Tuesday, October 18, 2011

Dulu dan Sekarang....

Dulu, nak tengok cerita hantu melayu dalam wayang pun susah apatah lagi dalam TV. Mungkin sebab mereka yang dulu-dulu suka merujuk pada cerdik pandai dalam agama atau mufti, sebab cerita-cerita Tahyul ni bukan beri banyak manafaat pun. Sesilap hari bulan leh bawa kepada kerosakan ummah dan akidah masyarakat. Ye la bila da takutkan hantu lebih dari takutkan Allah swt dan Ibu Bapa. Camne tue?

Kalau zaman bebudak dulu, nak dengar cerita hantu dari orang tetua je la. Orang tetua selalu membayangkan hantu tue berambut panjang, mata merah, gigi taring yang panjang, kuku pancang, kurus kering dan pakai baju putih. Sampaikan kalau memalam nak berjalan malam pun agak seram. Kalau terserempak ngan makcik yang baru balik dari surau pakai telekong putih pun sudah kecut perut lari. Haishhhhhhh..... Tapi zaman aku dedulu orang tetua kampung aku suka takutkan bebudak ngan Hantu Kopek (tetek) dan Hantu Raya. Paling femes la kat kampung aku. Kira Hantu Kopek dan Hantu Raya ni superstar la.

Tujuan diorang mencerita kan cerita hantu plak bukan nak suh kita takutkan hantu. Diorang nak supaya kita tidak selalu keluar memalam, merayau sesuka hati. Sebab malam itu gelap, dalam gelap banyak menda tak elok leh jadi. Dan untuk mengelakkan hantu syaitan suma ni, orang tetua akan suh kita mendekati diri dengan Allah swt. Mengaji quran jangan lupa, semayang puasa jangan tinggal.

Sekarang, cakap je cerita hantu apa nak tengok suma dah leh tengok. Xyah nak imagine lagi, xyah nak gi rumah buruk atau kubur cina lagi nak tengok hantu. Gi je panggung wayang, beratur dan beli je tiket wayang hantu apa nak tengok. X pun duduk je depan Tv, tekan je remote control tu, kuar la hantu apa korang nak. Suma ada. Apa ada kisah???


Dedulu pun xde cerita Melayu yang beraksi lanjan, skang siap leh masuk wayang lagi. Memang btol pelakon tue bukan wat bebetol. Kalau untuk orang dewasa mungkin leh pikir mana baik buruk nya, tapi kalau remaja sekoalah camna? Leh kontrol ke?? Kang wayang lanjan kat depan, kat belakang diorang pun dok lenjan skali. Dalam wayang kan gelap. Hurm......

Ke orang skang buat filem nak box-office cepat je. Tue sebab selit aksi lanjan, senang nak tarik golongan remaja tengok.

Dalam berita semalam aku rasa, berita paling sadis penah aku dengar, kat China budak 4tahun digilis dan orang lalu lalang xhiraukan langsung. Siap digilis dua van lagi. Seb baik ada sorang yang baik hati sudi menolong. Dan kat Malaysia, budak 14tahun sanggup kelar belakang, badan dan leher sorang bayi yang baru dilahirkan nya. Kejam kan??? Dimanakah hilang peri kemanusiaan?? Dimana hilang sifat kasih sayang??


5 Pandangan Kekawan:

eMMe said...

hye Jedi, ye la, dulu lain, skrg lain, dulu bujang skrg dah kawen...tapi....tak pasti bile nak bertiga...opsss~ lari topik! tapi ade kaitan dgn tajuk kan, hahaha!

Shukri Mohd Ali said...

kita lagi jahat dari hantu :(

Marina Monroe said...

Salam,

Pelikkan? sekarang orang suka nengok citer2 tahyul..
Ishhh...
hafal ayat kursi InshaAllah tak diganggu oleh hantu2 sekeliling..

Masy said...

tak berani tgk video budak kene langgar tu.. huhuhuh

'AQILAH said...

cerita seram berlambakkan, dah tak syok ah tengok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...