Showing posts with label pendapat aku. Show all posts
Showing posts with label pendapat aku. Show all posts

Thursday, December 1, 2011

BODOH: Bodohkah mereka??


Maaf aku pohon terlebih dahulu sekiranya entri yang aku tulis ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
  •   ‘Kau bodoh. Sia-sia je aku ajar kau.’ 
  • ‘Buat lah apa yang kau suka. Dasar bodoh berkali aku ajar sama saja’ 
  •   ‘Orang bodoh cam kau ni memang tak guna’
Ini adalah antara templak yang pernah digunakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku dahulu. Memang niat mereka murni, nak mengajar pelajar supaya menjadi pelajar yang hebat atau pelajar terbaik.

Aku tak paham bila ada sesetengah cikgu yang suka mengherdik pelajarnya menggunkan perkataan ‘BODOH’. Ye mungkin pelajar itu pelajar yang corot, pelajar tercicir atau pelajar dari kelas bawah. 

Kerana perkataan ‘BODOH’ adalah pembunuh semangat pelajar. Membunuh jiwa pelajar untuk belajar dan ubah diri mereka. Mungkin ada sesetengah pelajar yang akan ambil itu sebagai suatu cabaran dalam hidup dia dan membuktikan pada dunia yang dia tidak BODOH.

 Tapi ada juga sesetengah pelajar yang akan terus MATI dan tenggelam. Dimana mereka akan mengangap diri mereka BODOH. Dan tiada guna mereka belajar pun kerana mereka tidak dipandang pun. Mereka akan tetap di anggap BODOH.

Aku juga tak paham dengan sesetengah guru yang pilih bulu hanya memberi penekanan kepada pelajar di kelas atas. Mereka akan mengajar bersungguh-sungguh pelajar kelas atas bagi mendapatkan sebanyak mungkin gred A.

Dan akan mengajar pelajar kelas bawah dengan sambil lewa sahaja. Malah ada sesetengah tu langsung tidak masuk pun untuk mengajar. Dengan alasan ‘MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG’, kalau dah buluh camne nak betuk lagi.

Ingat ‘KATA-KATA ADALAH SUATU DOA’. Terutama yang diucapkan oleh ibu bapa dan guru.

Janganlah BUNUH jiwa pelajar. Biarkan mereka berlajar dan terus belajar. Kesilapan adalah pelajaran terbaik. Didiklah mereka sebaiknya, gunakan kepakaran psikologi. Kerana kita tidak tahu masa depan kita. Mungkin juga mereka yang kita kata BODOH itu adalah pemimpin hebat di masa depan.

Ingat pepatah Melayu ada berkata ‘Belakang Parang Lagi Diasah Tajam Akhirnya’. 

Semua manusia tidak bodoh. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri dan berbeza. Perbezaan ini lah akan mewujudkan satu dunia saling memerlukan antara satu sama lain.

Heykawan : Aku menulis berdasarkan pengalaman aku belajar di sekolah dulu. Mungkin sekarang hal ini tidak lagi terjadi. Dan itulah yang aku harapkan. Aku tidak mahu generasi sekarang lalui apa yang aku lalui.

Monday, November 14, 2011

Facebook: perlu dedah dedah ke??

Heykawan.

Aku rasa  orang ada akaun facebook skang ni. Aplikasi internet yang memudahkan kita berhhubungan dengan sesiapa saja jauh dan dekat.

Penggunaan internet seperti yang kita tahhu banyak baik dan lagi banyak lah yang buruk nya.

Penggunaan facebook juga mungkin tiada perbatasannya. Aku juga paham setiap akaun facebook juga adalah hak individu. Tiada siapa yang boleh halang.



Walaupun begitu bagi aku,  sebagai pengguna kita perlu wujudkan batas nya. Bagi aku xsemua benda perlu kita letakkan dalam tu.

Tambahan pula kita orang Melayu yang beragama Islam.
Tak perlu rasanya letakkan video atau gambar yang x senonoh seperti gambar sendiri pakai bikini. Gambar atau video yang dedah sana sini xperlulah letak dalam tu, smpanlah sebagai koleksi peribadi sahaja.

Nanti kalau ada yang manipulasi kan gambar tu kita sendiri yang menanggung malunya.

Fikirkanlah, aku hanya menulis meluahkan pendapat. Kita bukan perfect jadi samlah kita ingat mengingatkan.Tidak berniat nak tegur hak personal korang. 

Saturday, November 12, 2011

Mengaumlah Harimau

Esok pasukan Harimau Malaya melawan pasukan Kemboja dalam sukan Sea. Semoga pasukan Harimau akan dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dulu.

Semoga kemenangan ke atas pasukan Thailand akan menjadi pemankiin semangat bagi Harimau untuk terus mengaum dan membaham mangsanya.

Majulah sukan untuk negara.

Selamat Maju Jaya Malaysia.

Jom pakat tengok bola pukul 5petang esok.

Monday, February 22, 2010

Sampah

Entri ini adalah sampah semata-mata. Tiada yang lain ku bicarakan hanyalah sampah. Semuanya pasal sampah. Hanya sampah dan sampah.

Korang penah x melalui situasi nie. Sedang seronok bermandi-manda di air terjun. Sambil dok menyelam. Atau berenang kuak dada mahupun kuak kupu-kupu. Dalam dok seronok menikmati kesejukan air terjun.

Tetiba kamu merasai sesuatu dibahu. Lembut semacam je. Bila di tengok, ianya adalah pampers. Penahkah kamu melaluinya??? Kalau kena di bahu ok lagi, kalo kena di muka??? Camne??? Lagi kaw kan??

Kerap kali aku ke air terjun. Banyak sampah yang leh dijumpai. Di darat mahupun di air. Paling banyak nak jumpe pampers budak. Kekadang pampers wanita pun ada juga. huhuhuh

Aku xpaham kenapa susah sangat nak jaga harta bersama.

Kalo memula naik berkelah tue senang je bawa bekal barang berkilo-kilo. Xde rasa penat. Tapi bila balik nak melenggang je. Semua sampah tinggal je kat situ.. Yang di bawa balik hanya baju basah. hurm... Apa salah pungut skali sampah yang telah kita buat tue masuk dalam beg plastik itam dan bawa keluar?? Susah ke??

Aku rasa kalo semua orang kutip semua sampah yang dibuat insyallah air terjun kat negara kita nie akan lebih cantik. Nak gi berkelah pun rasa seronok. Xde la time dok mandi manda tue tetiba pampers terjelepok ke muka.

Btol x??

Kebersihan dan keindahan bumi adalah tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini.



PSP: Sori buat korang buang masa baca entri sampah ini

Wednesday, December 9, 2009

Tragedi KB Mall



Ni just pandangan aku je la. Bukan ape pon.

Bila aku dok tengok banyak artikel pasal paper dan pelbagai pihak dok beri pandangan memasing. Dan ada gak komen dari VVIP. Tp aku tengok komen dari Tuan Guru Nik Aziz paling releven dan sempoi. Dimana Tuan Guru cakap
“Payah kita nak fikir, ini kuasa Allah, dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh dan jatuh. “Ini di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri,” katanya ketika melawat tempat kejadian.

Boleh refer sini.

Bagi aku sebab komen beliau x menyalahkan sesape. Tapi menganggap ianya suatu kemalangan. Dengan kehendak Allah swt, semua boleh jadi. Mungkin ramai yang x menyangka dok dalam mall gitu pun leh maut. Maut xkenal masa dan tempat. Btol la orang tua cakap 'Malang tak berbau'.

Dan bila di tengok ada jugak la yang mengomen bahawa 'Kalo ade besi (rebar) dalam tue. Rempuhan tue x kan tembus ke bawah dan x kan terjadi kemalangan tue'.

Ok la ye. Sebenarnya dinding yang dilanggar tue adalah untuk Ventilation System iaitu Sistem Pengudaraan. Dan leh kata kebanyakkan bangunan, dinding ventilation system sebegitu hanya menggunakan brick wall (dinding batu bata). Xpernah lagi ade design guna Reinforce Concrete untuk dinding sebegitu atau pun guna Precast System.

Oleh itu leh kata la kalo keta langgar ngan halaju tertentu dinding tue leh roboh. Lagi satu bangunan xpenah di design mempertimbangkan faktor dilanggar kereta. Faktor beban angin ada la.

OK la xguna bebel panjang. Bagi aku semua nie adalah kemalangan dan terjadi kerna Kuasa Allah swt. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang boleh kita amik. Sama lah kita renungkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...