Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

the truth

Tuesday, April 24, 2012

Boleh Saja Kalau Mahu


Fikirkan Boleh...... Lagu nyanyian asal oleh Allahyarham Sudirman dan di nyanyikan semula oleh Amuk.

Lagu Fikirkan Boleh sememangnya satu lagu pembakar semangat. Memang betul kalau kita mahu dan impikan pasti boleh tercapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tiada halangan yang akan menghalang.

Mari kita renungkan bersama.

Lelaki kat bawah ni.......

Rick Allen - Drummer Def Leppard 


Bermain drum hanya menggunakan 1 tangan untuk band besar Def Leppard. Seperti mana yang kita tahu, bermain drum memerlukan kedua belah tangan dan kaki.

Rick Allen mula bemain drum untuk Def Leppard pada 1979. Dan pada 1984, beliau telah terlibat dalam kemalangan dalam satu street racing dan menyebabkan beliau kehilangan sebelah tangan. Sesuatu yang hebat beliau kembali bermain drum dan masih boleh memainkan lagu-lagu yang dimainkan sebelum dia kemalangan.





Itu lelaki boleh lah...... Tengok yang kat bawah ini. Gigihnya seorang wanita. Yang kehilangan kedua tangannya tetapi tidak berputus asa dan terus berusaha. Beliau mengusahakan studio fotografi nya sendiri.

Photographer - Wanita 44 tahun







Mereka Boleh......Kita yang mempunyai kudrat dua tangan dan dua kaki pasti lebih mampu dan boleh. Yakin pada diri, tekad dalam hati untuk terus berusaha untuk terus berjaya pasti kita mampu melakukanya.Renungkan lah....

Bersyukurlah.


Semoga berjaya kekawan ku. 

Tuesday, November 1, 2011

Tips Eratkan Perhubungan: Komunikasi #1

Kecik-kecik pun da diberi laptop. Siap sorang 1 lagi.



Hari ini kedengaran banyak kes peceraian yang berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai punca yang menjadi berlakunya kes-kes sebegini. Antara punca adalah kurangnya komunikasi. Kekurangan komunikasi menyebabkan hubungan semakin merenggang. Dan berjauhan. Dan perselisihan faham sering berlaku. 

Kalau dulu zaman bercinta kemain lagi. Hari-hari call. Hari-hari mesej. Sesaat tidak mendengar suara rindu yang amat. Beratus-ratus duit diabeskan untuk top up. Semata-mata nak dengar suara kekasih yang di cintai. Sanggup. Memalam buta sanggup keluar cari top up semata-mata nak bergayut.
Hari -hari keluar bersama. Bertenggek sana sini bersama. Hari-hari mau dating kalau boleh. Mahu have fun together forever. Kalau boleh mana ada kamu aku ada. Itu masa bercinta lah.

Tapi bila dah kawen, nak call sekejap tak mau. Busy sangat katanya. Katanya balik umah karang kita boleh cakap pepuas. Padahal, bila balik umah je baru isteri nak cakap sikit katanya mahu mula berleter. Bila isteri nak cakap sikit dia mula tekan NOS TURBO, lena dibuai mimpi. Camna tue??

Walaupun tinggal serumah, masa berkerja, tak salah amik masa sedikit untuk call atau sms isteri/suami. Tanya soalan pependek pun dah cukup seperti 'Da makan ke?', 'Banyak ke klien?' atau 'Buat apa hari nie?'. Sekurangnya pasangan kita merasakan ada orang yang ambil berat. Ada yang peduli.

Dan kepada suami, bila isteri nak bercerita tue. Dengar la. Walaupun kita tiada idea untuk bagi penyelesaian cukup lah menjadi pendengar yang setia. Isteri pasti rasa amat dihargai. Kerana bagi kebanyakan isteri, suami adalah segalanya bagi mereka. Jadi mereka mahu kongsi segalanya dengan suami nya.

Walaupun sudah kahwin, tak salah kalau kita masih seperti pasangan bercinta. Biar lah cinta itu, cinta sampai mati. 

Semoga kita dapat mewujudkan suatu hubungan yang baik dan murni dalam keluarga kita dengan adanya komunikasi.



Tuesday, February 2, 2010

Lelaki dan Perempuan



Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.
Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.
Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?
Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL

Friday, January 15, 2010

Berani

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah


Dulu ungkapan ini slalu aku dengar. Dan ramai yang mengungkapkannya dan memperjuangkannya. Masih ada lagi kah sekarang ini?? Atau sudah lapuk di telan zaman??

Sebab aku tengok sekarang ni tidak ramai yang tahu kebenaran berani tampil ke hadapan. Takut. Takut untuk menegakkan kebenaran.

Tapi ramai pula yang berani, berani menjadi kambing hitam. Demi setongkol habuan yang berupa kepingan kertas yang bernilai di dunia fana ini, mereka tampil. Tampil untuk menutup kebenaran. Jual maruah tidak mengapa, kekayaan dunia yang dikejar.

Fitnah di tabur tidak mengapa. Langsung tiada rasa berdosa. Kekayaan dan nama di dunia fana ini juga yang dimahukan. Bukan kesejahteraan abadi di alam yang kekal di sana.

Kebenaran diputarbelitkan demi menjaga satu nama. Fiksyen rekaan disebarkan demi menjatuhkan satu bangsa.



Fikirkan lah. Apa mahu mu?? Pilih la. Sini atau sana. Salah atau benar.


PSP: Maaf aku melalut lagi di hari Jumaat ini.

Friday, August 21, 2009

Maju aku maju





Salam 1 Ramadhan.

Aku suke iklan nie. Nak-nak ayat dia yang last.

"Berjalan mesti ke depan bukan ke belakang"

Itu la ayat kalo nak berjaya. Maju dan terus maju. Jangan terlalu kenangkan masa lalu dan melemahkan semangat. Sebaliknya fikirkan apa kesilapan kita dahulu, cari weakness point dan puncanya. Atasi weakness point tersebut. Insyaallah kita akan maju.

Melangkah gagah ke hadapan dengan laungan semangat berkobar tanpa kenal erti mengalah.

Tuesday, August 4, 2009

Puas


Puas....Korang merasa puas???? Bila saat korang merasa paling puas????

-Dapat segulung ijazah??? Dapat pakai jubah???
-Lepas makan kekenyang???
-Lepas melepas???
-Lepas siapkan kerja???
-dan lain-lain

Semua orang patut merasa puas apabila mencapai kejayaan yang di impikan. Tapi jangan la jadikan kejayaan itu sebagai penutup, jadikan ia sebagai pembuka. Pembuka untuk terus berjaya dan berjaya. Jangan pernah merasa terlalu bangga dan puas dengan satu kejayaan.


Tapi seandainya gagal, jangan lah pula kita berputus asa. Putus asa adalah pembunuh. Jangan biarkan ia menyelubungi hidup kita. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin untuk berjaya. Jadi ia sebagai panduan untuk berjaya.

"Berapa kali terjatuh adalah tidak penting sama sekali tetapi apa yang penting adalah bagaimana caranya untuk kita bangkit dari jatuh."

Untuk berjaya bukan susah dan bukan susah untuk gagal.

Cara kita menerimanya sesuatu juga penting.
Sebagai contoh
1)ada orang yang gagal akan terima keputusan dan berkata "Sudah ini yang terbaik untuk aku"
2)ada orang yang gagal akan terima keputusan dan berkata "Aku perlu lebih berusaha dan baiki kesilapan"


Bagi seseorang yang berfikir seperti no 1, dia akan merasa cukup dengan apa yang diterimanya tetapi bagi no 2, ia akan terus berusaha untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik lagi. Dan pastinya no 2 akan berjaya suatu hari nanti.

Kejayaan mungkin tidak akan dikecapi dengan sekali percubaan malah mungkin sampai beribu kali percubaan barulah kita boleh merasakan kejayaan.
Oleh itu janganlah pernah merasakan putus asa dengan kegagalan, dan jangan pernah merasa puas untuk berjaya.

Nasib anda anda tentukan.

Semua manusia sama sahaja yang membezakan adalah usaha dan sikap mereka.

No such easy way to success, the important thing is ur effort to success.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...