Tuesday, August 18, 2009

Fire Drill

Semalam aku masuk opis ternampak sign board fire drill akan diadakan ari nie pukul 9.30pagi. Aku tanya bebudak opis, diorang cakap kita xyah fire drill. ooooo...

Tapi fire drill nie memang best sebenarnya. Korang leh blaja cara-cara nak selamatkan diri semasa kecemasan (kebakaran la tue). Blaja cara nak memudahkan kerja-kerja bomba. Blaja cara nak menggunakan alat pemadam api ngan btol. Ada kes tau bila terbakar alat pemadam api kat sebelah pun xtau nak pakai. Camne tue???

Fure drill ni memang berguna la. Time fire drill nie la nak berlagak macho depan awek pun. Nak tunjuk yang kita nie kool dengan api. X panik. heheheheh

Dalam apepun kecemasan nie yang penting tak panik je. Bila tak panik kita akan dapat berfikir ngan tenang. So semua akan terkawal.

Bila sebut fire drill nie aku teringat la masa blaja dulu. Masa 2nd year kat uni. Masa tue aku duduk hostel lagi. Suatu malam yang xbrape nak suprisenya tetiba terdengar la bunyi siren amaran. Memang kitorang da di bagitau dalam minggu tue akan ada fire drill. Bila bunyi siren semua kena berkumpul dekat parking.

So aku dan geng nie cam biasa la dengar bunyi siren tue wat mata aku tetiba rasa ngantuk. Bunyi siren tue cam bunyi alunan lagu yang merdu dan mengasyikan walaupun memang memekak tahap gugur taik telinga aku. So kitorang wat bodo je. Pejam mata dan tido lagi bagus.

AJKA (ahli jong sibuk asrama) cam biasa la xpuas hati bila xramai budak yang turun. So diorang ni yang bijakpandai tahap siput babi dengan bangga nye menutup main switch kat hostel tue. Seluruh hostel bergelap. Cilakak..........

Aku, anep dan azmeer masa tue. Memang hangin gile. Frie drill ek?? Selamatkan diri ek....

Ok, kitorang pun pergi la ke parking bukan tempat berkumpul tapi gi amik kereta dan kitorang lari menyelamatkan diri ke kedai mamak sejauh 2km dari hostel. Memang selamat la kitorang. Tambah ngan pekena nes tarik tambah ngan roti telur....yummy...hehehehe....

Aku memang malas fire drill nie....Tapi penah gak masa kecik aku bercita-cita nak jadi bomba.
Kepada hali-ahli bomba jangan marah ye...

5 Pandangan Kekawan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha....

cm tu pon ada eyh???

lari g kedai mamak memang selamat....

gud idea...

=P

sharamli said...

w0it..w0it..ad ke patut..

~0~ said...

Gadis kampung separa bandar
hahahaha...ada...aku la tue...

sharamli
memang xpatut pun....

BUJANG SUSAH said...

Salam sahabat...selamat menyambut ramadhan al-mubarak.. smoga sentiasa diberkati oleh-Nya..

~0~ said...

bujang susah
terima kasih kawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...