Kepada bos aku yang aku sayang selalu, silalah buat gelongsor untuk aku.
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts
Monday, June 11, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Lawatan Ke Permintek, Jitra
Antara gambar-gambar semasa aku melawat ke Kilang Permintek di Jitra dua minggu lalu. Kilang Permintek adalah merupakan kilang yang mengeluarkan wayar untuk kereta. Kilang ini merupakan vendor bagi Perodua, Proton, Toyota, Honda dan lain-lain.
Apa yang menarik owner kilang ini adalah seorang Melayu yang telah joint venture dengan Jepun. Bila dengar tentang vision dan sejarah mereka, telah memotivasikan diri aku sendiri. Boleh saja kalau kita nak berjaya kalau kita yakin dan berusaha.
Apa yang best, wayar yang berpuluh-puluh, perlu di susun dan balut dalam masa tidak lebih dari 4 minit. Memang aku respect orang yang buat kerja ni. (Majoriti adalah wanita) Diorang memang cemerlang. Aku sendiri leh katakan tak sanggup nak buat kerja seperti itu.
Tuesday, March 20, 2012
Kita Amat Bertuah
Industri Rokok Bidi dan Tenaga Buruh Kekanak. Itulah isu yang dikupas dalam salah satu segmen dalam Buletin Utama semalam. Hal ini terjadi di India, dimana dek kerana kesempitan hidup kekanak digunakan sebgai tenaga Buruh dalam Industri Penghasilan Rokok Bidi.
Gambar Rokok Bidi . Sumber google.com
Rokok Bidi ni kalau korang biasa pekerja dengan Bangla, India, Nepal atau Pakistan, korang pasti pernah tengok rokok ni. Diorang memang suka hisap rokok bidi ni dan harganya juga lebih murah dari harga rokok yang berada di pasaran.
Isu Tenaga Buruh Kekanak ini telah lama aku dengar terutama di negara yang bergolak atau miskin seperti India. Bukan saja dalam Industri Rokok Bidi malah yang aku dengar dalam Industri Pembinaan pun ada menggunakan tenaga buruh Kekanak. Yang mana upahnya adalah lebih murah.
Bayangkan kalau di Malaysia biasanya dalam usia kekanak yang berusia 13-15 tahun di negara kita sedang enak bermain dengan kekawan, pergi ke sekolah. Malah ada yang lebih mewah dengan handphone touch screen nya dan PSP sorang sebijik tidak dikira lagi dengan Walkman, MP3 atau MP4 lagi. Leh katakan mewah dengan gadget terkini. Dan hanya tahu bermain saja.
Tapi diluar sana ada kekanak yang seusia mereka sudah mula berkerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Bekerja 8 jam sehari dan 7 hari seminggu. Yang mana mereka terpaksa mengabaikan keindahan zaman kekanak mereka. Melupakan untuk belajar dan juga bermain dengan rakan-rakan. Mencari sesuap nasi untuk makan seisi keluarga.
Kalau dilihat di negara bergolak lain seperti negara Afrika, ada remaja berusia 13-15 tahun sudah mula memegang AK-47. Sedangkan kekanak di negara kita sedang enak hanyut dalam dunia imiginasi mereka. Enak dan nyenyak tidur berpelukan bantal yang empuk sedangkan mereka di luar sana tidur berpelukan AK-47.
Bukan nak dikatakan di Malaysia bila di tengok ramai yang berumur 18 tahun baru mula nak mencari kerja. Mula nak melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Malah ada juga yang berumur 20-an masih tidak mahu mencari kerja. Sedangkan di luar sana ramai orang luar yang sedang mengintai peluang perkerjaan di Malaysia.
Aku pernah tanya pada Bangla, India dan Indon, "kenapa mereka cari kerja di Malaysia??" Jawapan mudah saja "Gaji di sini lebih lumayan dan juga aman." Tiada pergolakan seperti di negara mereka.
Sesungguhnya betapa bertuah nya kita lahir di Malaysia. Sebuah negara yang aman. Bersatulah kita untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi hari ini untuk generasi yang akan datang.
Friday, February 24, 2012
Jangan Pentingkan Diri Sangat
CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500
PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3
juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga
RM2,500.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu
perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia
(SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16
sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred
40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga
gred 54 (RM2,500)....
Sumber Utusan Online. (untuk bacaan lanjut leh rujuk disini)
Kakitangan awam pasti gembira dengan tuntutan CUEPACS ini. Dan aku baca kat FB dah ramai yang update status pasal ni dan mengharap ia menjadi nyata, terutama kakitangan awam.
Memang bagus ada keniakkan gaji. Siapa tak suka kenaikan gaji tak kira sektor awam atau swasta. Tapi kenaikan biarlah releven dan berpadanan dengan prestasi serta juga usaha kakitangan tersebut.
Walaupun aku dalam golongan mereka juga (kakitangan awam tapi kontrak) aku tidak terlalu gembira. Apa yang aku lebih risaukan adalah trend kenaikan harga barangan keperluan yang akan melambung seiring dengan kenaikan gaji sektor awam.
Apa yang aku risaukan adalah orang lain yang di luar bandar sana. Ramai lagi yang kat sana hanya kerja kais pagi makan pagi. Bagaimanakah nasib mereka nanti?
Ahli keluarga aku (keluarga aku ramai yang kerja swasta dan kerja sendiri saja) pun akan terima nasib yang sama nanti. Keluarga korang akan rasa tak bahangnya nanti??
Ramai juga generasi baru yang tamat pelajar atau baru nak menempuhi alam pekerjaan yang menghadapi keperitan dalam mencari perkerjaan sekarang. Kata peluang kerja makin banyak tapi kekadang aku tengok ada ke peluang tu??? Ada juga kekawan aku yang dulu bekerja sebagai status kontrak sekarang telah bergelar penganggur.
Aku harapkan nasib masyarakat luar bandar dan juga generasi akan datang difikir sama dalam keadaan sekarang. Jangan melihat dalam sudut yang sempit, buka kan pandangan pada angle yang lebih luas. Nilai guna hati bukan nafsu semata-mata.
Diharap akan ada pertimbangan yang jelas dan nyata.
Heykawan : Kalau ada yang terasa dengan entri ini. Aku minta maaf. Ini hanya pandangan peribadi aku.
Wednesday, February 22, 2012
Kerja Gomen atau Swasta
Konfliks dalam memilih haluan kerja. Aku rasa ramai yang menghadapi menda camni. Aku pun menghadapi situasi seperti ini. Nak memilih antara kerja kerajaan atau swasta. Aku dua-dua penah aku lalui dan pandangan aku dua-dua ada pro and con dia.
Ini adalah pandangan peribadi aku:
Kerja Kerajaan
- Gaji tetiap bulan konfirm tepat pada masanya.
- Kalau tetap, mudah nak tambah hutang kat bank.
- Ada masa rileks, ada masa sibuk dan ada masa leh hoye-hoye.
- Boleh berkira kerja, lengahkan kerja (biasa yang dah tetap suka buat).
- Rasa lebih selamat.
- Kos rawatan untuk hospital kerajaan dan klinik kerajaan percuma untuk seisi keluarga.
- Bonus tengok pada ekonomi dan pemimpin.
Kerja Swasta
- Kalau gaji lewat masuk tu biasa lah. (Bukan semua kompeni)
- Claim lambat dapat. (Bukan semua kompeni.)
- Banyak masa kena kerah, ada masa rileks dan beruntung kalo leh hoye-hoye.
- Boleh juga berkira kerja. Kalau bos suruh tak nak buat, boleh jugak berlagak cam kompeni sendiri. Tapi sedia lah kalau terima surat "You're fired".
- Kalau kena marah tu biasa lah tu. (Semua orang buat silap)
- Sedia untuk kena kerah dan kena perah.
- Kos rawatan ada yang kompeni tanggung, ada yang tanggung sendiri dan ada yang separuh-separuh.
- Bonus tengok pada kompeni. Kalau ada untung dan bos happy banyak la bonus.
Kalau nak list kan aku rasa memang terlalu banyak. Dan tak terkira. Memang banyak lagi benefit lain. Dua-dua pun banyak kebaikan nya. Memana pun tak apa, untuk yang fresh grad nasihat aku tak payah nak pilih-pilih, grab je peluang yang datang dan pilih yang mana korang rasa selesa. Ikut kata hati kamu jangan ikutkan rentak orang lain. Yang penting, Timbalah pengalaman sebanyak mungkin untuk memajukan diri kita. Usah terlalu mengharapkan kebaikan dan benefit sangat, bila pengalaman dah luas makin luas minda kita terbuka. Dan makin banyak peluang yang datang.
Bagi aku usah nak pikir kerja swasta atau kerajaan, yang penting kita berkerjaya dan berkerja dengan ikhlas hati bagi memperoleh hasil yang halal.
Seboleh nya, berkerja sebolehnya bersesuaian dengan minat kita dan yang membolehkan kita berasa gembira dan enjoy. Bukan nya bekerja dalam keterpaksaan.
Thursday, February 9, 2012
Spender Punye Pasal
Ni kejadian yang baru terjadi dalam dua tiga minggu ni kat tempat kerja aku. (Kira kisah benar lah ni....)
Kami ada terima satu laporan ada kebocoran dalam lot kedai. Dan penyewa yang jadi mangsa cakap air turun dengan laju. Air tu berbau agak busuk sebab atas tu adalah tandas perempuan.
Kalau kes kebocoran yang biasa jadi, air dia x laju pun. Sebab biasanya hanya joint paip ada leaking atau pun penutup elbow tak ketat. Tapi kes ni agak lain sebabnya bila kami check kami tengok paip air buang dari floor trap tandas perempuan telah pecah.
Sebab gitu arahan penukaran segera dilakukan. Pekerja pun potong la paip yang pecah dan ganti dengan yang baru.
Gambar contoh paip yang di pecahkan. (Sumber google.com)
Satu penemuan yang mengharukan telah kami temui dalam paip yang pecah tu iaitu sehelai seluar dalam perempuan.
Mungkinlah seluar dalam tu telah terjatuh ke dalam floor trap tu (aku tak fikir dia buang...Ye x?) dan dalam kedaan gelabah, dia pun ambil lah kayu ke apa nak tarik keluar seluar dalam tu ataupun nak sorok xnak bagi orang nampak seluar dalam dia dah jatuh. Mungkin dia jolok tu terlalu kuat, kena paip tu dan menyebabkan paip tu pecah. (Ini andaian kami)
Sebab apa kami andaikan begini, sebabnya kalau nak kata cleaner yang buat sebab nak bersihkan tandas sumbat tak mungkin, sebab kalau sumbat bahagian maintenance yang akan buat bukan cleaner.
DIY TIPS
Nasihat aku, kalau lah korang terjadi camni atau paip air buang tu sumbat. Janganlah ambil kayu dan jolok. Biarkan ia dalam tu sebab nanti kalau dah tersumbat tahu lah orang maintenance nak buat bagi elok. Lebih baik biar barang yang jatuh kat dalam tu dari buat paip tu pecah yang akan menyusahkan ramai orang.
Kalau kat rumah beli lah asid dan tuang kat dalam paip tu dan ambil pelocok dan pam dua tiga kali. Kalau air dah mengalir tu ok lah. Kalau tak jadi panggillah plumber.
Atau pun kalau rasa konfiden, korang leh la buka penutup kat elbow paip air buang tu (cam dalam gambar kat atas tu) dan bersihkan apa yang patut. Lepas cuci insyallah, tak sumbat dah.
Sekian.
Heykawan : Jangan kita jadi tikus membaiki labu.
Thursday, December 8, 2011
Jejalan Di Nogori #1
Gambar masa melawat Nogori (Negeri Sembilan........Negeri yang femes dengan masak lemak cili api.), 29-30 Nov 2011. Atas urusan pejabat.
FKF Craft Enterprise adalah antara kilang yang dilawat. Ia mengeluarkan produk berasaskan seramik. Lokasi adalah Taman Tasik Jaya. Nak detail sila tanya Puan Google Maps. Tataplah gambar di bawah.
King and the geng posed depan kedai.
Rumah Minangkabau dari seramik untuk cenderahati.
Seramik yang ready untuk proses pembakaran.
Tengok ukiran pada pasu yang blom lagi di cat. Cantik dan berseni.
Akak tu tengah proses membersihkan dan mewarnakan seramik.
Memang berseni lah akak. Tahniah.
Memang berseni lah akak. Tahniah.
Antara dua darjat. Hitam dan Putih.
Cantik kan.....
Cantik kan.....
Dan ini yang paling menarik hati aku. Rumah minangkabau dari seramik.
Pada yang berminat nak buat tempahan untuk door gift perkahwinan leh la tempah kat FKF Enterprise ni. Memang diorang terima tempahan. Harga memang berpatutan.
Heykawan : Orang kita memang kaya dengan seni dan budaya.
Tuesday, October 25, 2011
Wednesday, October 12, 2011
Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh
Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh
sumber:Hmetro
Pandangan aku:
- Kemungkinan perancah yang di pasang untuk sokongan sementara dipasang tidak mengikut cara yang betul dan tidak di pantau sebaiknya oleh Competant Person (scaffolding) dan Safety Officer.
-Sokongan sementara yang digunakan mungkin kurang bagi meyokong berat beban konkrit dan rebar yang digunakan.
Kemalangan memang sesuatu yang sukar untuk kita elakkan. Tapi langkah pencegahan adalah yang terbaik. Kekadang dalam kerja pembinaan ni terdapat kontraktor terlalu mengejar masa sampaikan kekadang langkah keselamatan di abaikan. Dan ada juga kontraktor yang tidak membekalkan alat perlindungan diri kepada pekerja. Walhal kebayakan kontrak kerja ada memasukan item alat perlindungan diri dan OSHA Akta 15 turut menegasakan bahawa Keselamatan Pekerja adalah TanggungJawab majikan.
Aku rasa kemalangan yang terjadi ni jugak akan wat pasni pihak JKKP akan lebih agresif pasal kalau x silap bulan ni saja dah dua kemalangan di tapak bina keluar di muka akhbar. Minggu lepas pasal tower crane terbalik di Pulau Pinang.
Bagi aku dalam melakukan apa-apa kerja pun, Keselamatan perlu diutamakan. Ingat nyawa tiada galang gantinya walaupun ngan wang berjuta.
Kalo da mati duit tu org lain dpt ye dok??
Monday, September 19, 2011
Cari Tapak
Sabtu lepas saj meronda mencari tapak. Bukan cari tapak kedai. Tetapi tapak untuk menetap. Tapak rumah. Sebolehnya mau la umah teres. Yang dok atas tanah.
Pepaham je la. Umah atas tanah kat KL ni mmg xdapat la ngan gaji aku skang. So terpaksa la cari umah luar KL. Tumpuan aku area Sungai Buloh dan Rawang. Harga mmg toksah cakap suma RM250k dan ke atas.
Dan yang bestnya, bila tanya suma diorang cakap dalam masa 1minggu-1bulan suma umah yang dijual akan 'Sold Out'. Wow...........Memang orang Malaysia ni suma da kaya. Aku je masih terhegeh-hegeh.
Tapi kalo berjalan kat area umah yang da siap plak. Banyak pulak rumah yang masih tak duduk. Dan banyak jugak iklan haram yang bertempekan di sana-sini tulis 'Bank Lelong'.
Hurm......Kekadang kalau di tengok balik, harga rumah di Malaysia memang melambung gila-gila punya. Ni tahun 2011. Kalau zaman anak cucu aku nanti xtau la. Adakah Malaysia akan jadi cam Singapore?? Rumah akan menjadi sesuatu yang sukat untuk dimiliki??
Teringat masa aku kerja di Johor sekitar tahun 2008. Area Nusajaya, banyak rumah untuk dijual. Dan bila risik-risik ngan kekawan yang kerja kompeni developer yang terbabti. Almost, area Nusajaya di beli oleh Singaporean. Btol atau x? Waallahualam.

Bukan rumah yang aku tengok..ekekekek
Patutkah aku beli rumah di negeri lain sedangkan aku bekerja di KL?? Ke patut kah aku beli rumah di Rawang @ etc.....Dan berulang 100km sehari untuk ke tempat kerja??
Wednesday, August 24, 2011
Safety
Xpayah pakai gondola pun..Jimat kos.
Pakai span je xyah safety helmet.
Pakai kerusi je nak imbang ketinggian...kerja
Face shield pakai wrapping plastik je...Jimat.
Senang...Xyah nak pakai gondola.
Gunakan kekawan jadi pemberat...hurm
Kretif...... Xayah pakai scaffolding yang akan menyusahkan.
Semua gambar kat atas adalah semua yang salah dari segi Safety dalam melakukan kerja.
Kalo ikut kan kerja mmg boleh siap jugak kalo pakai cara diorang nie.
Tapi sekiranya berlaku kemalangan maka
Cedera dan Maut je akibatnya.
Tuesday, April 20, 2010
Bertukar
Selepas 10 bulan aku dok bertempek di opis nie, akhirnya aku mau cabut sudah. Ye mungkin akan cabut. Hanya menunggu sekeping surat.
Sepuluh bulan aku dok keje atas kerusi empuk, mengadap komputer dan dalam aircond yang sejuk tahap x sampai nak menggigil pun. Banyak jugak yang aku pelajari di sini. Pelajari ragam hidup kakitangan awam. Yang berkerja, memang bersungguh-sungguh. Yang mengular, pun bersungguh-sungguh. Huhh..........
Kat sini juga aku belajar balik merekabentuk struktur balik. Kerja yang pernah aku buat masa aku fresh graduate dulu. Kat sini juga aku belajar cara bagaimana kakitangan awam melakukan audit pembinaan. Yeah.....Banyak jugak menda baru yang aku belajar disini. Dan ada jugak hasil yang aku tinggalkan. Satu SESB da final design. Dan akan di bina nanti. Dan ada dua block yang x dapat aku tunggu hingga ia ditenderkan.
Kerja di sini memang menyeronokkan. Persekitaran yang memang mesra alam yang amat. Memang best. Tapi aku da buat keputusan. Untuk kembali ke tapak. Kembali bersama mat-mat bangla, bersama mat-mat indon. PATI dan PADI aku akan berkerja dengan mereka lagi.
Esok kita masih tidak tahu apa akan jadi. Mungkin baik mungkin buruk. Tapi walau apapun, kita tetap perlu melangkah untuk maju. Tidak berani mencuba, sampai bebila kita akan di takuk yang sama. Ye, aku belum pasti langkah aku ini tepat atau tidak. Tapi aku berdoa agar Allah sentiasa bersama aku, semoga keputusan yang aku buat ini tepat. Amin.

Wednesday, March 24, 2010
Jemputan
Hari ni aku dapat jemputan ke Program 'MARA Assessment Centre' untuk perlantikan ke jawatan Jurutera (J41) (kontrak). Ape korang ingat parti buih ke??
Tempatnya di KKTM Rembau. Jauh bonar beb. Kalo dalam KL ni senang la. Ni sampai ke Rombau sana. Haih....Dok pikir nie.
Tarikh dia 29 Mac - 31 Mac 2010. Iaitu Isnin sampai Rabu minggu depan. 3hari tue. Adoiyai.....Nak kena mintak cuti la nie. Adoi.....Dok pikir lagi
Syarat berpakaian plak adalah skima. Pakaian opis dan berkasut. Rimas jugak tue.
Ada kelas, ada ujian, ada kerja kumpulan, ada kena present sesorang dan temuduga.
Adoi banyak la plak menda yang mendatang time camni. Baru plan ujung minggu ni nak balik kampung. Nak setelkan hal aku. Xkan naik dari cuti nak merembat ke rembau plak????
Peserta mesti ramai kan yang nak melawan ngan aku....Adoi...
Masih dok pikir...........Xcuba xtau.....Tapi.........Jauh dan masa nya.
PSP : Ape pendapat korang???
PSP2 : Aku pun xpasti ape yang diorang offer..

Monday, February 8, 2010
Memerlukan
Civil Engineer diperlukan:
-ade Degree in Civil Engineer
-Fresh Graduate atau berpengalaman. Yang penting nak keje.
-Kerja Opis. Bukan kerja site.
-Keje kat Kuala Lumpur..
Kerja kena buat
-Design structure lebih pada bangunan hospital, klinik, kolej jururawat atau sewaktu dengan nya
-Buat report skit-skit cam biasa.
-Wat surat untuk boss sign.
-Sediakan claim.
-Lain-lain lagi.
PSP: Kalo ade sedara, kekawan, atau jiran nak keje leh gak kasi tau. Emel je ke emel aku zaidi5483[at]gmail[dot]com.....Nanti aku rekomen kat boss bukan aku yang teview.

Friday, February 5, 2010
Hospital Alor Gajah
Masa aku masuk finishing suda siap cuma almari dan kabinet dapur belum masuk. Konsep rumah konsep hijau. So pagar memang xde. Diorang cuma tanam pokok je sekeliling rumah tue.
Depan tue adalah 'detention pond' jenis 'dry pond'.
Hospital Alor Gajah, Melaka masih lagi dalam pembinaan. Kerja-kerja pembinaan struktur da hampir 90% siap. Skang kebanyakan kerja-kerja finishing dan M&E je.
Insyaallah tahun depan orang Alor Gajah leh menggunakan Hospital nie.
Masa melawat rumah semi-D ni aku sound kat kawan aku 'Tue la kau jadi engineer lagi aku suh jadi dokter xmau. Degil.' hahahaha.....Cam aku bapak dia je sound camtue.
PSP: aku blur. So ni je yang mampu aku kongsi
Thursday, December 10, 2009
Perlu ke??
Perlu ke aku cari kerja lain???
Tadi masa dalam opis abang dalam opis tue tanya aku xde minta kerja tetap dalam garment ke??Xpun dalam badan berkanun??Atau uni-uni???
Aku jawab wat masa skang xde lagi panggilan terbaru. Bab mintak kat badan berkanun dan uni penah beberapa kali apply tp xpernah ada panggilan interview pon.
Hurmm....Bila ditanya begitu nie wat aku nak cari keje lain nie. Sampai skang aku xde lagi dapat kerja yang permenant semua on kontrak basis. hurmmm....
Mungkin gak belum rezki aku.
Mungkin gak pegembaraan ni baru nak mula. hurmmm

Thursday, November 19, 2009
Tuesday, October 13, 2009
Kerja
Satu malam yang hening, aku lepak ngan sorang kawan.
'Di, mu nak kija x?' tanya kawan aku.
'Keja ape? Aku mmg dok pikir nak cari pat-time nie' kata aku.
'Keje ni gaji mahal tapi xde life la' kata kawan aku lagi.
'Aku xkisah janji berbaloi dah la. Keje ape?' tanya aku.
'Keje pembunuh upahan.' kata kawan aku.
'Kalo aku xjadi kawen. Set je. kahkahkahkahkah!!!!!' aku gelak besar.
Gila ape keje nak amik nyawa orang. Walaupun x sayang nyawa sendiri tapi aku sayang nyawa orang keliling aku.
Sayangi lah keluarga anda....

Sunday, October 11, 2009
Plaza Tol Pertama
Kenangan yang terjadi kira-kira 2 tahun lalu. Masa tue aku kerja kat Perling, Johor. Buat kerja-kerja transmission line. Ada satu hari PM aku datang ke Johor bersama dengan CEO kompeni aku (seorang pemegang PHD).
CEO aku ni nak pergi ke Pasir Gudang manakala PM aku nak ke Perling. Jadi CEO aku meminta aku dan supervisor(SP) aku amik PM aku.
'Aku tinggal PM ni kat plaza tol' kata CEO aku.
'Plaza tol mana?' tanya SP aku.
'Nanti da nak sampai aku bagitau tol mana' jawab SP aku lagi.
Dalam 15 minit kemudian, telofon tangan membebel lagi. Tengok CEO aku call.
'Ko datang amik PM ko kat Plaza tol nie' kata CEO aku.
'Plaza tol mana?' tanya SP aku.
'Plaza tol pertama' jawab CEO.
'Plaza tol mana tue?' tanya SP aku lagi.
Aku terbayang-bayang plaza tol Batu Pahat dah. Gile ape orang tua nie tinggal PM aku kat Batu Pahat.
'Plaza tol pertama yang kita jumpe kalo drive dari KL ke JB la.' jawab CEO aku.
'Ala plaza tol yang pertama tu yang ade area kilang kat tepi highway tue.' sampuk PM aku.
'Aku tinggal dia sini je. Mu datang cepat amik dia. Aku nak gerak dah nie' kata CEO aku lagi.
'Ok.' jawab SP aku.
Dekat 45 minit jugak la PM aku dok melangak kat tol tue sementara tunggu kitorang sampai. hahahha.....
Memang cam aku da agak Plaza Tol Pertama tue adalah Plaza Tol Skudai. Sampai skang aku ingat. Pertama kali aku dengar nama Plaza Tol Pertama.

Thursday, July 23, 2009
Nilai Nyawa
Dua pekerja mengecat sedang melakukan keja mengecat di bangunan Mutiara Damansara, Bangsar. (gambar dari Berita Harian Online)Hebat kan..Jika diperhatikan dalam gambar di atas kedua-dua pekerja tersebut tanpa sebarang alat keselamatan.
Adakah mereka terlalu berani?? Atau majikan yang tidak menyediakan peralatan??
Cuba fikirkan seandainya mereka tergelincir dan terjatuh ke bawah. Apa akan terjadi?? Seandainya nyawa mereka panjang mungkin mereka akan selamat dan mungkin akan berehat panjang di hospital. Kemungkinan untuk cedera parah atau mati amat tinggi jika terjatuh.
Mengikut peraturan keselamatan, pekerja yang melakukan kerja di aras ketinggian 3 meter dan ke atas mesti memakai 'safety harness' (abah-abah dalam bahasa Melayu)
Kebiasaannya untuk kerja mengecat atau mencuci bangunan, gondola digunakan.
Kemalangan tidak berbau. Anda tidak mengetahui bila akan berlaku. Sebaiknya, siapkan diri anda sebelum ianya datang. Mencegah lebih baik dari menyesal tidak sudah.
Behave urself, love urself.
Dalam ape pun kerja yang anda lakukan, jangan bahayakan nyawa anda. Sayangi diri anda. Nyawa anda tiada nilai ganti.
Safety for life!!
Subscribe to:
Posts (Atom)