Friday, January 15, 2010

Berani

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah


Dulu ungkapan ini slalu aku dengar. Dan ramai yang mengungkapkannya dan memperjuangkannya. Masih ada lagi kah sekarang ini?? Atau sudah lapuk di telan zaman??

Sebab aku tengok sekarang ni tidak ramai yang tahu kebenaran berani tampil ke hadapan. Takut. Takut untuk menegakkan kebenaran.

Tapi ramai pula yang berani, berani menjadi kambing hitam. Demi setongkol habuan yang berupa kepingan kertas yang bernilai di dunia fana ini, mereka tampil. Tampil untuk menutup kebenaran. Jual maruah tidak mengapa, kekayaan dunia yang dikejar.

Fitnah di tabur tidak mengapa. Langsung tiada rasa berdosa. Kekayaan dan nama di dunia fana ini juga yang dimahukan. Bukan kesejahteraan abadi di alam yang kekal di sana.

Kebenaran diputarbelitkan demi menjaga satu nama. Fiksyen rekaan disebarkan demi menjatuhkan satu bangsa.



Fikirkan lah. Apa mahu mu?? Pilih la. Sini atau sana. Salah atau benar.


PSP: Maaf aku melalut lagi di hari Jumaat ini.

25 Pandangan Kekawan:

dilala said...

Dunia akhir zaman macam tu kot..

pB said...

kambing sekarang mahal

tak kira kambing hitam atau pun berbulu putih

Che' Pit said...

patut tukar skrg ni..

berani kerana benar, salah pun diorg berani gak, ngeh ngeh ngeh..

Frodo Baggins said...

hahahaha
berani kerana benar
salah lagi lah berani
contoh ~ uncle yg bersorak riang
kene jail 6 bulan coz sembur
tun M ... Pelik aku ngan atok tu ..
siap baca doa lagik .. mende arr


>>____<<

Anonymous said...

yg keji menindas yg lemah~
adat resam manusia tuk naek
jatuh-menjatuhkan tu lumrah kehidupan

cikmemy said...

semua gile duit sampai kelabu mata.benci org cmni.

oranglidi said...

ade kes ape lak skang ni?

Melatidaisy said...

stuju dgn Che' Pit..

"berani kerana benar, salah pun diorg berani gak"

bleh dftr kt DBP peribahasa baru..hehe

Selamber Rock said...

kuasa duit kot?

~ntah ape la yg aku melalut dihari Jumaat nih~

sharamli said...

kadang2 xb0leh pakai jugak ungkapan ke peribahasa ke ap ke...
bkn bet0l sgt..erk..

Mak Su said...

melalut kerana benar tak apa

Mimie.Candy Cane said...

wallahhualam..ini bukan melalut oke..ada isi yang tersirat yg boleh dijadikan iktibar untuk semua..


eceh..wa skema ari ni.

myQza said...

ini macam kes baling batus embunyi tangan ke?

.:fifi:. said...

sekarang nie rmai yang buat jht tp xnk mngaku..
ada yang buat jht tp menuding jari ke arah orng lain..
malah ada yang memaki orang lain dengan mnyatakan kejhatan orng tersebut tanpa merasa jijik dgn diri sendiri yng sesudahnya sama saja dengan orang tersebut!

aku berkata berdasarkan pengalaman aku yang baru terjadi pada aku..hurm boleyh jadi entry aku yang baru dowh hahaha..

Anonymous said...

bak kata pepatah jangan tegakkan benang yang basah. kalau dah salah, salah laa kan..

tapi adat manusia zamaan sekarang nak buat macam mana kan.

Solehah said...

tu la..benda salah sedap ja bermaharajalela..org salah lagi naik tahta..

Anonymous said...

duit punya asal

Dearie Pearls said...

...tersurat dan tersirat maknanya.

kadang yg jadi kambing hitam tu coz of dah kena 'beli' kot.

deus X machina said...

itulah realiti skg
org yg keji perangainya dipuja-puja
kebenaran terus dinafikan


erk888.blogspot.com

BajuKurung said...

gua lain sket.. klu gua salah, gua berani. klu gua benar, gua tkut.. ikikik...

Anonymous said...

ssh nk ckp!

Lizz said...

zaman sekarang,pepatah macam ni tak ramai yg gune...haiya, macam2 now ni

faizal said...

jadi skrg,

berani utk menyalahkan yg benar,
takut utk membenarkan yg benar

faizal said...

erk..konfius

Anonymous said...

kambing hitam tu apa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...