Saturday, January 9, 2010

Bakar Gereja??

Insiden bakar gereja dikutuk

Petikan dari Berita Harian online..

Untuk baca berita penuh sila klik link kat atas. Antara petikan nya adalah seperti berikut.

"Pihak polis dan semua peringkat masyarakat perlu sama-sama bertanggungjawab dan berusaha supaya insiden seperti ini tidak merebak dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
(kata-kata Tun Abdullah Badawi, bekas PM)"

Ini bukan satu tindakan secara Islam...dan jika benar-benar menghayati ajaran Islam, bukan begini caranya melepaskan geram," katanya yang turut meninjau gereja itu.
(Kata-kata Kolumnis dan aktivis, Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir.)

"Saya meminta supaya kita jangan meragui bangsa-bangsa lain kerana kejadian ini dilakukan oleh penjenayah. Kerajaan mesti mengambil langkah segera untuk pertahankan rumah ibadat. "Kehilangan harta benda bukanlah satu masalah, apa yang penting kita tidak mahu perkara ini berlarutan," katanya.
(kata-kata Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.)


"DMPP juga bersimpati dengan apa yang terjadi, kerana kejadian merobohkan masjid dan surau oleh pihak berkuasa telah dialami sedikit masa dahulu. Perbuatan provokatif kali ini pula sengaja dirancang bagi menimbulkan kekecohan dan rasa tidak aman di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.,"katanya.
(kata-kata Salbiah Abdul Wahab, penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat,
http://www.harakahdaily.net)

"Serangan keji sedemikian merupakan satu tindakan yang dikecam keras Al-Quran. Agama Islam jelas menggesa umatnya untuk menghormati rumah peribadatan penganut agama lain,"
(kata Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.)



----------------------------------------------


Bagi aku menda ni amat bahaya. Aku xtau nak cakap sape yang melakukan. Sebab sesapa pun boleh lakukan ini. Dalam keadaan yang tengah tegang ni. Mungkin ada pihak yang cuba amik kesempatan untuk menimbulkan kekacauan. Perbalahan kaum mungkin akan tercetus dari semua nie.

Apakah ini akan mengulangi tragedi 13Mei??
Apakah keamanan dan keharmonian Malaysia akan tergugat??


Semoga Allah melindungi seluruh muslimin dan muslimat. Amin








22 Pandangan Kekawan:

Yuki Yusuf said...

mintak jauh daripada semua malapetaka macam tu
takut nya
peperangan agama ni sudah punya sejarah jelas sejak zaman nabi
kalau dah berlaku memang teruk
nauzubillah

Anonymous said...

o berkepak..

wei,
aku rasa ni ade bnde tak kene lah
ade org cuba nak api2kan semua ni..

adeiiiiiiiiiii
geram lak aku

bongok cam celaka jer
kan aku dah emo

Ya Allah, tolonglah...selamatkanlah Malaysia dari manusia2 celaka yg sngaja buat mcm ni..

lindungilah kami Ya Allah

Anonymous said...

nmpak ade pihak cube provokasi nie dan baling batu sembunyi tgn!

hans said...

yups
manusia dkt malaysia nih suka tgok kekacauan
ada jer yg nak jadi batu api
aku risau dah dgn keadaan malaysia nih
semakin xselamat

Anonymous said...

semua ni xkan jdi klu non muslim peka ngan sensitiviti agama islam

Yunus Badawi said...

Apa yg mereka kata dlm quote ko tu betul tapi aku takut org kita terlalu berlembut dan apologitik sedangkan bangsa lain tak seiring dgn kita. Lihatlah dah ada yg merosakkan surau. Ini belum lagi mereka berkuasa.

Semoga Allah menolong kita yg dipihak yg benar ini.

Solehah said...

memang menakutkan la..cuba kita flashback cerita ambon..serius aku risau..

Dak Wan® said...

Tu sebab teman suh sign petisyen, ni pergi buat kerja bodo, sudahnya surau kat kg.jawa,klg plak yg jadi mangsa. Sign Petisyen membantah disini

JMR said...

pastru surau dipecahkan sliding door n dibaling air kencing..pasni apa la plak kan...

faiz said...

betul..tindakan mcm nie mmg blh menjurus ke arah 13 mei..bakar gereja, bakar surau..lepas nie ntah apa lg..

cuma kita x pasti sapakah dalang disebaliknya.. kalau dpt, dalang nie je yg patut kita bakar..

mukasurat17 said...

amin amin ya rabbal 'alamin...

Mimie.Candy Cane said...

Allah selamat kan kami...
amin..

TokNabe said...

Sekarang bakar gereja..esok,esok masjid atau surau pulak dibakar..lepas tu tak tau lagi apa akan jadi...

Ada orang letak otak kat lutut ni...

Tuan Cimot said...

yg buat ni xfkir impactnye..huhu..suke-suki je buat..

cik selamah kundang said...

amin..sesama doa

cikmemy said...

semua ni da di rancang bia msia huru hara.same lah macam kes indon dulu 2...kite, yg masih leh berfikir dgn waras.jgn cepat melatah~

aida said...

kadang2 rase kecian gak kat gereja..
sbb bukan sume guna Allah..

hmm.. manusia bila da rasa marah sgt.. tu yg berlaku..huhuhu

Faarihin said...

Nauzubillahminzalik.. moga dijauhkan peristiwa berdarah itu.. memang risau bila dapat berita macam ni.. seperti ada pihak cuba mengambil kesempatan yang semakin tegang ini..

Unknown said...

orng sentiasa dengki dengan keamanan di malaysia.. apon beware expecially dengan orng asing..

khairolghani said...

aku harap tak de kacau bilau berlaku..baru 10hari tahun 2010,dah macam2 jadi..

Anonymous said...

boleh mengundang pergaduhan...

Dilala said...

nama Nya dipertahankan, bagaimana dgn hukum Nya?

ada pihak yg cuba ambil kesempatan atas perkara ni. aku amin kan doa kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...