kalo kulit durian tu cun xsemestinya isinya tebal dan cantik. Kekadang ada jugak isinya yang buruk atau berulat"

"X jugak semua Durian D25 tue isi nya cantik. Lain buah sama pokok dan sama spesies pun tentu x sama isinya."

Begitu juga manusia. Renungkan lah.

Wednesday, December 9, 2009

Tragedi KB Mall



Ni just pandangan aku je la. Bukan ape pon.

Bila aku dok tengok banyak artikel pasal paper dan pelbagai pihak dok beri pandangan memasing. Dan ada gak komen dari VVIP. Tp aku tengok komen dari Tuan Guru Nik Aziz paling releven dan sempoi. Dimana Tuan Guru cakap
“Payah kita nak fikir, ini kuasa Allah, dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh dan jatuh. “Ini di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya ketika melawat tempat kejadian.

Boleh refer sini.

Bagi aku sebab komen beliau x menyalahkan sesape. Tapi menganggap ianya suatu kemalangan. Dengan kehendak Allah swt, semua boleh jadi. Mungkin ramai yang x menyangka dok dalam mall gitu pun leh maut. Maut xkenal masa dan tempat. Btol la orang tua cakap 'Malang tak berbau'.

Dan bila di tengok ada jugak la yang mengomen bahawa 'Kalo ade besi (rebar) dalam tue. Rempuhan tue x kan tembus ke bawah dan x kan terjadi kemalangan tue'.

Ok la ye. Sebenarnya dinding yang dilanggar tue adalah untuk Ventilation System iaitu Sistem Pengudaraan. Dan leh kata kebanyakkan bangunan, dinding ventilation system sebegitu hanya menggunakan brick wall (dinding batu bata). Xpernah lagi ade design guna Reinforce Concrete untuk dinding sebegitu atau pun guna Precast System.

Oleh itu leh kata la kalo keta langgar ngan halaju tertentu dinding tue leh roboh. Lagi satu bangunan xpenah di design mempertimbangkan faktor dilanggar kereta. Faktor beban angin ada la.

OK la xguna bebel panjang. Bagi aku semua nie adalah kemalangan dan terjadi kerna Kuasa Allah swt. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang boleh kita amik. Sama lah kita renungkan.


Gambar

Aku nak upload gambar dari handphone tua aku nie x lepas-lepas. Geram btol aku. Memang menguji kesabaran tahap polis angkasa gaban aku nie. Huh.....

Ni wat aku nak sambar DSLR sejibik nie..


PSP: Thanks wat cik Solehah kerna kiriman hadiahnya. Aku hargai yang teramat sangat. Thanks a lots

Tuesday, December 8, 2009

Surfing

Surfing adalah sejenis sukan lasak air. Dan aku suka gak tengok video-video orang main surfing nie. Hebatkan...Kalo boleh buat cam picture kat bawah nie..Cambest je..



Tapi kebelakangan nie aku tengok ada beberapa kereta yang letak surf board kat atas bumbung keta diorang. Kat mana diorang surfing ek???Ade pantai yang leh surfing ke kat Malaysia nie??


Satu hari aku meronda ngan kekawan aku kat KL.
Aku: 'Keta tue ada surf boad la. Mana diorang main ek??'
Si B: 'Tu la mesti best kan. Aku pun suke menatang nie. Ada ke kat KL?'
Si C: 'Ada kat Sunway.'
Aku: 'Sunway ada ek??Mana best x original.'

Selamba je si D yang diam dari tadi menjawab.
'Mana ada. Diorang tue prepared untuk banjir tue. Wat redah air bah.'


Peragut

Isteri diragut, suami maut

Aku baca berita dalam metro seperti tajuk diatas. Aku rasa golongan peragut ni xpatut digelar peragut tapi boleh la di panggil pembunuh. Celaka.. Suka ati je amik harta orang dan nyawa orang.

Aku sarankan hukuman lebih teruk dikenakan pada mereka nie. Kasi hukum mati pun bagus gak. Kalo nak penjara nak kena bagi makan lagi kan. Susah jugak tue...

Takziah pada mangsa tesebut dan mangsa kemalangan di KB Mall.

Monday, December 7, 2009

Selagi Ada Rindu



Layan lagu dari Pak Long- Selagi Ada Rindu.

PSP: Adakah ni bahana musim mengawan yang sakan adanya jemputan nasi minyak yang bertalu-talu???

Sunday, December 6, 2009

Renungkan-remake 2


Cantikkan permandangan bunga api nie, nie kat Putrajaya. Lain pulak kat Palestin. Kat Palestin adalah seperti gambar kat bawah nie.





Ni yang terjadi.

Hasilnya, Sekolah yang terbakar.


Dan mangsanya, kanak-kanak yang tidak berdosa.


Ni la menda yang digunakan. Fasforus putih yang digunakan oleh Zionis-Yahudi untuk menyerang Palestin. Boleh refer kat sini.


Renungkah lah wahai sohbat.

Friday, December 4, 2009

Renungkan-remake 1

Oleh kerna ramai xleh tengok pic dalam entri aku Renungkan, maka aku akan wat balik entri tue. Tapi diberikan rentak dan nafas baru dengan gaya nyanyian aku yang suara memang sumbang haram nie. Ok.

Tapi sebelum entri tue aku wat. Layan la lagu nie dulu.



PSP: SOAD antara band yang aku suke kerna muzik dan mesej keamanan yang dibawa dalam lirik mereka.

Cinta

Cinta ibarat satu perjudian.

Entah akan menang atau akan kalah tergadai segala nya.

Kalo menang mungkin korang akan terseuyum gembira sepanjang masa. Kat tiang lampu pun korang akan senyum. Tapi kalo kalah, makaih, buruk benor jadinya. Ade yang frust menonggeng. Ade yang siap gantung diri, bunuh-bunuh, hanya kerna cinta semua ni terjadi.

Bak orang berjudi la. Kalo menang judi berlagak x hengat, gi yamchaaa sana sini, pakai keta besar umah besar. Tapi bila kalah lari lintang pukang kena kejar ngan ceti, kena kejar ngan along-along. Mula la terjadinya perang gangster ala-ala cite 'Young & Dangerous'.

Tue sebab aku anggap cinta itu satu perjudian. Memang cinta tu x haram cam judi. Tapi kalo salah langkah leh jadi gak haramnya iaitu lahir anak luar nikah. Persetubuhan haram a.k.a zina.
Stop...Aku xnak sambung lagi.


Kalo korang bercinta. Bercinta la seikhlas hati.
Dan bercinta lah kerna Allah.

Ingat paras rupa tidak kekal abadi, Hati budi insyaallah bawa ke mati.

Thursday, December 3, 2009

Sape kuat

video

Sape kuat???

Masa


Kelmarin,
Telah pergi jauh meninggalkan aku,
Hanya kenangan di tinggalkan untuk ku,
Ada indah ada duka juga ada yang berliku,
Namun semua itu telah berlalu,
Tidak dapat ku putar kembali,
Tidak dapat lagi ku perbaiki.

Hari ini,
Sedang berdamping bahgia dengan ku,
Ku lalui dengan berhati-hati,
Ku mahu hari ini yang indah,
Ku mahu hari ini yang berjaya,
Walau pun aku tau hari ini tak setia,
Kerna ia tetap akan pergi jua,
Pergi seperti hari kelmarin,
Meninggalkan aku tergapai dalam kenangan.

Esok,
Aku hanya merancang,
Untuk bertemu dengan esok,
Tapi aku tidak tahu,
Apakah ia akan datang,
Atau sudah tiada lagi esok buatku,
Kerna esok adalah suatu yang belum pasti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...