Showing posts with label aku dan isteri. Show all posts
Showing posts with label aku dan isteri. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Cerita Kelmarin

'Macamana leh jadi camni, kat appointment tulis jam 10.15pagi. Saya datang dalam pukul 10.00pagi. Skang da pukul 12.15tghari tapi xleh nak masuk jumpa dokter lagi. Sampai bila nak tunggu???'

'Sabar ye encik. Ikut kita ikut no ye encik'


Dialog Brader 1 dengan Sister PPUM.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


'Nape lambat sangat nie? Dari pukul 9 pagi saya datang. Skang da pukul 12.00tghari x leh masuk jumpa doktor lagi. Rugi masa saya camni tau x?? Nak kena gi kerja lagi'

'Sabar ye encik. Ada kesulitan skit. Kalau encik mau leh tunggu. Kalo x datang lain kali ye'

Dialog Brader 2 dengan Sister PPUM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku ingat mau je aku cubit gatal dua-dua brader sasa kat atas ni. Kalo ye pun lambat jangan la kecoh sangat. Kalo xleh tunggu buat la hospital sendiri dan bayar doktor sendiri.

Memang semalam kat Klinik Bersalin PPUM memang kelam kabut skit. Sebab kurang Doktor bertugas. Bini aku yang datang pukul 8pagi pun leh jumpa doktor pun jam 12.30tengahri. Siap ngan ilang lagi result CTG (kalo xsilap aku la), pasal ade assistant nurse tu cuai. Da la ilangkan result tue, leh lak x ngaku kesalahan dia dan kata bini aku x bagi kat dia result tue. Padahal mmg aku tgk bini aku bagi kat dia.


Minggu depan aku cuti seminggu, jadi driver bini aku.


Monday, September 19, 2011

Cari Tapak

Sabtu lepas saj meronda mencari tapak. Bukan cari tapak kedai. Tetapi tapak untuk menetap. Tapak rumah. Sebolehnya mau la umah teres. Yang dok atas tanah.

Pepaham je la. Umah atas tanah kat KL ni mmg xdapat la ngan gaji aku skang. So terpaksa la cari umah luar KL. Tumpuan aku area Sungai Buloh dan Rawang. Harga mmg toksah cakap suma RM250k dan ke atas.

Dan yang bestnya, bila tanya suma diorang cakap dalam masa 1minggu-1bulan suma umah yang dijual akan 'Sold Out'. Wow...........Memang orang Malaysia ni suma da kaya. Aku je masih terhegeh-hegeh.

Tapi kalo berjalan kat area umah yang da siap plak. Banyak pulak rumah yang masih tak duduk. Dan banyak jugak iklan haram yang bertempekan di sana-sini tulis 'Bank Lelong'.

Hurm......Kekadang kalau di tengok balik, harga rumah di Malaysia memang melambung gila-gila punya. Ni tahun 2011. Kalau zaman anak cucu aku nanti xtau la. Adakah Malaysia akan jadi cam Singapore?? Rumah akan menjadi sesuatu yang sukat untuk dimiliki??

Teringat masa aku kerja di Johor sekitar tahun 2008. Area Nusajaya, banyak rumah untuk dijual. Dan bila risik-risik ngan kekawan yang kerja kompeni developer yang terbabti. Almost, area Nusajaya di beli oleh Singaporean. Btol atau x? Waallahualam.


Bukan rumah yang aku tengok..ekekekek



Patutkah aku beli rumah di negeri lain sedangkan aku bekerja di KL?? Ke patut kah aku beli rumah di Rawang @ etc.....Dan berulang 100km sehari untuk ke tempat kerja??



Monday, August 15, 2011

Bouncer


Semalam... Ahad, 14 Ogos 2011, kami merayau lagi ke Mid Valley. Tujuan utama adalah untuk mencari 'bouncer' atau ma aku selalu panggil 'kong'. Nama bahasa Melayu aku pun xtau. Ala alat untuk tidorkan babny tue. Bapak baby atau mak baby memang x sesuai menggunakan 'bouncer'.

Bukan 'bouncer' yang nie tau.


Kami angkat la se wat balik umah menda 'bouncer'  yang sesuai dengan budget. Cam biasa la barang cenggini brand Sweet Cherry la menjadi pilihan seperti mana yang di rekemenkan oleh kekawan yang da menjadi ibu dan bapa.

'Bouncer' untuk baby sahaja.


Skang ni tinggal stroller je belum beli lagi. Mungkin lepas baby lahir baru beli kot.


PSP: Semoga cinta yang kami semai akan mekar dari hari ke hari.

Monday, August 8, 2011

Pujian Yang Jujur

Satu lama. Saje je melepak kat depan TV. Sambil melayan cite ape ntah aku pun lupa. Time tue aku ngan bini aku je. Mak mertua aku kat bilik.

'Awak ni comel la' tetiba bini aku bersuara.


'Aik.......Pesal plak. Tetiba je. Nak hadiah ke?' tanya aku.


'Btol. Skang da makin comel. X macam dulu da. Pipi da gebu, dagu da dua dan perut pun da berlipat. hehehehe' jawab Bini aku sambil gelak kecil



'Ye baek...'




Monday, August 1, 2011

1 Ogos 2011

1 Ogos.... Tarikh keramat dalam hidup aku dan isteri. Tarikh dimana perkenalan aku dan isteri. Dari seorang kawan kepada kekasih. Dan kini sebagai Suami Isteri.

1 Ogos 2011...... Genaplah enam tahun perkenalan aku dan isteri. Untuk mencapai had ini telah banyak aku dan isteri tempuhi dan lalui bersama. Suka duka. Gembira nestapa. Perang parang. Bom meriam. Torpedo mesingan. Semua aku dan dia lalui. Tapi syukur alhamdulillah hubungan kami sehingga sekarang. Dari berdua sehingga akan menjadi bertiga.

Selamat Ulang Tahun Perkenalan wat isteriku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...