Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Dulu dan Sekarang....

Dulu, nak tengok cerita hantu melayu dalam wayang pun susah apatah lagi dalam TV. Mungkin sebab mereka yang dulu-dulu suka merujuk pada cerdik pandai dalam agama atau mufti, sebab cerita-cerita Tahyul ni bukan beri banyak manafaat pun. Sesilap hari bulan leh bawa kepada kerosakan ummah dan akidah masyarakat. Ye la bila da takutkan hantu lebih dari takutkan Allah swt dan Ibu Bapa. Camne tue?

Kalau zaman bebudak dulu, nak dengar cerita hantu dari orang tetua je la. Orang tetua selalu membayangkan hantu tue berambut panjang, mata merah, gigi taring yang panjang, kuku pancang, kurus kering dan pakai baju putih. Sampaikan kalau memalam nak berjalan malam pun agak seram. Kalau terserempak ngan makcik yang baru balik dari surau pakai telekong putih pun sudah kecut perut lari. Haishhhhhhh..... Tapi zaman aku dedulu orang tetua kampung aku suka takutkan bebudak ngan Hantu Kopek (tetek) dan Hantu Raya. Paling femes la kat kampung aku. Kira Hantu Kopek dan Hantu Raya ni superstar la.

Tujuan diorang mencerita kan cerita hantu plak bukan nak suh kita takutkan hantu. Diorang nak supaya kita tidak selalu keluar memalam, merayau sesuka hati. Sebab malam itu gelap, dalam gelap banyak menda tak elok leh jadi. Dan untuk mengelakkan hantu syaitan suma ni, orang tetua akan suh kita mendekati diri dengan Allah swt. Mengaji quran jangan lupa, semayang puasa jangan tinggal.

Sekarang, cakap je cerita hantu apa nak tengok suma dah leh tengok. Xyah nak imagine lagi, xyah nak gi rumah buruk atau kubur cina lagi nak tengok hantu. Gi je panggung wayang, beratur dan beli je tiket wayang hantu apa nak tengok. X pun duduk je depan Tv, tekan je remote control tu, kuar la hantu apa korang nak. Suma ada. Apa ada kisah???


Dedulu pun xde cerita Melayu yang beraksi lanjan, skang siap leh masuk wayang lagi. Memang btol pelakon tue bukan wat bebetol. Kalau untuk orang dewasa mungkin leh pikir mana baik buruk nya, tapi kalau remaja sekoalah camna? Leh kontrol ke?? Kang wayang lanjan kat depan, kat belakang diorang pun dok lenjan skali. Dalam wayang kan gelap. Hurm......

Ke orang skang buat filem nak box-office cepat je. Tue sebab selit aksi lanjan, senang nak tarik golongan remaja tengok.

Dalam berita semalam aku rasa, berita paling sadis penah aku dengar, kat China budak 4tahun digilis dan orang lalu lalang xhiraukan langsung. Siap digilis dua van lagi. Seb baik ada sorang yang baik hati sudi menolong. Dan kat Malaysia, budak 14tahun sanggup kelar belakang, badan dan leher sorang bayi yang baru dilahirkan nya. Kejam kan??? Dimanakah hilang peri kemanusiaan?? Dimana hilang sifat kasih sayang??


Thursday, February 25, 2010

Malas

Dua tiga hari lepas. Aku tertengok anak buah aku buat kerja rumah dia. Memang aku malas nak ajar anak buah aku. Sebab dia xpaham kalo aku ajar. Sungguh ajaran sesat kan aku. hhaahahhahaha....

Aku : Nape tulisan buruk sangat?? Cuba tulis cantik-cantik skit. Lukis elok-elok.

Aku mengur anak buah aku. Yang dok buat kerja Math dia. Padahal tulisan aku pun abah aku selalu gelakkan. hahahhaah...

Anak buah 1 : Da x leh nak ubah la.

Aku : Boleh kalau mahu.

Anak buah 1 : Da abes da cuba untuk ubah.

Anak buah 2 : Yang xleh ubah tangan je kan, pak ngah.

Aku : Yang x leh ubah tu 'Malas' je.





Aku terkedu. Camne la aku leh sound budak tue gitu. Ish...Ish...Moga mereka rajin pasni. hahhahhha

Tuesday, January 5, 2010

P

Dua tiga Kucing Berlari
Manakan sama dengan sang belang
Dua tiga kueh koci
Semua aku telan sesorang



PSP : Tengah pening...Dapat makan kari kambing sedap nie...

Thursday, December 31, 2009

Rujuk Bawah

Oleh sebab ramai yang dok muncung2 dari angkat kaki..Jadi aku xbuat la Disqus comment..
Ada siap yang leh wat sangkut hanger xtahan tue...ekekeke...

Apepun terima kasih atas sokongan korang semua. Sayang korang...ekekekek...

Malam ni malam tahun baru...Korang ape projek??Yang bujang je ye. Pasal yang da kawen malam ni diorang projek lain. Al-maklum la malam Jumaat....

Selamat Tinggal 2009
dan
Selamat Datang 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...