Tuesday, January 5, 2010

9 Nyawa


9Nyawa.

Aku baru menghabiskan baca novel 9Nyawa nie. Ni novel ke-3 tulisan Ramlee Awang Murshid aku baca selepas Satu Janji dan Tumbiro Terakhir. Lampi kan aku. Setelah berpuluh novel tulisan beliau di pasarkan aku baru baca 3. Ok la tue kan dari xbaca langsung. heehhehee....

Memang da lama aku tinggalkan dunia baca novel nie. Last aku baca novel masa aku 2nd year kat UKM. haahhaa....Sepanjang belajar kat UKM korang tau bape buah novel aku baca??Nak tau....Dua novel je. Tue la, novel Satu Janji dan Tumbiro Terakhir.

Aku brenti baca novel masa tingkatan 3 kot. Memang lama aku tinggalkan dunia novel nie. Masa sekolah dulu novel Adi Ahadiat (btol ke aku eja nie???) popular cam novel Budak Setan. Tue je yang aku ingat. Yang lain aku xingat.


----------------------------------------------------------

Berbalik pada Novel 9Nyawa nie. Bagi aku cite dia memang menarik. Pengolahan plot oleh penulis memang takjub. Cite mengisahkan dua watak utama iaitu Intan Suryani dan Hakim (lelaki buta).

Intan Suryani pewaris tunggal perniagaan D'Daimonds dan anak kepada Azizah. Manakala Hakim lelaki yang cacat penglihatan yang berusaha membesarkan Adiknya Shauqi setelah kematian kedua-dua ibu bapanya.

Intan Suryani di Kuala Lumpur, menguruskan perniagaan D'Diamond dan di kaitkan dengan Mitos 9Nyawa kerana Intan pernah beberapa kali terputus nafas. Azizah amat menyayangi anaknya dan menghalang sesiapa mendekati anaknya kerana takut dan terlalu taksub kepada Mitos 9Nyawa. Azizah tidak mahu kehilangan Intan. Intan juga mengalami masalah komplikasi jantung.

Hakim membesarkan adiknya Shauqi di kota Singa. Berkerja sebagai Telefonis di sebuah hospital. Hakim mempunyai satu kelebihan yang diberikan Allah iaitu boleh berkomunikasi dengan manusia yang berada di ambang maut. Manakala Shauqi terlibat dalam penjualan barangan seludup.

Khairil, muncul dalam hidup Intan Suryani. Memberi kuntum cinta pada Intan. Seri hidup Intan berbunga. Ikhlas menerima cinta Khairil. Apakah begitu jua Khairil??

Mat Siam, Brother Long dan Roni tiga penjenayah besar di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Membunuh tanpa erti belas kasihan. Merajai dunia gelap.

Apakah kaitan Intan dengan Hakim?? Apakah cerita di sebaliknya??

Nak tau. Baca sendiri. Memang x mengecewakan baca tulisan Ramlee Awang Murshid nie.



PSP : Kekadang manusia yang buta matanya lebih celik hatinya dari kita yang celik ini.

28 Pandangan Kekawan:

Firol said...

sebab kena lihat dgn mata hati baru dapat menilai sebuah kehidupan....


hooo.....menarik,aku dah terbayang kucing masa mula baca tajuk

sharamli said...

ahadiat akasha ke?

mukasurat17 said...

try lah bace pendeta gua khayalan... kawan aku kate best...

Yuki Yusuf said...

bagus budak ni
baca novel
hehe

yang buta celik hati
itu da tentu
diorang macam ada 6th sense sebagai pengganti yang da hilang tu..

imHepPie said...

ramlee awang murshid cuma penah layan cinta sang ratu je...tpi superb!

Melatidaisy said...

ahadiat akasyah kan??

ramlee awang murshid punye novel mmg best, paling sy suke cinta sang ratu :)

Anonymous said...

~0~ berkepak...

aku dah baca semua novel ramlee...
pling best sunan sunan n sunan

aku jatuh cinta ngn sunan

ko carilah buku ni..
kalo ko nk tny sinopsis, aku leh ceritakan

aku pakar cerita kalo ko nak tahu

kahkahkah


p/s : 9nywa aku lum bli lg sbb ade kakak senior aku nk bg untuk hadiah besday..yeeeeeeeyy..aku tunggu buku pree saje

kehehehkekekekeh

Frodo Baggins said...

PROMO PROMO ~

SILA LAH LAWAT BLOG KELAB PEMINATS RAMLEE AWANG MURSHID AKA BRO RAM DI ALAMAT INI http://www.kelabram.com


>>___________<<


"mata hati tak pernah berdusta"

Asilahkassim said...

try baca triologi cinta sang ratu/bagaikan puteri/hijab sang pencinta, lagi best!

Anonymous said...

dh brapa tahun aku xbaca novel..hmmm

Yunus Badawi said...

Aku lagilah lampi kalau mcm tu. Satu novel dia pun aku belum baca huhuhu

Jard The Great said...

rajin la hang baca buku... ehehehe

myQza said...

cantik cover.. isi apatah lagi

HEMY said...

tak larat nk baca novel...ntah bila le leh abiskan

aRien de GreaT said...

xsemua org suka bca novel..
salute 2 u sbb rjin bca novel..

imam said...

aku suka gak bace novel..tapi mau 3-4 bulan baru abis satu novel..

hahaha

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

dah macam kassim selamat dah...

tak pernah lagi baca novel karangan si penulis ni..
insyaallah.. akan ku cari nanti

Anonymous said...

kejam2 ko ni pon baca novel~
bagusnyer
jomla join aku baca shin chan~

Hanisham Ab Halim said...

Nanti aku beli novel ni. Macam best je...

Unknown said...

wah...ramli awang murshid...ai laik..kumpul buku die..ni terbaru

cikmemy said...

ramai org kate ramlee awang murshid ni best.
aku da byk kali try bace buku dia, 5 ms ak tutup..apesal ntah

ceksumolek's said...

menarik~ rasa mcm nk baca jugak la. sama sumi last baca dari penulis nih tombiruo terakhir..

Anonymous said...

lampi? pe tue?
lastly gua bce buah tgn RAM ni tajuk emm puteri pe tue tapi mmg bestlah!

said...

susah nak jumpa lelaki suker baca novel...

tahniah2...

=} hehe

Anonymous said...

jarang org lelaki wat synopsis novel yg dia baca.haha

Che' Pit said...

baca 3 jer?
hmm ok lah tu dari CP yg x baca langsung novel dia tu, huhu

faizal said...

aku cam penah bace ADAM ngan pei pan..tp xigt la..
da bce ke..tgk cover jep..hehe

Adila Ady said...

aku dah baca...best2..suspen gile.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...