Wednesday, August 31, 2011

Hari Merdeka ke 54

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke 54. Dan Menyambut Hari Raya yang hari yang Ke2.

54 tahun dulu negara kita telah merdeka dari jajahan British. Pejuang negara berjuang untuk memerdekakan negara. Nyawa, harta dan maruah jadi taruhan demi generasi masa kini.

Tapi kini, bila saja merdeka kita hanya ingat perarakan dan cuti umu cuma. Bagi generasi muda yang alpha sibuk pula merempit, pesta liar, mabuk dan seks bebas tiap kali merdeka. Ada juga yang hhanya kenal Tunku Abdul Rahman sahaja, dan langsung lupa pada Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut dan yang seangkatan dengan nya.

Merdeka ertinya bebas dari penjajahan. Merdeka bukan hanya mengibar jalur gemilang di jalanan. Tapi biarkan darah patriotik mengalir dalam diri, jalur gemilang berkibar di hati. Tegakkan jati diri kita sebagai Rakyat Malaysia. Banggalah kita sebagai rakyat Malaysia.

Bebaskan diri kita. Jangan biarkan minda kita terus dijajah.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54.

Aku anak Malaysia.

Monday, August 29, 2011

salam aidilfitri

Ramadhan tahun ini telah tamat,
Syawal pula menjelma,
Dalam kita bergembira,
Jangan pula terlalu alpha,
Jangan dilupa insan kurang bernasib baik,
Jangan sampai lupa menjaga kesihatan,
Jangan lupa amalan dibulan puasa.

Salam aidilfitri buat semua.
Maaf Zahir dan Batin.

Saturday, August 27, 2011

selamat pulang ke kampung

Salam. Kepada semua kekawan yang ingin pulang ke kampung halaman. Berhati-hatilah di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat hati bahgia.

Jangan nak pandu ikut hawa nafsu. Ingat jalan hak orang ramai. Bukan hak kita sorang. Jangan nak jadi raja pecut, raja drift atau raja rally. Kalau nak jadi camtu masuk lah tournament.

Bagi yang bawa kenderaan berat timbang rasa lah pada kenderaan yang kecil. Jangan ingat korang raja. Tadi aku balik pun ada je kenderaan berat yang di pandu melulu.

Bagi yang balik dengan motosikal jang lah nak rempit sangat. Kang kena langgar atau korang yang lnggar korang jugak yang naya. Bukan orang lain. Kalau boleh lengkapkan semua peralatan untuk sebarang kecemasan. Dan sebolehnya biarlah berteman jika naik moto tue. Sekurang-kurangnya ada kawan kalau ada pape nanti. Tapi jangan pulak bila ramai korang merempit plak kat jalan tue.

Semoga semua akan selamat sampai ke kampung memasing. Semoga kita sambut raya di umah bukan di hospital.




PsP: Tadi masa aku balik, ada satu keta mewah, Porshe sibuk dok main highbeam. Nak laju. Walhal jalan sesak. Jalan 2 lane dan dua dua slow traffic. Come on lah, walaupun korang kaya jangan sombong sangat. Kita sama je. Sampai masa mati jugak.





Thursday, August 25, 2011


Mercun

"Aku doakan la, bebudak yang dok bakar mercun tue putus tangan"

"Seb baik la putus jari je, kalau mampus lagi baik"




Aku tengok ade sesetengah umat manusia kat Malaysia ni cukup anti orang main mercun. 
Asal dengar je bunyik mercun kompem sumpah seranah kuar dan doa yang x elok di lafaz.
Apa kedengki sangat la orang main mercun??
Kalo dengki sangat korang main la mercun tu skali.
Biar la diorang kaya nak bakar duit. lantak la. 
Usah kita pulak yang nak melatah lelebih.


Kan ke baik di bulan yang baik nie kita doakan moga mereka jadi baik.
Cer cuba doakan camni::

"Moga korang suma cepat kaya dan cecapat pindah dari sini"

Xke lagi bagus. X gitu...heeheheh..



Rindu sangat nak balik kampung  main mercun. Lama sudah x main mercun. Kasi orang tua kat kampung aku naik hangin cam zaman bebudak dulu. Walaupun jari tangan kiri aku penah kena mercun, baju melayu aku penah terbakar kena mercun aku tetap nak main gak. 

Kepada kekawan yang sudah bergerak balik ke kampung halaman, berhati-hati masa driving. Ingat jalanraya yang kerajaan bina bukan bapak kita yang bina. Ingat jalanraya dibina untuk suma rakyat bukan untuk kita sorang je. Jadi jangan lah nak tunjuk hero.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 24, 2011

Safety

 Xpayah pakai gondola pun..Jimat kos.


 Pakai span je xyah safety helmet.


 Pakai kerusi je nak imbang ketinggian...kerja


 Face shield pakai wrapping plastik je...Jimat.


 Senang...Xyah nak pakai gondola.

 Gunakan kekawan jadi pemberat...hurm


Kretif...... Xayah pakai scaffolding yang akan menyusahkan.





Semua gambar kat atas adalah semua yang salah dari segi Safety dalam melakukan kerja.
Kalo ikut kan kerja mmg boleh siap jugak kalo pakai cara diorang nie. 
Tapi sekiranya berlaku kemalangan maka 
Cedera dan Maut je akibatnya.



Bas utk balik kampung



Tuesday, August 23, 2011

Susu ibu




Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi yang baru lahir hingga umur 2 tahun. 
Bukan untuk bapa bayi ye......

Susu ibu mengandungi suma khasiat yang diperlukan oleh Bayi....DHA, Taurina dan Vitamin.
Hasil kajian menunjukkan kanak-kanak yang diberikan susu ibu adalah lebih bijak.


Bagi ibu-ibu yang bekerja dinasihatkan memerah susu ibu.
Cara memerah adalah sama ada menggunakan tanagan, pam manual atau pam bateri.

Susu perahan boleh tahan selama:
a- peti sejuk ruang bawah  <8hari
b- peti dua pintu ruang atas <= 3bulan
c- peti sejuk beku boleh tahan sehingga 6bulan (kalo x silap)


Kelebihan susu ibu juga adalah mewujudkan kemesraan yang erat antara ibu dan bayi.


Nak maklumat lanjut lagi pasal susu ibu leh la ke:



Jangan biarkan anak-anak kelaparan.
(Gambar hanya sekadar hiasan cuma)


Kesimpulan dari ceramah yang aku masuk tu adalah susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi. Walaupun sesibuk mana pun kita beri lah bayi tu susu ibu. Walaupun sehebat mana pun iklan susu formula nyatakan ianya penuh khasiat ianya adalah benar tapi tiada tandinganya khasiat susu ibu.
 

Kekawan dulu minum susu ape????




Sempena Syawal yang menjelang tiba,
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan di raya,
Pohonlah kita seribu keampunan dari kedua ibu bapa,
Mohon agar susu ibu yang kita minum dihalalkan selamanya,
Bukan untuk menguraikan air mata,
Tapi mengeratkan hubungan kita sekeluarga,
Semoga kasih terjalin sayang menyulam rasa.



PSP: Berikut adalah antara isi kandungan ceramah yang aku terpaksa dengar semasa ikut bini aku gi check up minggu lepas. Memang kalo aku tau itu isi ceramah nya mmg aku xnak masuk.

Monday, August 22, 2011

Nasihat

Dont Make Decision 
When You're Angry
Dont Make Promises
When You're Happy


Ayat ni biasa kita dengar kan. Dalam Islam pun sarankan kalau kita marah jangan kita buat apa-apa keputusan sebaiknya amik air sembahyang dan solat sunat ataupun berzikir atau baca Quran. Moga tenang hati kita. 

Semasa marah keputusan yang kita buat pasti akan membuat kita menerima padah. X pada diri kita mungkin jugak pada orang disekeliling kita.

Contohnya: Bila bergaduh laki bini, kekadang sampai kita lost control. Boleh juga sampai tahap mencederakan isteri seperti simbah asid. Dan ada jugak yang sampai bercerai berai. Siap talak 3. Pastu sibuk dok cari cina buta.



Begitu jugak kalau berjanji. Selalu sangat kita dengar orang berjanji. Tapi gagal dipenuhi. Janji nak buat itu ini. Tapi habuk pun xde. Dan last skali kita jugak yang kena bila sudah banyak janji x ditepati pasti ada yang membenci. Pasti ada yang xsuka lagi nak berurusan dengan kita. Kita akan dilebel sebagai tak pengang pada janji. Susah hidup apabila sudah tidak dipercayai.



PSP: AKu pun jenis panas baran jugak. Dan nasihat ni untuk diri aku sendiri. Semoga kita sentiasa memperbaiki diri sendiri. Bukan hanya tahu mencari kesilapan orang lain.

Friday, August 19, 2011

Renungkanlah



Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Imamku, Kaabah Kiblatku, Solat Kewajipanku, Sekelian Muslimin Saudaraku dan Ibrahim Al-Khalil Datukku. Aku hidup dan mati atas kalimah 'LAA ILAHA ILLALLAH'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...