Saturday, August 29, 2009

Merdeka

31 Ogos 2009...Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Wah...Da 52 kali merdeka.


Aku merdeka???Belum...aku belum merdeka. Aku belum memerdekakan diri aku. Aku masih belum mampu untuk membebaskan diri aku.

Perit memang aku rasa. Aku ingatkan setelah aku menerima segulung ijazah dan melangkah ke alam pekerjaan aku akan merdeka sepenuhnya. Walhal, aku semakin dijajah selepas itu.

Aku masih belum merdeka hingga kini. Walaupun hampir mencecah 25 tahun.

Aku masih belum merdeka kerana aku masih belum mapu membantu keluarga. Kekadang aku menangis sendirian. Mengenangkan apa lah nasib ku. Walaupun aku sudah berjaya mendapat perkerjaan yang bagus aku masih belum mampu tunaikan janjiku pada ma dan abah.

Sedih. Pilu aku terasa. Mungkin masih belum masa nya. Aku pasrah terima semua ini. Aku tau di sebalik dugaan ini pasti ada jaya. Allah memang sentiasa menguji keimanan hamba-Nya.

Impian aku masih belum tertunai. Hutang masih belum ku langsai.

Hutang pada ma abah xkan dapat ku bayar walaupun dengan duit berjuta. Terima kasih ma abah.

Aku akan merdeka pabila aku berjaya melangsaikan hutang ku pada diriku. Bila?? Aku pun xtau.

1) Hutang ku pada diriku adalah untuk menghantar ma dan abah mengerjakan ibadah haji.

2) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjaga ma dan abah aku.

3) Hutang ku pada diriku adalah untuk melihat adik-adik ku berjaya dalam hidup.

4) Hutang ku pada diriku adalah membantu seluruh ahli keluarga ku.

5) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjadi insan terbaik.

Insyallah, aku akan capai semua ini. Walaupun aku lemah tapi aku kuat. Aku yakin semuanya akan dapat ku langsaikan.

Dan aku akan MERDEKA.

7 Pandangan Kekawan:

Zyma Saad said...

Salam di sana.....

Di sini tumpang m`baca ye.
Semoga di sana dpt b`bakti kdp ibubapa dan family ye....

:)

sharamli said...

aminn...

insyaallah terlangsai hutan2 tu..

Norizwan said...

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52

Kentut said...

banyak betul hutang ni. tak baik berhutang banyak2.

+betterSINGLE+ said...

amin..
bnyk2 la berdoa..

Kak Long said...

Semoga segala hutang itu dapat dilangsaikan...
Insya Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

~0~ said...

zyma saad
salam jugak buat di sinun..
thanks

sharamli
hutan??gondol semuanya

norizwan
salam kemerdekaan dan salam ramadhan

kentut
ape boleh buat

bettersingle
thanks

Kak Long
tima kasih kak long

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...