Showing posts with label keselamatan. Show all posts
Showing posts with label keselamatan. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh

RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.



Pandangan aku:

- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.




Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.

Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.

Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.

Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??

Wednesday, August 24, 2011

Safety

 Xpayah pakai gondola pun..Jimat kos.


 Pakai span je xyah safety helmet.


 Pakai kerusi je nak imbang ketinggian...kerja


 Face shield pakai wrapping plastik je...Jimat.


 Senang...Xyah nak pakai gondola.

 Gunakan kekawan jadi pemberat...hurm


Kretif...... Xayah pakai scaffolding yang akan menyusahkan.





Semua gambar kat atas adalah semua yang salah dari segi Safety dalam melakukan kerja.
Kalo ikut kan kerja mmg boleh siap jugak kalo pakai cara diorang nie. 
Tapi sekiranya berlaku kemalangan maka 
Cedera dan Maut je akibatnya.



Thursday, July 23, 2009

Nilai Nyawa

Dua pekerja mengecat sedang melakukan keja mengecat di bangunan Mutiara Damansara, Bangsar. (gambar dari Berita Harian Online)

Hebat kan..Jika diperhatikan dalam gambar di atas kedua-dua pekerja tersebut tanpa sebarang alat keselamatan.

Adakah mereka terlalu berani?? Atau majikan yang tidak menyediakan peralatan??

Cuba fikirkan seandainya mereka tergelincir dan terjatuh ke bawah. Apa akan terjadi?? Seandainya nyawa mereka panjang mungkin mereka akan selamat dan mungkin akan berehat panjang di hospital. Kemungkinan untuk cedera parah atau mati amat tinggi jika terjatuh.

Mengikut peraturan keselamatan, pekerja yang melakukan kerja di aras ketinggian 3 meter dan ke atas mesti memakai 'safety harness' (abah-abah dalam bahasa Melayu)


Safety Harness @ Abah-abah (bukan gambar abah aku)

Kebiasaannya untuk kerja mengecat atau mencuci bangunan, gondola digunakan.

Kemalangan tidak berbau. Anda tidak mengetahui bila akan berlaku. Sebaiknya, siapkan diri anda sebelum ianya datang. Mencegah lebih baik dari menyesal tidak sudah.

Behave urself, love urself.

Dalam ape pun kerja yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa anda. Sayangi diri anda. Nyawa anda tiada nilai ganti.

Safety for life!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...