Thursday, April 5, 2012

Jangan Di Tanam Di Hati


Aku ingatkan lama lega beban di kepala. Belum pun abes rasa bebanan yang lama bebanan yang baru pula menjelma. Tapi harap ia tidak seteruk yang lama. Sampai aku tak cukup rehat.

Program yang dulu banyak impak kepada pejabat aku. Yang paling nampak adalah impak negatif. 

Di pejabat aku mula menampakkan puak-puak. Perselisihan faham antara individu dan penyokong mereka yang mengampu mula menampakkan kesan yang lagi ketara. Dua-dua puak aku masuk dan aku dengar. Dua-dua ada meluahkan kepada aku. Tak kurang yang takut bercerita kerana takut aku menyampaikan.

Aku tidak PRO memana puak. Aku di tengah saja. Aku tidak suka untuk melagakan orang apatah lagi menjadi punca pergaduhan. (Kalau nak gaduh ngan aku, aku on je. Tapi aku bukan BATU API) 

Aku ada nasihatkan mereka. Aku katakan kalau semua aku nak masuk dihati, dah lama aku jadi musuh korang semua. Dan korang semua aku belasah je. Tapi aku anggapkan apa yang terjadi cam HANTU RAYA. Bukan selalu aku akan nampak, hanya sesekali saja, tu pun dalam masa yang sekejap. Jadi xperlulah aku nak berkenalan dengan Hantu Raya. Cukup saja dengan aku tau.

Masuk telinga kiri kuar telinga kanan atau sebaliknya. Tak perlu nak ambil port dan tanam dalam hati jadi dendam dan amarah. Kerana dendam dan amarah itu hanya akan merosakan diri kita sendiri.

Aku bukan pandai dan bukan mahu tunjuk pandai aku hanya mahu hidup aman bersama keluarga aku.

4 Pandangan Kekawan:

:: Mrs.Eady :: said...

hurrmm....

Masy said...

sokong!

KhaiRin : anies said...

buat dono je la...hidup 'bermasyarakat' mmg mcm tu

@z!rk said...

betol!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...