Thursday, July 23, 2009

Nilai Nyawa

Dua pekerja mengecat sedang melakukan keja mengecat di bangunan Mutiara Damansara, Bangsar. (gambar dari Berita Harian Online)

Hebat kan..Jika diperhatikan dalam gambar di atas kedua-dua pekerja tersebut tanpa sebarang alat keselamatan.

Adakah mereka terlalu berani?? Atau majikan yang tidak menyediakan peralatan??

Cuba fikirkan seandainya mereka tergelincir dan terjatuh ke bawah. Apa akan terjadi?? Seandainya nyawa mereka panjang mungkin mereka akan selamat dan mungkin akan berehat panjang di hospital. Kemungkinan untuk cedera parah atau mati amat tinggi jika terjatuh.

Mengikut peraturan keselamatan, pekerja yang melakukan kerja di aras ketinggian 3 meter dan ke atas mesti memakai 'safety harness' (abah-abah dalam bahasa Melayu)


Safety Harness @ Abah-abah (bukan gambar abah aku)

Kebiasaannya untuk kerja mengecat atau mencuci bangunan, gondola digunakan.

Kemalangan tidak berbau. Anda tidak mengetahui bila akan berlaku. Sebaiknya, siapkan diri anda sebelum ianya datang. Mencegah lebih baik dari menyesal tidak sudah.

Behave urself, love urself.

Dalam ape pun kerja yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa anda. Sayangi diri anda. Nyawa anda tiada nilai ganti.

Safety for life!!

5 Pandangan Kekawan:

Pontianak Degil said...

Owh..seriau gile kaki aku. gayat kot. Allah selamatkan mereka.

pB said...

demo ni tok gayat sebab tu buleh buak krijo lagu nie ....

Myraa said...

ngeri rasa tk gambar nih.

~0~ said...

Pontianak Degil
Memang seriau cik ponti...memang bahaya

pB
kawe oyak doh dio..tp degil..baso jenis babil payoh nak oyak...

Myraa
tue la pasal

b u n g a h a t i said...

mereka sgt hebat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...