Monday, August 31, 2009

Salam 1 malaysia

1 Malaysia sedang melalukan perarakan hari kemerdekaan. Baguih btol la depa nie...Bersemangat waja...Bersemangat patriotik....Ermmmm...Btol ke??Ke sebab terpaksa??Ke sebab duit??Bukan kerana patriotik...

Erhmm....Whatever lah....

1 Malaysia...Malaysia memang satu ok...Tiada dua atau tiga...Malaysia ke-2 pun xkan ade kot??Ke da ade??? Cuma rakyatnye je yang xpernah bersatu.


Bila ada pilihanraya kecil mula sibuk kata mengata, kat kedai kopi pun boley bertumbuk. Bila da kalah pilihanraya mula kata yang menang serang yang kalah..Btol ke nie???


Bila ada protes. Gile gila ko adakan demotrasi yek...Siap guna kepala lembu..Memang bodoh lebih bodoh dari lembu..Lembu tue lagi cerdik dari mereka-mereka yang buat semua ni. Mana maruah?? Hebah sana sini dok laung 1 Malaysia pastu gi golek kepala lembu....Bangang ape..

Bila Melayu nak bersatu??? Aku xpeduli kaum lain sebab aku tau diorang hanya di mulut bukan dihati. Melayu x, kekadang sampai dalam hati dok ade bendera parti. Sampai bawa mati perjuangkan parti. Jiran lain parti mati pun tidak di ziarah....Woit..woit...sudah la tue. Memang parti lain-lain kubur pun lain-lain tapi amalan di dunia jugak la jadi ukuran. Yang salah diperbetulkan. Yang betul diperhebahkan..

Pape pun, blogger tetap bersatu.

Bola dan Puasa



PENYERANG berbisa Mali, Frederic Kanoute yang beraksi di Liga Primera Sepanyol, bukan saja bersemangat menghayati Ramadan tapi juga melihat ibadat puasa sebagai elemen yang mampu memperkasakannya daripada aspek fizikal dan rohani.

“Saya menghormati agama saya dan cuba sedaya-upaya mematuhinya,” katanya.

“Terdapat ramai pemain bola sepak Muslim di England, Sepanyol, Perancis dan liga-liga lain, tapi berpuasa bukanlah satu perkara yang mereka hendak hebohkan kepada dunia.”

Pemain kelab Seville berusia 32 tahun itu menegaskan, berpuasa tidak pernah menimbulkan masalah antaranya dengan kelab dan peminat.

"Semua orang di sini melayan saya dengan baik dan mereka amat memahami apa yang saya lalui,” kata Kanoute, kelahiran Perancis-Mali.


“Sepanjang Ramadan, saya seperti biasa memberikan segalanya kepada kelab dan cuba untuk tidak menghampakan rakan sepasukan dan peminat.”

Kanoute, terkenal dengan kepantasan, kuat dan memiliki teknik tinggi, membantu Seville layak ke Piala Uefa tahun lalu dan Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dia juga dipilih Pemain Terbaik Afrika 2007, pemain lahir di luar bumi Afrika pertama memenangi anugerah itu.

Menurutnya, mematuhi tuntutan agama menjadikannya lebih kuat dan baik.

“Secara peribadi, kepercayaan saya terhadap Islam membantu kerjaya bola sepak saya dan bola sepak pula membantu saya menjadi lebih sihat serta memperkasakan saya.

“Tiada konflik kerana semua orang tahu mengenai Islam, mereka tahu puasa memperkasakan dan bukannya melemahkan masyarakat Muslim.”

Doktor Yacine Zerguni, ahli Jawatankuasa Perubatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan CAF (Persekutuan Bola Sepak Afrika), setuju dengan pandangan itu.

Zerguni bekerjasama dengan F-marc, Pusat Penilaian dan Kajian FIFA, yang mengkaji kesan Ramadan.

“Ramadan, bulan yang membentuk disiplin fizikal dan mental, juga bebas daripada sikap tidak sihat dan agresif,” katanya kepada Goal.com apabila ditanya sama ada puasa sesuai untuk bola sepak peringkat tinggi.

“Ramadan jauh daripada memberikan sebarang kesan kerosakan.”

Kanoute sentiasa menjaga sembahyangnya, malah kerap menyempurnakan ibadat itu di bilik persalinan pasukan.

Tahun lalu, dia enggan memakai jersi yang mempunyai iklan laman web perjudian kerana judi diharamkan Islam.

Pada 2007, dia menyelamatkan sesatunya masjid di Seville daripada ditutup.

Kanoute membayar 510,860 euro (RM2.55 juta) bagi memastikan masyarakat Islam di Seville tidak kehilangan masjid itu.

Dia juga menubuhkan yayasan di Mali khusus bagi membantu anak yatim.

Di atas aadalah petikan dari Harian Metro hari nie. Pengakuan dari Frederis Oumar Kanoute, penyerang Sevilla. Dia nyatakan puasa perkasakan dirinya.

Semua ini menyangkal kata-kata Jose Mourihno yang mengatakan Sulley Muntari (Inter Milan) lemah kerana berpuasa. Jelas sekali Mourinho bodoh lagi bangang. Bercakap ikut sedap mulut.

Sememangnya berpuasa membuatkan fizikal dan mental kita lagi kuat. Selamat berpuasa semua.






Merdeka lagi

Jam 12 tengah malam tadi, boom bang boom bang....Mercun berbunyi. Eh silap bunga api bebunyi. Memekak je..Kacau aku tido je...Dengan bunyi bunga api tue tandanya esok hari raya. ops...Esok hari Kemerdekaan Malaysia ke-52.

Esok ade perbarisan ek?? Sape join??? Korang join ke??

Apepun Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Negara Ke-52...Dan Salam Ramadhan..

Merdeka-merdeka jugak puasa jangan tinggal woit...

PSP: Ada pesta liar jugak ke bulan2 puasa nie ek??

Saturday, August 29, 2009

Merdeka

31 Ogos 2009...Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Wah...Da 52 kali merdeka.


Aku merdeka???Belum...aku belum merdeka. Aku belum memerdekakan diri aku. Aku masih belum mampu untuk membebaskan diri aku.

Perit memang aku rasa. Aku ingatkan setelah aku menerima segulung ijazah dan melangkah ke alam pekerjaan aku akan merdeka sepenuhnya. Walhal, aku semakin dijajah selepas itu.

Aku masih belum merdeka hingga kini. Walaupun hampir mencecah 25 tahun.

Aku masih belum merdeka kerana aku masih belum mapu membantu keluarga. Kekadang aku menangis sendirian. Mengenangkan apa lah nasib ku. Walaupun aku sudah berjaya mendapat perkerjaan yang bagus aku masih belum mampu tunaikan janjiku pada ma dan abah.

Sedih. Pilu aku terasa. Mungkin masih belum masa nya. Aku pasrah terima semua ini. Aku tau di sebalik dugaan ini pasti ada jaya. Allah memang sentiasa menguji keimanan hamba-Nya.

Impian aku masih belum tertunai. Hutang masih belum ku langsai.

Hutang pada ma abah xkan dapat ku bayar walaupun dengan duit berjuta. Terima kasih ma abah.

Aku akan merdeka pabila aku berjaya melangsaikan hutang ku pada diriku. Bila?? Aku pun xtau.

1) Hutang ku pada diriku adalah untuk menghantar ma dan abah mengerjakan ibadah haji.

2) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjaga ma dan abah aku.

3) Hutang ku pada diriku adalah untuk melihat adik-adik ku berjaya dalam hidup.

4) Hutang ku pada diriku adalah membantu seluruh ahli keluarga ku.

5) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjadi insan terbaik.

Insyallah, aku akan capai semua ini. Walaupun aku lemah tapi aku kuat. Aku yakin semuanya akan dapat ku langsaikan.

Dan aku akan MERDEKA.

Bilis

Bulan puasa ni ramai yang bercerita pasal makanan ek..Aku pun nak jugak la..Boleh kan??

Ye...Aku memang suka ikan bilis yang digoreng rangup. Kruk krak sedap di kunyah. Ahaks...Bulan puasa ni saje je aku nak bercerita tentang bilis.

1) Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung adalah antara makanan kegemaran aku. Bila gi je kedai tomyam, nasi goreng kampung adalah makanan biasa aku order. Sebabnya nasi goreng kampung ni kaya ngan ikan bilis goreng. Yes i like that bilis.

Ye la kalo nak ikut banyak lauk. Amik nasi goreng amerika lagi banyak lauk. Tapi aku xsuka itu. Nasi goreng kampung tetap di hati.


2) Sambal Bilis


Sambal bilis pun aku suka. Nak-nak kalo ditambah dengan petai. woow...yummy...Sungguh enak. hahahah...Sedap woo...Sekali pekena nak lagi sambal bilis nie.

Walaupun makan mu buat aku berpeluh tapi aku tetap suka. Aku rindu sambal bilis yang ma masak. Bulan posa ni keadaan x mengizinkan untuk aku balik. Raya je kalo aku balik kampung pun. Malang btol.

3) Anak Bilis

Di Malaysia ni ramai yang sukakan bilis sebenarnya. Semua orang suka bilis. Bilis ni kecik, comel, cantik dan paling penting dia xmakan banyak. Kekadang bilis ni bodoh jugak.

Kalo diperhatikan dari budak sekolah, yang beruniform, YB, datuk dan sebagainya memang suka bilis nie. Tue diorang sukakan makan nasi lemak.

Contohnya....Satu badan uniform yang tengah dok gah sekarang nie sejak dari zaman Islam h-Ada-Hari sehinggalah zaman 1 Malaysia. Diorang nie cukup sukakan bilis. Diorang memang sibuk dok jala bilis. Sampai ramai bilis hilang perkerjaan. Bilis ni makan x banyak pun kekadang 100. Xde 100, 10 pun jadi lah. Tue la prinsip bilis. Tahniah kepada mereka.

Yela nak jala bilis nie senang pasal di suka dok berkelompok. Xmacam jerung, dia suka sekor-sekor je. Pastu makan pulak besar. Kalo seribu dua xyah la. Paling kurang pun empat ekor lembu bila time raya korban. Pastu akan keluar dalam tv, ari nie Pak Cik korban 4 ekor lembu untuk semua orang. Padahal orang lain yang kasi. Yela lembu punya susu sapi dapat nama. Lembu dapat projek ok la. Tahun depan leh extend lagi projek. Ahaks.

Memang tangkap jerung memang susah, tapi sekali dapat berbaloi. Kalo bilis takat mana sangat. Kalo dapat jerung bilis pun kena sekali kekadang. So pikirkan lah.

Ada jugak trend di bulan puasa ni nak tunjuk baik, bagi kurma kat semua orang terutama client. Tapi bos client dapat special skit, dapat kurma+hamper+duit raya.....Baru seminggu posa da dapat duit raya???Ape kes???



PSP: Amalan hulur menghulur sememangnya haram. Xkira bulan puasa ke x. Jauhi lah amalan ini dari hidup anda. Bersihkan jiwa burani.

Lain la kalo menghulur juadah berbuka antara jiran itu amat mulia.

Friday, August 28, 2009

Je Bond



Layanzzzz.......

Merdeka...Merdeka...

Tadi khutbah kat masjid Angkasapuri menyentuh pasal Merdeka...Yela merdeka tahun ni jatuh dalam bulan Ramadhan...Bulan Puasa...Bulan Rahmat...Bulan Berkat....

Tapi, Merdeka kah kita???

Xde ape

Xde yang terbaru nak aku coretkan kat sini.

Just nak ucap selamat malam..tido nyenyak yek...

Wednesday, August 26, 2009

Shut Down

Salam...

Tutup kedai?? Bleh ke nie?? Biar btol....Aku tengah gian nie.

Seumur hidup aku xpenah gian ngan pape pun. Gian rokok xpenah pulak aku terasa nak sedut rokok tue walaupun di kelilingi kekawan yang merokok. Nak amik dadah, memang idak penah terasa nak mencoba walau pun dihidangkan. Xkan aku jamah menatang haram tue. Tapi menda ni memang aku cukup gian skang. Gian nak menaip blog nie. Mungkin aku terlalu kejam skang. Tu yang gian ngan si -Biar Kejam Jangan Keji- nie...


Serius, memang dunia blog nie menghiburkan hati aku. Bukak minda tambah ilmu...Memacam la aku dapat...Paling best dapat kawan cam koroang kan.

Papepun aku terpaksa...

Terpaksa STOP -Biar Kejam Jangan Keji- buat seketika. Xlama pun. Aku janji ari Khamis (esok la tue) lepas aku menyantap makanan bukak posa aku mulakan operasi balik....

Ahaks....Xbleh woooo...Gian wooo.......


PSP : Khamis nie aku ada exam jam 2.30petang kat Bandar Baru Bangi. Doakan aku berjaya ye kekawan....Thanks...Love u all...

Tuesday, August 25, 2009

Mana satu bini atau ibu

Memetik artikel Harian Metro, Belasah Ibu.

Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.
Petikan dari Harian Metro 25 Ogos 2009.

Tahniah la kerana kamu telah sudi membelasah ibu kamu.
Orang yang mengandungkan kamu selama sembilan bulan.
Yang sanggup tidak tidur malam untuk memastikan tidurmu nyenyak.
Yang sanggup berlapar untuk memastikan kamu kenyang.
Yang sanggup bergadai untuk memastikan kamu selesa.

Bukan setahun dia bersama kamu.
Membesarkan kamu, 20 tahun dia menjaga kamu.
Sebelum kamu mengenali cinta si isteri.

Demi isteri yang 2 tahun kamu bersama.
Kamu membelasah ibu mu.
Ibu tidak pernah menyakiti kamu kecuali untuk mengajarmu menjadi manusia.

Wahai lelaki, kekuatan mu itu untuk membela.
Untuk membela nasib wanita yang lemah.
Bukan untuk memukul atau menyiksa mereka.
Salah silap tegurlah dengan berhemah.

Ketahuilah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Jasa ibu xkan terbalas walaupun duit berjuta diberikan.
Hargai mereka sebelum mereka meninggalkan kita.

Dan hargai lah juga isteri mu kerana
Hati wanita umpama kaca, berhati membelainya.
Seandai nya kaca itu pecah, sukar untuk dicantum kembali.
Dan mungkin akan melukakan kita.



psp: Hal di atas bebelan untuk diriku semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Hargai lah orang disekeliling kita sebelum mereka meninggalkan kita.

Jamban oh Jamban


Ari nie ari kedua, kat opis aku jambannya ditutup. Nak renovation ke ape jadah pun aku xtau. Xkan nak renovation kan. Ni jamban bukan kedai. huhuhuhu.....

Memang menderita. Kalo nak terberak boleh terberak dulu nak trun ke bawah atau naik ke tingkat atas. Menyusahkan btol. Da la di bulan puasa ni adalah time di mana sakit perut mula menyerang al-maklum la makan x hingat dunia punye pasal. Kan kan???

Bulan2 posa nie...Aku memang malas nak turun naik tangga. Penat woit...

Mungkin nie la ujian aku di bulan posa. Mengajar erti kesabaran.

Puasa dan Kenangan

"Allahuakbar Allahuakbar" sayup terdengar azan berkumandang. Aku laju bangun dari katil aku. Best btol tido di bulan puasa nie.

Aku terus ke bilik air membasuh muka. Maklumlah baru bangun tido. Xkan nak makan dengan air liur basi masih bertempek kan. hahahhaah.....

Dengan konfiden aku terus ke meja makan, membuka tutup saji. Tengok apa yang boleh di makan untuk berbuka puasa. Buka je tutup saji, ternyata hampa. Langsung tiada hidangan. Ku buka pula rice cooker, kosong.

Ape nie??? Xde ape bleh di makan. Xkan semua orang x berbuka kot. Ke diorang da selesai??

"Mak....Mana makanan nak bukak puasa. Da lapar nie???" tanya aku pada mak.

"Bukak posa ape menda nya. Kau xpuasa ek??"

"Puasa la....Tadi dengar azan tadi"

"Ye, memang azan. Tapi azan Asar. Sudah pegi amik air semayang. Semayang. Pastu tolong mak."

"Erk.......Baik mak"

Mati mati aku ingat azan Maghrib. Perut da berkeroncong. Terpaksa la aku bersabar.

Saya sayang ma abah saya.

Sunday, August 23, 2009

Jepun Punye Kepala


Semalam aku lepak tegok tv ngan anak buah aku tengok cite hero lima aku panggil (power rangers). Dok tengok tue dia tanya aku.



"Nape tiap kali pun mesti jahat jadi besar bila kalah??"

Citt...nape la tanya pasal tue kat aku. Mana la aku tau..Bukan aku yang buat. Jepun yang buat. Lalu dengan konfiden aku menjawab.

"Xkan da kalah jadi kecik dan lari. Xjahat la gitue"

Amcam ok x aku kelentong bebudak???

Ni video klip jepun punye kepala hotak. Bergurau (prank) tahap cipan punye...Kalo ade la gurauan ni kat Malaysia ape agaknya akan jadi....Leh terima ke???hahahhaha


Saturday, August 22, 2009

Youthsays.com



Youthsays.com adalah satu website community sosial ala-ala friendster, myspace atau facebbok jugak. Cuma bezanya disini ia lebih berbentuk forum, group discussion.

Kat sini kita akan suarakan pape pendapat kita dan other akan bagi respon. Nice la...

Aku pun suke jugak bagi komen kat dalam youthsays.com nie.

Selain tue terdapat gak beberapa survey yang leh kita jawab dan ade la komisen skit yang diorang kasi. Update survey akan di emel pada emel kita.

Jom memeriahkan lagi youthsays.....Mari bersuara....Bersuara ke arah kemajuan dan kejayaan....



Friday, August 21, 2009

Maju aku maju





Salam 1 Ramadhan.

Aku suke iklan nie. Nak-nak ayat dia yang last.

"Berjalan mesti ke depan bukan ke belakang"

Itu la ayat kalo nak berjaya. Maju dan terus maju. Jangan terlalu kenangkan masa lalu dan melemahkan semangat. Sebaliknya fikirkan apa kesilapan kita dahulu, cari weakness point dan puncanya. Atasi weakness point tersebut. Insyaallah kita akan maju.

Melangkah gagah ke hadapan dengan laungan semangat berkobar tanpa kenal erti mengalah.

Pengumuman

Pengumuman 1
Tadi Uncle (penyimpan mohor besar raja-raja), telah keluar live kat tv. Cam biasa la tugas beliau yang 3 kali setahun itu (Posa, Hari Raya Posa dan Hari Raya Haji). Dengan menggunkan ayat yang sama sejak aku kecil sampai skang:-

"Setelah diperkenankan oleh........."

Dia punye trend skang bila lusa nak raya atau posa dia akan kuar. hehehhe....Taktik dia da bleh baca da.

Tapi tima kasih la kat beliau, kalo xkompem sabtu ni aku bangun pepagi pekena roti canai mamak. hahahahha....Woi, posa da start da woi Sabtu nie bersamaan 22 Ogos 2009 so da ready ke??? Bukan ready baju raya ok...Ready fizikal mental...Bukan untuk posa lapar je. Tapi posa zahir batin, bukan raya je maaf zahir batin....

Kawan-kawan se agama ku sekalian

"Selamat Menjalani Ibadah Puasa,
Semoga Ibadah Kita di terima Nya.
Salam Al-Mubarak buat semua."




Pengumuman 2

Kepada sesiapa nak kerja/kawan dia yang mencari kerja. Post design engineer (Civil engineer). Ada degree. Keje ngan konsultant kat Bandar Sunway tapi akan berkerja di opis di JKR Mid Valley. Keje wat design la. Keutamaan kepada kaum hawa (bos aku yang nak popuan...Bukan aku).

Leh emel aku kalo berminat kat zaidi5483[at]gmail[dot]com.....

Post nie sebenarnya untuk ganti tempat aku. Pasal aku nak ditugaskan jaga site. Tima kasih.








Thursday, August 20, 2009

Bila main boling...

Bila da strike orang kata:
- Nasib je tue.

Bila memperabihkan bola spare orang kata:
- Nasib je tue.

Bila aku masuk longkang orang kata:
- Ye la kalo strike xbestkan. Boleh baling skali je.
- Kalo bola tue xmasuk longkang, kesian la longkang tue kan. Nganga je..


Tue la ayat yang biasa aku dengar bila main bowling. Ayat-ayat degki dengan ke-terer-an aku main bowling yang secara purata akan menjatuhkan 45 jatuhan pin bagi setiap 1 game. Amacam banyak x??? (Cikgu aku kata lebih dari satu tue banyak)

Ye la bukan susah pun main bowling nie sebenarnya. Susah lagi main guli kot. Bowling nie baling je paling idak pun masuk longkang. Kalo guli payah wooo, nak baling bagi kena guli lawan kena shoot bbtol dan memerlukan kosentrasi tahap polis angkasa gaban. Kalo main yang 'lesen' lagi la, nak keluarkan guli-guli dalam 'penjara' tue bukan senang.

Korang penah main guli??? Kat kampung aku pun da xde bbudak main guli. Semua main game dalam PC@PS. Cisss..... X advanture btol la bbdak skang. Kalo aku yang berumur 25tahun main guli ok x??? Sape nak join??? Kita wat tournament, amacam???


Tuesday, August 18, 2009

Fire Drill

Semalam aku masuk opis ternampak sign board fire drill akan diadakan ari nie pukul 9.30pagi. Aku tanya bebudak opis, diorang cakap kita xyah fire drill. ooooo...

Tapi fire drill nie memang best sebenarnya. Korang leh blaja cara-cara nak selamatkan diri semasa kecemasan (kebakaran la tue). Blaja cara nak memudahkan kerja-kerja bomba. Blaja cara nak menggunakan alat pemadam api ngan btol. Ada kes tau bila terbakar alat pemadam api kat sebelah pun xtau nak pakai. Camne tue???

Fure drill ni memang berguna la. Time fire drill nie la nak berlagak macho depan awek pun. Nak tunjuk yang kita nie kool dengan api. X panik. heheheheh

Dalam apepun kecemasan nie yang penting tak panik je. Bila tak panik kita akan dapat berfikir ngan tenang. So semua akan terkawal.

Bila sebut fire drill nie aku teringat la masa blaja dulu. Masa 2nd year kat uni. Masa tue aku duduk hostel lagi. Suatu malam yang xbrape nak suprisenya tetiba terdengar la bunyi siren amaran. Memang kitorang da di bagitau dalam minggu tue akan ada fire drill. Bila bunyi siren semua kena berkumpul dekat parking.

So aku dan geng nie cam biasa la dengar bunyi siren tue wat mata aku tetiba rasa ngantuk. Bunyi siren tue cam bunyi alunan lagu yang merdu dan mengasyikan walaupun memang memekak tahap gugur taik telinga aku. So kitorang wat bodo je. Pejam mata dan tido lagi bagus.

AJKA (ahli jong sibuk asrama) cam biasa la xpuas hati bila xramai budak yang turun. So diorang ni yang bijakpandai tahap siput babi dengan bangga nye menutup main switch kat hostel tue. Seluruh hostel bergelap. Cilakak..........

Aku, anep dan azmeer masa tue. Memang hangin gile. Frie drill ek?? Selamatkan diri ek....

Ok, kitorang pun pergi la ke parking bukan tempat berkumpul tapi gi amik kereta dan kitorang lari menyelamatkan diri ke kedai mamak sejauh 2km dari hostel. Memang selamat la kitorang. Tambah ngan pekena nes tarik tambah ngan roti telur....yummy...hehehehe....

Aku memang malas fire drill nie....Tapi penah gak masa kecik aku bercita-cita nak jadi bomba.
Kepada hali-ahli bomba jangan marah ye...

Monday, August 17, 2009

G.I Joe



Filem ni da lama da siar kat panggung. Tapi Sabtu ari tue baru aku gie tengok. Hahahaha.....

Walaupun panggung wayang ada kat bawah opis aku tapi x kuasa aku nak gi tengok wayang. Malas den. Tapi kalo da ade kaki len yang nak join tengok wayang best jugak.

Malam tue sebenarnya kitorang xplan pun nak gi tengok wayang. Just beli DVD nak layan kat umah tapi da blackout. Xdpat la nak tengok wayang. So apiz ajak gi layan wang kat the Curve. Aku on je. Ucop join skali.

Pegi main redah je. Amik tiket. Main amik je no seat yang kosong. Janji xdok depan skali. Hahahah....Kitorang tengok cite G.I. Joe...Aku ingat nak tengok cite Pelham 123. Yang Danzel Washington dan John Travolta berlakon tue. Tapi da xde kot dia punye tayangan. Da lama da...

Layan la cite G.I.Joe....memang banyak btol efek CGi yang digunakan dalam cite nie. Cite memang best la. Full of action. Aku paling suke watak Snake Eye dan Ripcord. Snake Eye ngan gaya ninja yang kool. Ripcord lak wak cite nie ade komedi. Memang hapening.
Snake Eye yang kool

Aku paling suke babak yang bila Storm Shadow dan Boraness nak gi tembak effiel tower ngan warhead. Memang best.

Cite ni memang best la nak layan. Pasal aksi dia dari awal sampai ke akhir.

PS : Tapi banyak part dalam cite nie. Yang menarik perhatian aku adalah iklan seblum wayang. Triller final destination yang baru. Memang best. Xsabar rasa nak tengok cite tue nanti. Aku memang minat cite final destination nie.

Thriller Final Destination

Bom di Indonesia



Ni video yang di ambil dari cctv hotel. Kejadian bom yang menyebabkan Man Utd xjadi ke Indonesia.

EPL Gameweek 1


Man utd menang 1-0 ngan birmingham

Chelsea menang 2-1 ngan Hull City


Spurs menang 2-1 ngan Liverpool


Arsenal menang 6-1 ngan Everton

Ni la mamat yang jadi tonggak utama dalam kejayaan Arsenal membelasah Everton 6-1. Cesc Fabregas. Pasukan anak bilis dengan kejayaan besar.

Moral of the story : orang muda pun boleh berjaya kalo berusaha....

Wednesday, August 12, 2009

41 sudah

9 orang setakat semalam menjadi korban terbaru virus selsema babi (H1N1) menjadikan keseluruhan jumlah adalah 41 orang kesemuanya yang menjadi korban di negara ini.

Adakah selsema babi ini satu virus @ senjata kimia???

Adakah ia salah satu taktik untuk memonopoli ekonomi dunia???

Ya Allah, teguhkan imam hamba mu ini untuk menghadapi dugaan ini.

Semalam aku mc. Semuanya kerana demam. Alhamdulillah, hari ni aku da boleh kembali bekerja walaupun masih penat. Doktor cakap aku berkemungkinan terkana jangkitan kuman dalam darah, kalo lambat memang kena la. Doktor cakap darah aku pekat. Kena banyak minum air. (En. Drakula aku tau kamu suka. Tapi jangan ngengada nak isap darah aku. Boleh blah...)

P/s: Pada pembaca/kekawan (korang la tue) sesama lah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah buat emak kepada saudara Khairul yang telah kembali ke rahmatullah pada hari ini.

Terima kasih.

Monday, August 10, 2009

Exam PTD

8/8/09 Sabtu - Aku gi amik exam untuk post PTD. Pusat kat SMK Taman Maluri dan exam bermula jam 9.00 pagi. Aku memang pegi main redah je, aku pikir kalo lewat aku xnak masuk exam tue. Aku nak balik tidur. Lagi best....

Part 1 - Exam ni pasal umum, soalan ada 60 dan kena jawab dalam masa 45 minit. Part nie ada memacam dalam tue. Cam rojak mamak wei wa cakap lu tapi rojak mamak lagi best la. Kalo pacembo kat Penang lagi syok....hahahaha. Soalan dia ada pasal Malaysia, masyarakat Malaysia, dunia, pengetahuan am, pasal PC pun ade dan memacam lagi.

Contoh soalan dia :
Pilih penyatan yang tepat. (senang je kan soalan dia)
a) Abraham Graham Bell buat trafik light
b) Adik beradik Wright buat kapal selam
c) Orlando Bloom buat ultraman
d) Pak Munawir buat pulut kuning
e) Wan Mat Saman buat terusan

Amacam ok tak soalan dia....Dia tanya sejarah kacang je beb. Memang aku buku Malaysia kita dan Sejarah Dunia ni memang da khatam berpuluh kali da dia punye cover. Isi dalam sepatah pun aku xbaca.

Part 2 - Exam bermula cam 9.15pagi, 45 minit due date dia (xsiap kena hukum bunuh mandatori) dan 40 soalan semuanya. Senang je kan... Ala seminit satu soalan. Soalan nie semuanya soalan matematik dan IQ. Tapi semasa wat soalan ni tidak dibenarkan menggunakan kalkulator, mesin kira, biji guli, silambam dan yang sewaktu dengan nya.

Part ni paling aku suka. Soalan dia memang mencabar kepala otak aku yang tepu tahap cipan goreng celup tepung. Masa nie aku rasa kambing Mr. Os dalam cite O.K. Orang Kampung Otak Geliga lagi bagus tau.

Contoh soalan :
Gaji Mamat adalah RM 4353 sebulan. Setiap bulan Mamat guna 60% untuk kegunaan harian. 1/6 dari baki gaji bulanan Mamat laburkan dalam Skim Cepat Kaya A. Berapakah simpanan Mamat selepas 6bulan?
a) 1030
b) 2035
b) 3256
d) ...........Nilai yang korang dapat.

Soalan nie korang kena jawab dalam masa seminit je tau. Aku leh jawab la semua soalan dia. 20 aku kira 20 lagi aku lambung dadu cam dalam cite Vegas tue....Amacam geliga x?

Part 4 - Part nie ada 20 soalan dan soalan dia adalah pemahaman petikan. Ala cam soalan exam bahasa Melayu/Omputeh masa UPSR dulu tue. Baca dan jawab. Dia ada 10 soalah bahasa Melayu dan 10 soalan Omputeh. Petikan esei memang entah dari mana dia amik. Ada ke cite pasal piliharaya Amerika dia pilih. Adoiyai.....Amik la cite Nasi Goreng USA ok sikit. Walau nama Amerika tapi sedap dimakan.

Part 5 & 6 - Part nie ada 3 soalan setiap satu dan kena jawab satu. Part 5 bahasa Melayu dan Part 6 bahasa Omputeh. So part ni dua-dua korang kena mengarang. Dan ternyata karangan aku berhasil dan aku banyak mengunakan gaya bahasa penulisan Blog. Amacam ok x??? Mesti tatabahasa dan grammar aku A++ kan???

Kesimpulannya, memang exam nie cam kacang. Kacang cis namanya. Memang lagi sedap tido dari pegi exam nie. Ko bayangkan betapa tepu otak aku nak jawab soalan yang berkaitan bahasa nie sedangkan dalam kerja aku banyak guna bahasa teknikal je. Janji bos paham.

Adios.....Cukup la aku merepek kali nie.

Perhatian : Contoh tue adalah lebih kurang dengan yang sebenar tapi aku da olah sebab aku xingat semua jawapan. Malas aku nak pikir pasal nie.....

Friday, August 7, 2009

Mintak Tolong

Ada x antara korang yang tau camne nak format laptop. Nak downgrade dari vista ke xp. Aku da try berkali-kali tapi xdapat pasal keluar pop up yang kata xleh nak downgrade pasal win32 skang lebih baru...leh tolong x?

Tuesday, August 4, 2009

Puas


Puas....Korang merasa puas???? Bila saat korang merasa paling puas????

-Dapat segulung ijazah??? Dapat pakai jubah???
-Lepas makan kekenyang???
-Lepas melepas???
-Lepas siapkan kerja???
-dan lain-lain

Semua orang patut merasa puas apabila mencapai kejayaan yang di impikan. Tapi jangan la jadikan kejayaan itu sebagai penutup, jadikan ia sebagai pembuka. Pembuka untuk terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah merasa terlalu bangga dan puas dengan satu kejayaan.


Tapi seandainya gagal, jangan lah pula kita berputus asa. Putus asa adalah pembunuh. Jangan biarkan ia menyelubungi hidup kita. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin untuk berjaya. Jadi ia sebagai panduan untuk berjaya.

"Berapa kali terjatuh adalah tidak penting sama sekali tetapi apa yang penting adalah bagaimana caranya untuk kita bangkit dari jatuh."

Untuk berjaya bukan susah dan bukan susah untuk gagal.

Cara kita menerimanya sesuatu juga penting.
Sebagai contoh
1)ada orang yang gagal akan terima keputusan dan berkata "Sudah ini yang terbaik untuk aku"
2)ada orang yang gagal akan terima keputusan dan berkata "Aku perlu lebih berusaha dan baiki kesilapan"


Bagi seseorang yang berfikir seperti no 1, dia akan merasa cukup dengan apa yang diterimanya tetapi bagi no 2, ia akan terus berusaha untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik lagi. Dan pastinya no 2 akan berjaya suatu hari nanti.

Kejayaan mungkin tidak akan dikecapi dengan sekali percubaan malah mungkin sampai beribu kali percubaan barulah kita boleh merasakan kejayaan.
Oleh itu janganlah pernah merasakan putus asa dengan kegagalan, dan jangan pernah merasa puas untuk berjaya.

Nasib anda anda tentukan.

Semua manusia sama sahaja yang membezakan adalah usaha dan sikap mereka.

No such easy way to success, the important thing is ur effort to success.

Monday, August 3, 2009

Tired

Aku bebtol penat ari nie. Badan aku x sihat. Pala otak pun xleh nak pikir sangat. Terasa macam nak demam je. Adoi......

Rabu ni kena gi site meeting. Moga aku sihat hari Rabu nie. Leh join meeting. Aku nak sangat tau progress kat site.

p/s: Wahai H1N1 a.k.a Selsema Babi....Jauhi aku. Aku tidak ingin kamu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...