Saturday, August 29, 2009

Bilis

Bulan puasa ni ramai yang bercerita pasal makanan ek..Aku pun nak jugak la..Boleh kan??

Ye...Aku memang suka ikan bilis yang digoreng rangup. Kruk krak sedap di kunyah. Ahaks...Bulan puasa ni saje je aku nak bercerita tentang bilis.

1) Nasi Goreng Kampung


Nasi Goreng Kampung adalah antara makanan kegemaran aku. Bila gi je kedai tomyam, nasi goreng kampung adalah makanan biasa aku order. Sebabnya nasi goreng kampung ni kaya ngan ikan bilis goreng. Yes i like that bilis.

Ye la kalo nak ikut banyak lauk. Amik nasi goreng amerika lagi banyak lauk. Tapi aku xsuka itu. Nasi goreng kampung tetap di hati.


2) Sambal Bilis


Sambal bilis pun aku suka. Nak-nak kalo ditambah dengan petai. woow...yummy...Sungguh enak. hahahah...Sedap woo...Sekali pekena nak lagi sambal bilis nie.

Walaupun makan mu buat aku berpeluh tapi aku tetap suka. Aku rindu sambal bilis yang ma masak. Bulan posa ni keadaan x mengizinkan untuk aku balik. Raya je kalo aku balik kampung pun. Malang btol.

3) Anak Bilis

Di Malaysia ni ramai yang sukakan bilis sebenarnya. Semua orang suka bilis. Bilis ni kecik, comel, cantik dan paling penting dia xmakan banyak. Kekadang bilis ni bodoh jugak.

Kalo diperhatikan dari budak sekolah, yang beruniform, YB, datuk dan sebagainya memang suka bilis nie. Tue diorang sukakan makan nasi lemak.

Contohnya....Satu badan uniform yang tengah dok gah sekarang nie sejak dari zaman Islam h-Ada-Hari sehinggalah zaman 1 Malaysia. Diorang nie cukup sukakan bilis. Diorang memang sibuk dok jala bilis. Sampai ramai bilis hilang perkerjaan. Bilis ni makan x banyak pun kekadang 100. Xde 100, 10 pun jadi lah. Tue la prinsip bilis. Tahniah kepada mereka.

Yela nak jala bilis nie senang pasal di suka dok berkelompok. Xmacam jerung, dia suka sekor-sekor je. Pastu makan pulak besar. Kalo seribu dua xyah la. Paling kurang pun empat ekor lembu bila time raya korban. Pastu akan keluar dalam tv, ari nie Pak Cik korban 4 ekor lembu untuk semua orang. Padahal orang lain yang kasi. Yela lembu punya susu sapi dapat nama. Lembu dapat projek ok la. Tahun depan leh extend lagi projek. Ahaks.

Memang tangkap jerung memang susah, tapi sekali dapat berbaloi. Kalo bilis takat mana sangat. Kalo dapat jerung bilis pun kena sekali kekadang. So pikirkan lah.

Ada jugak trend di bulan puasa ni nak tunjuk baik, bagi kurma kat semua orang terutama client. Tapi bos client dapat special skit, dapat kurma+hamper+duit raya.....Baru seminggu posa da dapat duit raya???Ape kes???



PSP: Amalan hulur menghulur sememangnya haram. Xkira bulan puasa ke x. Jauhi lah amalan ini dari hidup anda. Bersihkan jiwa burani.

Lain la kalo menghulur juadah berbuka antara jiran itu amat mulia.

4 Pandangan Kekawan:

sharamli said...

kat sk0lah dulu penah makan bilis g0reng sambal camp0 cicAK..geli kn...

Myraa said...

mak aihhh, bestnya nasi goreng tuh.. nyum2..

JMR said...

aku sgt suka kalo ade org menghulur juadah di ptg ramadhan...makluml bujang kan..hehehe

CIVIC Power said...

Selamat berbuka buat mike..

"anak bilis" klu cakap kedah diorang panggil untuk pakwe mude tapi makwenye lebih tua darinye.. ahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...