Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Friday, March 19, 2010

Komik

Walllawei.......Jom merempit.

Korang suke komik???

Suke komik hong kong??

Ok ni link blog untuk komik hong kong

http://cyclonmaster.blogspot.com

http://padloque.blogspot.com
http://masterfikar.blogspot.com


Baca komik sambil korek idung............Pergh.....Memang cara lah..

Thursday, February 25, 2010

Malas

Dua tiga hari lepas. Aku tertengok anak buah aku buat kerja rumah dia. Memang aku malas nak ajar anak buah aku. Sebab dia xpaham kalo aku ajar. Sungguh ajaran sesat kan aku. hhaahahhahaha....

Aku : Nape tulisan buruk sangat?? Cuba tulis cantik-cantik skit. Lukis elok-elok.

Aku mengur anak buah aku. Yang dok buat kerja Math dia. Padahal tulisan aku pun abah aku selalu gelakkan. hahahhaah...

Anak buah 1 : Da x leh nak ubah la.

Aku : Boleh kalau mahu.

Anak buah 1 : Da abes da cuba untuk ubah.

Anak buah 2 : Yang xleh ubah tangan je kan, pak ngah.

Aku : Yang x leh ubah tu 'Malas' je.





Aku terkedu. Camne la aku leh sound budak tue gitu. Ish...Ish...Moga mereka rajin pasni. hahhahhha

Thursday, December 31, 2009

Rujuk Bawah

Oleh sebab ramai yang dok muncung2 dari angkat kaki..Jadi aku xbuat la Disqus comment..
Ada siap yang leh wat sangkut hanger xtahan tue...ekekeke...

Apepun terima kasih atas sokongan korang semua. Sayang korang...ekekekek...

Malam ni malam tahun baru...Korang ape projek??Yang bujang je ye. Pasal yang da kawen malam ni diorang projek lain. Al-maklum la malam Jumaat....

Selamat Tinggal 2009
dan
Selamat Datang 2010

Saturday, December 19, 2009

hadiah dari cik solehah

Salam kekawan blogger...

Aku xde ape nak cite. Pic atas ni adalah ghupe hadiah yang aku terima dari CIk SOlehah.

Tima kasih cik solehah.

Nak cite pasal menda lain ade tapi aku malas nak menaip. Malam kang ke abes bola kita bercerita lagi ok.

Tahniah wat team bola Malaysia yang dapat emas ari tue.

PSP: xsempat nak jenguk blog korang lagi. mintak ampun.. Nanti hamba gi skodeng ek. Malam nie. I promise

Monday, August 10, 2009

Exam PTD

8/8/09 Sabtu - Aku gi amik exam untuk post PTD. Pusat kat SMK Taman Maluri dan exam bermula jam 9.00 pagi. Aku memang pegi main redah je, aku pikir kalo lewat aku xnak masuk exam tue. Aku nak balik tidur. Lagi best....

Part 1 - Exam ni pasal umum, soalan ada 60 dan kena jawab dalam masa 45 minit. Part nie ada memacam dalam tue. Cam rojak mamak wei wa cakap lu tapi rojak mamak lagi best la. Kalo pacembo kat Penang lagi syok....hahahaha. Soalan dia ada pasal Malaysia, masyarakat Malaysia, dunia, pengetahuan am, pasal PC pun ade dan memacam lagi.

Contoh soalan dia :
Pilih penyatan yang tepat. (senang je kan soalan dia)
a) Abraham Graham Bell buat trafik light
b) Adik beradik Wright buat kapal selam
c) Orlando Bloom buat ultraman
d) Pak Munawir buat pulut kuning
e) Wan Mat Saman buat terusan

Amacam ok tak soalan dia....Dia tanya sejarah kacang je beb. Memang aku buku Malaysia kita dan Sejarah Dunia ni memang da khatam berpuluh kali da dia punye cover. Isi dalam sepatah pun aku xbaca.

Part 2 - Exam bermula cam 9.15pagi, 45 minit due date dia (xsiap kena hukum bunuh mandatori) dan 40 soalan semuanya. Senang je kan... Ala seminit satu soalan. Soalan nie semuanya soalan matematik dan IQ. Tapi semasa wat soalan ni tidak dibenarkan menggunakan kalkulator, mesin kira, biji guli, silambam dan yang sewaktu dengan nya.

Part ni paling aku suka. Soalan dia memang mencabar kepala otak aku yang tepu tahap cipan goreng celup tepung. Masa nie aku rasa kambing Mr. Os dalam cite O.K. Orang Kampung Otak Geliga lagi bagus tau.

Contoh soalan :
Gaji Mamat adalah RM 4353 sebulan. Setiap bulan Mamat guna 60% untuk kegunaan harian. 1/6 dari baki gaji bulanan Mamat laburkan dalam Skim Cepat Kaya A. Berapakah simpanan Mamat selepas 6bulan?
a) 1030
b) 2035
b) 3256
d) ...........Nilai yang korang dapat.

Soalan nie korang kena jawab dalam masa seminit je tau. Aku leh jawab la semua soalan dia. 20 aku kira 20 lagi aku lambung dadu cam dalam cite Vegas tue....Amacam geliga x?

Part 4 - Part nie ada 20 soalan dan soalan dia adalah pemahaman petikan. Ala cam soalan exam bahasa Melayu/Omputeh masa UPSR dulu tue. Baca dan jawab. Dia ada 10 soalah bahasa Melayu dan 10 soalan Omputeh. Petikan esei memang entah dari mana dia amik. Ada ke cite pasal piliharaya Amerika dia pilih. Adoiyai.....Amik la cite Nasi Goreng USA ok sikit. Walau nama Amerika tapi sedap dimakan.

Part 5 & 6 - Part nie ada 3 soalan setiap satu dan kena jawab satu. Part 5 bahasa Melayu dan Part 6 bahasa Omputeh. So part ni dua-dua korang kena mengarang. Dan ternyata karangan aku berhasil dan aku banyak mengunakan gaya bahasa penulisan Blog. Amacam ok x??? Mesti tatabahasa dan grammar aku A++ kan???

Kesimpulannya, memang exam nie cam kacang. Kacang cis namanya. Memang lagi sedap tido dari pegi exam nie. Ko bayangkan betapa tepu otak aku nak jawab soalan yang berkaitan bahasa nie sedangkan dalam kerja aku banyak guna bahasa teknikal je. Janji bos paham.

Adios.....Cukup la aku merepek kali nie.

Perhatian : Contoh tue adalah lebih kurang dengan yang sebenar tapi aku da olah sebab aku xingat semua jawapan. Malas aku nak pikir pasal nie.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...