Tuesday, April 24, 2012

Boleh Saja Kalau Mahu


Fikirkan Boleh...... Lagu nyanyian asal oleh Allahyarham Sudirman dan di nyanyikan semula oleh Amuk.

Lagu Fikirkan Boleh sememangnya satu lagu pembakar semangat. Memang betul kalau kita mahu dan impikan pasti boleh tercapai sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tiada halangan yang akan menghalang.

Mari kita renungkan bersama.

Lelaki kat bawah ni.......

Rick Allen - Drummer Def Leppard 


Bermain drum hanya menggunakan 1 tangan untuk band besar Def Leppard. Seperti mana yang kita tahu, bermain drum memerlukan kedua belah tangan dan kaki.

Rick Allen mula bemain drum untuk Def Leppard pada 1979. Dan pada 1984, beliau telah terlibat dalam kemalangan dalam satu street racing dan menyebabkan beliau kehilangan sebelah tangan. Sesuatu yang hebat beliau kembali bermain drum dan masih boleh memainkan lagu-lagu yang dimainkan sebelum dia kemalangan.





Itu lelaki boleh lah...... Tengok yang kat bawah ini. Gigihnya seorang wanita. Yang kehilangan kedua tangannya tetapi tidak berputus asa dan terus berusaha. Beliau mengusahakan studio fotografi nya sendiri.

Photographer - Wanita 44 tahun







Mereka Boleh......Kita yang mempunyai kudrat dua tangan dan dua kaki pasti lebih mampu dan boleh. Yakin pada diri, tekad dalam hati untuk terus berusaha untuk terus berjaya pasti kita mampu melakukanya.Renungkan lah....

Bersyukurlah.


Semoga berjaya kekawan ku. 

7 Pandangan Kekawan:

musang said...

kagum dgn oku yg berusaha mencari rezeki sndiri tanpa menagih simpati org

Tuan Cimot said...

terima kasih kerana memberi smngt..kagum melihat mereka..

Masy said...

giler terer bole main drum lg dgn sebelah tgn. saluteeeee!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sgt kagum dgn oku mcm ni.. smgt tinggi mglahakn insan yg sempurna.. sykur!

Kakcik Seroja said...

Kehendak dan keazaman itu adalah penting untuk membolehkan kita membuat sesuatu yang kita fikirkan hendak dibuat...

faraherda.razalan said...

Subhanallah....

Tapi sy takde isu dgn perkataan SY TAK BOLEH BUAT. Klu mulut kite kate boleh tapi hati kite tak senang, pun tak gune gak. Bermakne, ape kite bt tu bukan sepenuh jiwa raga. Tol tak?

OKU yg mcm gamba2 atas tu kata boleh sbb mrk minat dgn ape yg mrk nak bt. Mrk bt dgn sepenuh jiwa raga. Sbb tu mrk BOLEH!

=D

Prettywrite said...

insaf n sayu tengok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...