Tuesday, April 17, 2012

Cerita Orang Kaya Kaya dan Yang Nak Jadi Kaya

Kenapa aku tulis semua ini endtri lepas Kaya atau Bahagia : Mana Kamu Pilih??
Oklah, Sabtu lepas dek kerana ajakan kawan lama dan menghormati beliau aku pergilah ke satu seminar di DBP. (Bukan MaLaM, kata kawan aku lah.)



Dan bila aku pergi ke sana, suasana meja pendaftaran dia, tajuk seminar dan juga suasana dia. Aku dah agak ini adalah MaLaM. MaLaM apa?? Tak payah aku sebutkan di sini. Aku bukan ejen mereka. Buat masa sekarang hati aku belum terbukan untuk memana MaLaM. Aku lebih rela berniaga PASAR MALAM dari berniaga MaLaM.

Seperti biasa, memana MaLaM akan bersembang berkenaan duit yang berjuta-juta. Pasal Jutawan sana sini. Ok, mereka kaya. Tapi bukan aku. Cukuplah aku begini, aku hanya mahu cari kebahgiaan.

Mereka menceritakan kalau perniaagaan mencecah RM1juta, 1% dari jumlah urusniaga akan kita nikmati. Benar atau tidak jangan tanya aku. Aku bukan agen mereka.

Bila aku tengok suasana dalam dewan tu. Boleh aku katakan 90% adalah orang Melayu kita. Kenapakah orang Melayu kita terlalu mudah di kaburi dengan wang??

Kebanyakan adalah berusia 20-30an. Ada juga pak cik dan mak cik yang sudah pencen. Ada juga yang sanggup bawa anak dan bini. Wah.....Mereka sangat hebat. Mungkin bagi mereka itu bukan MaLaM dan pelaburan yang hasil yang banyak dalam masa singkat. Tapi tidak pada aku.

Antara speaker yang bercakap mengatakan "Kita Bukan MaLaM, kita pelaburan". Dan dia katakan juga "Kita tidak menggunakan Dato' sebagai duta".

 Tapi aku agak lah speaker yang bercakap tu pekak apa. Sedangkan sebelum dia bercakap yang bercakap sebelum itu adalah seorang berpangkat "Dato' Seri Ir". Dan "Dato' Seri Ir" ni juga ada berkata yang "PM kirim salam, Menteri A, Menteri B dan Menteri C juga kirim salam." (Betul atau tidak wallahulam. Aku tak tahu)


Speaker tu juga kata "Mereka Bukan MaLaM". Tang-tang tu jugak speaker tu present satu sistem yang biasa MaLaM pakai iaitu Sistem Piramid. Bukan MaLaM lagi ke bang???

Dah aku malas nak cerita panjang lebar lagi. Cukup takat sini. Seminar tu hampir 4jam. Aku masuk 2jam je. Tu pun duduk main internet je dalam tu. Aku memang tak suka MaLaM.

Pada pembaca blog ini yang ahli MLM, aku minta maaf. Mungkin MLM adalah rezeki kamu, tapi bukan cara aku. Aku tak mampu.




Heykawan : Biarlah aku berpanas dan berhujan untuk mencari sesuap nasi tapi bukan dengan cara menipu orang. Sekian.

7 Pandangan Kekawan:

Masy said...

pun tak kuasa nak layan.. takpelah. tu rejeki dorg. cuma yg x sedapnya bila dorg start masuk MaLaM ni, kita yg x join dikatanya malas, takmo rebut peluang, rugi, bla bla blaaaaaaaaaaaaaaa

KhaiRin : anies said...

memula dulu sy mmg x arif sgt psl menatang ni tp lps bc blog Aidid Muaddib, byk perkara br yg sy tau psl menatang ni.. sy bersyukur sgt sbb Allah mmg x bukakn hati sy sm ada utk join atau sesaja g dgr seminar diorg..x pe kalau x kaya yg penting kaya iman...lg bsr pelaburannya kt akhirat nnt

Kakzakie said...

Kakak bukan tak suka tapi memang tak pandai pun nak buat kerja MLM. Tak rajin dan boleh ngam dgn minda kakak...

mama iris said...

aku mmg tak suka MLM. noktah.
takat nak tunjuk pegi melancong, pakai BMW 3 series wadefak, beli brg branded ribuan ringgit, mana ntah konsep modesty yg diajar Islam ntah.

Pok Amai-Amai said...

Sy tak suka MLM. Bkn menguntungkan tp menyusahkan.

Eye_nee said...

Bukan Jiwa ku MLM ni....

Prettywrite said...

muahaha biasa jer dengar ayat ni "PM kirim salam, Menteri A, Menteri B dan Menteri C juga kirim salam."
tah apa2..

pernah terkena dengan malam score A..kawan punya pasal..ajak pergi tapak biznes konon..memang trick diorang kalau nak cari downline jangan bagitahu nak pergi mana bawak jer terus ke tempat seminar nt penceramah tu bagitahu sendiri..menipu jer kerja..nasibla tak join sebab dah banyak baca..tak berbaloi harga untuk 1 kit belajar sampai ratus2 gitu..

saya tak anti semua mlm..macam cosway, avon semua tu saya ok jer..sebab nampak jual barang..ini nampak nak cari downline jer semata2..naya sungguh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...