Showing posts with label ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label ibu bapa. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Maafkan Aku Duhai KAMU

Dulu aku sering kali merasakan KAMU sentiasa tidak adil pada ku. Aku sering merasakan aku sering kurang mendapat segalanya dari  orang lain. Aku merasakan aku tidak guna di mata KAMU. Aku merasakan aku tiada ertinya di mata KAMU.

Kenapa orang lain boleh dapat pakaian baru, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh dapat kereta remote control, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh pergi bercuti dan melancong bersama, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain sentiasa mendapat hadiah, kenapa tidak aku? Kenapakah aku yang sering menjadi MANGSA? KAMU tidak adil adil pada ku? 

Pernah suatu ketika aku meminta kepada KAMU sebuah kereta remote kontrol. KAMU katakan KAMU akan membelikan nya untuk aku. Aku gembira tidak terkata. Aku katakan bahawa aku inginkan kereta remote kontrol yang tiada wayar. KAMU kata OK. Tapi bila tiba di kedai, KAMU katakan KAMU tidak mampu membeli yang tiada wayar. Alasan kamu duit tidak cukup. KAMU membelikan aku kereta remote kontrol berwayar sahaja. Aku terima hadiah itu. Tapi hatiku mencebik. Aku tidak gembira. Aku kata KAMU berkira.

Satu ketika aku meminta pada KAMU. Aku mahukan sepasang Roller Blade. KAMU meminta maaf kepada ku. KAMU katakan bahawa KAMU tidak mampu. Aku menangis sebab kawan-kawan aku semua ada roller blade. Seminggu aku tidak keluar rumah. Malu dengan kekawan.

Aku pernah meminta pada kamu sepasang But Bola Kulit. KAMU katakan ok, KAMU akan belikan. Sepetang aku menunggu KAMU pulang. KAMU pulang bersama satu beg plastik di dalamnya berisi But Bola Kain saja. Aku campakkan But itu. Aku menangis. Aku merajuk. Aku tidak pakai kerana malu dengan kekawan.



Kini, baru aku sedari bukan semua itu kereta remote kontrol, bukan roller blade, bukan But Bola yang menjadi ukuran. Malahan tiada ukuran bagi mengukur KAMU. Kerana Budi dan Jasa KAMU tidak akan dapat aku balas, walaupun dengan jutaan Ringgit ataupun Dollar.

  
KAMU marah bukan kerana benci.         
KAMU tengking bukan kerana geram.     
KAMU pukul bukan kerana dendam.      
Tapi KAMU buat semua itu kerana sayang.  
Mahukan aku menjadi MANUSIA dan bukannya Setan.

Sebenarnya KAMU memang sayangkan aku. KAMU adil pada ku. Banyak sebenarnya yang KAMU hadiahkan padaku tiada terbilang di sini.  



"KAMU hadiahkan pada aku pelajaran yang membawa aku ke puncak jaya. 
KAMU hadiahkan pada aku ilmu agama yang membuka jalan untuk ke Syurga. 
KAMU hadiahkan pada aku makan minum yeng menjadi aku sihat sejahtera.       
KAMU hadiahkan aku kasih sayang yang membuat aku makin dewasa."


Dulu aku BODOH kerana tidak tahu menilai KAMU. Kini baru aku mengerti segala yang terjadi. Kini bila aku di posisi KAMU aku lebih mengerti, aku pahami. Inilah karma hidup. Dulu aku anak, kini aku ibu dan bapa.

Terima Kasih buat KAMU, Ma dan Abah aku. Yang mendidik aku menjadi seorang MANUSIA. Aku selamanya sayangkan Ma dan Abah.




Heykawan : Hargailah dan kasihilah ibu bapa kita.


Thursday, December 1, 2011

BODOH: Bodohkah mereka??


Maaf aku pohon terlebih dahulu sekiranya entri yang aku tulis ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
  •   ‘Kau bodoh. Sia-sia je aku ajar kau.’ 
  • ‘Buat lah apa yang kau suka. Dasar bodoh berkali aku ajar sama saja’ 
  •   ‘Orang bodoh cam kau ni memang tak guna’
Ini adalah antara templak yang pernah digunakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku dahulu. Memang niat mereka murni, nak mengajar pelajar supaya menjadi pelajar yang hebat atau pelajar terbaik.

Aku tak paham bila ada sesetengah cikgu yang suka mengherdik pelajarnya menggunkan perkataan ‘BODOH’. Ye mungkin pelajar itu pelajar yang corot, pelajar tercicir atau pelajar dari kelas bawah. 

Kerana perkataan ‘BODOH’ adalah pembunuh semangat pelajar. Membunuh jiwa pelajar untuk belajar dan ubah diri mereka. Mungkin ada sesetengah pelajar yang akan ambil itu sebagai suatu cabaran dalam hidup dia dan membuktikan pada dunia yang dia tidak BODOH.

 Tapi ada juga sesetengah pelajar yang akan terus MATI dan tenggelam. Dimana mereka akan mengangap diri mereka BODOH. Dan tiada guna mereka belajar pun kerana mereka tidak dipandang pun. Mereka akan tetap di anggap BODOH.

Aku juga tak paham dengan sesetengah guru yang pilih bulu hanya memberi penekanan kepada pelajar di kelas atas. Mereka akan mengajar bersungguh-sungguh pelajar kelas atas bagi mendapatkan sebanyak mungkin gred A.

Dan akan mengajar pelajar kelas bawah dengan sambil lewa sahaja. Malah ada sesetengah tu langsung tidak masuk pun untuk mengajar. Dengan alasan ‘MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG’, kalau dah buluh camne nak betuk lagi.

Ingat ‘KATA-KATA ADALAH SUATU DOA’. Terutama yang diucapkan oleh ibu bapa dan guru.

Janganlah BUNUH jiwa pelajar. Biarkan mereka berlajar dan terus belajar. Kesilapan adalah pelajaran terbaik. Didiklah mereka sebaiknya, gunakan kepakaran psikologi. Kerana kita tidak tahu masa depan kita. Mungkin juga mereka yang kita kata BODOH itu adalah pemimpin hebat di masa depan.

Ingat pepatah Melayu ada berkata ‘Belakang Parang Lagi Diasah Tajam Akhirnya’. 

Semua manusia tidak bodoh. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri dan berbeza. Perbezaan ini lah akan mewujudkan satu dunia saling memerlukan antara satu sama lain.

Heykawan : Aku menulis berdasarkan pengalaman aku belajar di sekolah dulu. Mungkin sekarang hal ini tidak lagi terjadi. Dan itulah yang aku harapkan. Aku tidak mahu generasi sekarang lalui apa yang aku lalui.

Tuesday, August 23, 2011

Susu ibu




Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir hingga umur 2 tahun. 
Bukan untuk bapa bayi ye......

Susu ibu mengandungi suma khasiat yang diperlukan oleh Bayi....DHA, Taurina dan Vitamin.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberikan susu ibu adalah lebih bijak.


Bagi ibu-ibu yang bekerja dinasihatkan memerah susu ibu.
Cara memerah adalah sama ada menggunakan tanagan, pam manual atau pam bateri.

Susu perahan boleh tahan selama:
a- peti sejuk ruang bawah  <8hari
b- peti dua pintu ruang atas <= 3bulan
c- peti sejuk beku boleh tahan sehingga 6bulan (kalo x silap)


Kelebihan susu ibu juga adalah mewujudkan kemesraan yang erat antara ibu dan bayi.


Nak maklumat lanjut lagi pasal susu ibu leh la ke:



Jangan biarkan anak-anak kelaparan.
(Gambar hanya sekadar hiasan cuma)


Kesimpulan dari ceramah yang aku masuk tu adalah susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Walaupun sesibuk mana pun kita beri lah bayi tu susu ibu. Walaupun sehebat mana pun iklan susu formula nyatakan ianya penuh khasiat ianya adalah benar tapi tiada tandinganya khasiat susu ibu.
 

Kekawan dulu minum susu ape????




Sempena Syawal yang menjelang tiba,
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan di raya,
Pohonlah kita seribu keampunan dari kedua ibu bapa,
Mohon agar susu ibu yang kita minum dihalalkan selamanya,
Bukan untuk menguraikan air mata,
Tapi mengeratkan hubungan kita sekeluarga,
Semoga kasih terjalin sayang menyulam rasa.



PSP: Berikut adalah antara isi kandungan ceramah yang aku terpaksa dengar semasa ikut bini aku gi check up minggu lepas. Memang kalo aku tau itu isi ceramah nya mmg aku xnak masuk.

Friday, March 4, 2011

Kitar Hidup

Cubaan dan Dugaan, Kesedihan dan Kegembiraan, Pahit dan Manis. Itulah mainan dalam kehidupan ini.

Hidup ini ada kitarannya. Lahirnya kedunia sebagai bayi. Dari hanya tangisan hingga kepada pandai bertutur dan menyanyi. Dari bujang hingga berkahwin. Dari jadi anak hingga mempunyai anak. Semua itu kembara hidup. Insyallah semua akan kita lalui. Kalau diberi peluang dan panjang umur. Semua telah tertulis.

Ramai juga kekawan aku. Menyalahkan bapa atau ibu mereka. Kononnya tidak memberikan kasih sayang. Dan mula nyimpan dendam. Berbaloi kah??? Kerna suatu masa kita akan jadi juga seorang ibu @ bapa. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada alasannya ada sebabnya. Cuma kita saja sedari atau tidak.

Tidak guna berdendam ngan ibu bapa. Kerna tanpa ibu dan bapa. Tiada kita. Mahu kah kita, melihat anak kita pula nanti berdendam ngan kita?? Hapuskanlah dendam itu. Tiada gunanya. Kan baik kalau dendam itu ditukarkan kepada kasih sayang.

Bagi aku, ibu bapa aku adalah kawan aku di hireaki tertinggi. Kawan yang aku sanjung, segan dan hormati. Dan dalam masa yang sama aku boleh bergurau senda dengan mereka. Dan Alhamdullillah aku dapat apa yang aku mahu. Ini pendekatan aku. Mungkin setiap insan ada beza cara nya.

Ibu bapa tiada gantinya. Hanya 1. Kekasihku yang utama. Moga kita semua akan dapat keluarga yang bahgia.

Ma Abah....Terima Kasih...Ku sayang kalian.


P/s: Kekasih pun boleh bertukar ganti bah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...