Monday, July 27, 2009

Keep On Moving Bro


25 dan 26 Julai 2009 iaitu Sabtu dan Ahad lalu, telah berlangsung ICTO 2009 kat Stadium Badminton Kuala Lumpur. Persatuan-persatuan taekwando dari perlbagai negara telah menyertainya termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapore, Vietnam, India, Australia, Jordan, Iran, Pakistan, Korea dll. Dari Malaysia terdapat beberapa persatuan telah menyertainya antaranya Persatuan Taekwando Kelantan, Pro Sport Taekwando, Speed Power Taekwando dan banyak nama lagi yang aku xingat.

Adik aku, Aziem salah seorang yang menyertai pertandingan ini dibawah Persatuan Taekwando Kelantan. Adik aku sampai sini pada hari Jumaat, 24 Julai. Kira-kira jam 11 pagi diorang semua kena mendaftar dan timbang berat kat Hotel Maluri. Diorang ada kategori memasing. Aku pun xarif sangat. Berat adik aku 36kg, so dalam katagori 36-38kg kalo xsilap aku.

Malam tue diorang menginap di Hotel Sentral kat Jalan Tun Sambathan 5.

Game adik aku adalah opening game pada 25 Julai. Aku pun xsempat tengok game dia. Lawan adik aku yang pertama adalah dari Pakistan. Lawan dia dari Pakistan nie tinggi skit dari dia. Adik aku menang game ni dengan KO.

Lawan kedua adik aku pada hari tue plak dari Iran. Game ni mula kira-kira jam 10pagi. Game ni sempat aku, abah aku dan adik aku yang bongsu, Loqman gi tengok. Lawan dia yang dari Iran nie memang tinggi gile. Lebih tinggi dari adik aku, sama tinggi ngan abah aku. Memang kesian gile kat adik aku. Nak dapat satu point pun susah. Terpaksa memerah kudrat. Xsilap aku adik aku paras dada budak Iran tue je. Game ni adik aku kalah 1 - 19.

Kesian aku tengok adik aku. Nak sepak kena perut kawan tue pun susah. Si budak iran nie plak asal angkat penyepak memang kena kepala adik aku. Untuk pengetahuan korang tendang kena kepala 2 point kena perut 1 point.

Kelab Taekwando Adik aku dapat bawa pulang 1 emas dan 4 gangsa. Adik aku xdapat medal sebab kalah di game kedua. Dia dapat pengalaman berharga dalam hidup dia. Aku pun xsempat merasa semua tue.

Papepun aku nak ucapkan tahniah kat adik aku. Dia da berkerja keras. Tapi adat perlawanan ada menang kalah. Semoga adik aku terus maju di masa depan.

Good Luck Bro....


P21: Kalo ada masa dan rajin nanti aku masukkan pic dan video nye.

Ps2: Aku tengok berita sukan kat TV dan paper xde pun pasal nie....kalo korang nak tengok leh beli majalah Click! @ www.clickgolive.com/ICTO2009

Ps3: Awek cun ramai woo main taekwando...wachaaaaaaaa....

Psp: aku da lapar...bye

2 Pandangan Kekawan:

TokNabe said...

Pernah masuk pertandingan silat masa sekolah2 dulu... abis bengkak2 kaki kena sepak. hehe...kalah pulak tu.

Tahniah untuk adik tu..kerana berani mencuba.

Unknown said...

TokNabe
Semua tue pengalamankan...

Tima kasih tok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...