Showing posts with label hidup. Show all posts
Showing posts with label hidup. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Jangan Pakai

 Tidak dinasihatkan pakai ketika buat senggaraan...

Monday, July 9, 2012

Piramid Di China




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--


























Tuesday, March 20, 2012

Kita Amat Bertuah


Industri Rokok Bidi dan Tenaga Buruh Kekanak. Itulah isu yang dikupas dalam salah satu segmen dalam Buletin Utama semalam. Hal ini terjadi di India, dimana dek kerana kesempitan hidup kekanak digunakan sebgai tenaga Buruh dalam Industri Penghasilan Rokok Bidi. 

Gambar Rokok Bidi . Sumber google.com

Rokok Bidi ni kalau korang biasa pekerja dengan Bangla, India, Nepal atau Pakistan, korang pasti pernah tengok rokok ni. Diorang memang suka hisap rokok bidi ni dan harganya juga lebih murah dari harga rokok yang berada di pasaran.

Isu Tenaga Buruh Kekanak ini telah lama aku dengar terutama di negara yang bergolak atau miskin seperti India. Bukan saja dalam Industri Rokok Bidi malah yang aku dengar dalam Industri Pembinaan pun ada menggunakan tenaga buruh Kekanak. Yang mana upahnya adalah lebih murah. 

Bayangkan kalau di Malaysia biasanya dalam usia kekanak yang berusia  13-15 tahun di negara kita sedang enak bermain dengan kekawan, pergi ke sekolah. Malah ada yang lebih mewah dengan handphone touch screen nya dan PSP sorang sebijik tidak dikira lagi dengan Walkman, MP3 atau MP4 lagi. Leh katakan mewah dengan gadget terkini. Dan hanya tahu bermain saja.

Tapi diluar sana ada kekanak yang seusia mereka sudah mula berkerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Bekerja 8 jam sehari dan 7 hari seminggu. Yang mana mereka terpaksa mengabaikan keindahan zaman kekanak mereka. Melupakan untuk belajar dan juga bermain dengan rakan-rakan. Mencari sesuap nasi untuk makan seisi keluarga. 

Kalau dilihat di negara bergolak lain seperti negara Afrika, ada remaja berusia 13-15 tahun sudah mula memegang AK-47. Sedangkan kekanak di negara kita sedang enak hanyut dalam dunia imiginasi mereka. Enak dan nyenyak tidur berpelukan bantal yang empuk sedangkan mereka di luar sana tidur berpelukan AK-47.
Bukan nak dikatakan di Malaysia bila di tengok ramai yang berumur 18 tahun baru mula nak mencari kerja. Mula nak melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Malah ada juga yang berumur 20-an masih tidak mahu mencari kerja. Sedangkan di luar sana ramai orang luar yang sedang mengintai peluang perkerjaan di Malaysia.

Aku pernah tanya pada Bangla, India dan Indon, "kenapa mereka cari kerja di Malaysia??" Jawapan mudah saja "Gaji di sini lebih lumayan dan juga aman." Tiada pergolakan seperti di negara mereka.

Sesungguhnya betapa bertuah nya kita lahir di Malaysia. Sebuah negara yang aman. Bersatulah kita untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi hari ini untuk generasi yang akan datang.

Monday, March 12, 2012

Budak Dulu vs Budak Sekarang


Zaman dulu, kami main sorok-sorok, polis sentri dengan main bola kaki tiga (baling selipar). Tapi kalau nak main kena la ada geng. Lagi ramai lagi bagus. Biasa pukul 5 petang je kami berkumpul di patang. Kekadang pukul 3 petang dah ada dok kumpul bawah pokok ketapang. Sementara nak tunggu geng lain datang kami panjat lah pokok dulu.

Panas terik x jadi halangan. Kulit hitam melekat tu biasa dek kerana kami manusia yang suka 'sunbath' memang begini. Panas skit memang xjadi masalah. 

Kumpul sekurang-kurang 10orang. Kalau main kemain lagi semua lari cam lipas kudung belaka. Sorok sana sini. Makcik pakcik kalau terpecah pasu kerana kami langgar dulu kami mintak ampun mintak maaf. Abes bawah rumah dalam longkang suma jadi tempat sembunyi. JIJIK................Jijik ke???  

Mungkin kami xreti rasa jijik. Apa yang kami tahu hanya keseronokan berkawan reramai. Kasi havoc satu kampung. Kami naik basikal je. Tiada motor main pung pang pung pang vroom sana vroom sini. 

Penat main, kami tuju ke sungai. Tak dapat sungai tali air pun jadi. Baruh pun redah je janji ada air. Penat main sudah sampai masa aksi terjun tiruk serta kuak bebas katak puru pula menjelma. Tiada pikir soal masalah sosial. Tiada pikir nak lari dari rumah.

Karaoke.............Kami pun karaoke jugak. Dok atas pankin. Pasang radio. Xpun lalak je reramai. Cam katak panggil hujan pun ada. Tapi ada kami kisah??? Janji hati kami happy. Tak susahkan mak ayah. Tak ganggu masyarakat.

Orang tua tetap kami hormat. Sekali Pak Mat sergah berkicau kami lari. Pagar tinggi tiga empat kaki selamba je kami lompat. Bukat takut tapi hormat.




Budak sekarang. Pakat pegang sorang sekeping PSP. Kau main bola, aku main tekken, dia pulak main bomberman. Mana nak ngam. Kau hal kau aku hal kau.

Main game pulak kot internet. Kau kat umah kau, aku kat cybercafe dan sorang lagi kat London. Dalam alam maya pakat dok jumpa. Jumpa betul memang xde la. Main dok sembang pung pang pung pang kot dalam tenet je la. Tapi masalah sosial menimbun juga walaupun hidup tidak bersosial kecuali menggunakan laman sosial Fesbuk.

Kena marah skit dah pandai melenting melawan. Pastu lari dari rumah. Kalau jiran atau cikgu marah siap sedia lah kereta nak kena calar................



Budak sekarang dah banyak teknologi. Budak dulu xde teknologi sangat. Pakat dok main beremdam cam badak je dalam baruh. Budak sekarang ada yang dah tak kenal mana kerbau mana lembu.


Tapi ingat jangan dek kerana teknologi, otak dan masa depan anak-anak kita tergadai. Kerna terlalu canggih dan moden suma pekara ok aje, tiada dipantau anak remaja hingga hanyut mereka dalam dunia khayalan mereka.

Aku rasa dunia budak sekarang dah tak cam budak dulu. Budak dulu memang bersatu hati. Leh kata saling memahami. Kau jatuh aku angkat, kau mara aku mara. Unite budak dulu lain dari sekarang. All in all we're....

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul buat semua kekawan. Selamat bercuti.

Teringat zaman aku sekolah rendah dulu,suka sangat akan sambutan maulidur rasul sebabnya tak akan ada kelas pada hari sambutan, ada perarakan dan yang penting akan ada makan free. Biasa zaman aku sekolah dulu, pelajar akan disuruh untuk bawa pinggang dan gelas sendiri untuk makan dan minum. Memang semua kena bawa kalau tak bawa tak bolej makan. Dan kebanyakkan pelajar bawa pinggang dan gelas kaca, pesta pecah kaca akan jadi. Biasa lah bebudak akan ada gurau bodoh. Nakal zaman kekanak.

Zaman itu boleh dikatakan aku tak mengerti apa itu sambutan maulidur rasul. Tapi sekarang bila sudah dewasa makin aku cuba menyelami sejarah Islam makin banyak ilmu dan pelajaran baru yang aku temui. Bila aku dalami akan aku temui makin banyak kelemahan diri ini. Masih banyak lohong-lohong hitam dalam diri ini. Cuba meningkatkan iman di dada bagi menutup lohong-lohong ini.

Jahat, nakal dan buas, ye itu aku. Aku bukanlah budak baik. Hanya manusia biasa yang masih mencari cahaya. Cahaya ketenangan abadi.

Marilah bersama kita meningkatkan keimanan didada.

Islam itu memang indah.

Wednesday, January 25, 2012

Aku Nak Isteri Yang Baik Saja

Semua orang laki nak Isteri yang baik. Sepanjang aku berkawan ngan ramai lelaki xkira di alam maya ataupun nyata semua mahukan Isteri yang baik saja. Tak kita selembut mana ataupun sekeras ataupun sesasa manapun lelaki tersebut pastinya mereka mahukan Isteri yang baik. Tanyalah seorang CEO, manager, buruh kasar, tukang kebun, gengster, samseng, penyangak, mat rempit dan lain-lain semunya mahukan Isteri yang baik.

Aku selalu berhujah dengan kekawan perihal seorang Isteri Impian. Ye lah, semua orang pastinya ada Impian dan pastinya ada Isteri Impian. (Alhamdulillah, Aku juga sudah memiliki Isteri Impian aku dan diceriakan lagi dengan Permata Hati, Afif Haiqal)

Antara dialog biasa kau dan kawan.

Aku : Kalau kau kahwin isteri macamana kau nak?
Kawan Aku : Aku nak Isteri yang baik dan cantik. Dan pandai amik hati orang tua aku. Yang penting mesti DARA.
Aku : Dara? Mesti kena Dara ke?
Kawan Aku : Mesti lah Dara. Aku baru kahwin kali pertama mesti nak ANAK DARA. Aku xnak yang dah 'Ditepuk Tupai'. Lagipun, Laki yang baik pasangannya perempuan yang baik. Ye x?


Bagi aku pula. Aku tidak bersetuju dengan pendapat kawan aku. (Setiap orang ada pendapat mereka sendiri, kan??)  Memang benar, Laki yang Baik Pasangannya Perempuan yang Baik. Tapi makna perkataan baik itu terlalu abstrak untuk dihuraikan. Aku pun tak tahu nak huraikan perkataan BAIK itu. Mungkin kena tanya pada para Ustaz.

Bagi aku lelaki yang mengukur sangat status dara ini perlu lebih celik walhal selaput dara. Selaput yang nipis (pernah terbaca dikatakan senipis kulit bawang.) yang mudah terkoyak bukan sahaja melalui hubungan seks tetapi ada juga punca-punca lain seperti bersukan dan gaya hidup (ada lagi faktor lain tapi terlupa). Jadi bagi aku jangan terlalu menghukum.

Pernah aku dengan beberapa kes berlakunya penceraian dek kerana Isu Dara ini. Hal ini aku dengar dari kekawan dan keluarga bukan aku baca dimana-mana ruangan akhbar ataupun majalah Mastika (aku xpernah beli majalah ni).

Kes dimana perkahwinan atas dasar cinta dan suka sama suka, selepas malam pertama mereka bersama (melakukan hubuungan kelamin), sang suami mempersoalkan Status Dara isterinya. Ini kerana tiadanya darah atau pecah selaput dara pada malam tersebut. Sang Suami terus menghukum menuduh Isterinya sudah Ditebuk Tupai. Belum sempat Sang Isteri menjelaskan, dek kerana amarah dan kononnya untuk menjaga maruah sang suami terus melafazkan Talak. Sang Isteri hanya mampu berendam air mata. Walhal Sang Suami tahu yang Isterinya adalah bekas seorang atlet.

Sesetengah orang telalu mengharapkan kesempurnaan. Kekadang hanya mengharapkan yang sempurna saja walhal diri kita sendiri tidak sempurna. Dan sememangnya tidak Sempurna sebab kita hanya Hamba Allah swt. Yang Sempurna itu hanya Allah swt.

Bagi aku pasangan yang baik adalah pasangan yang menerima pasangannya seadanya. Kerana kita hidup suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Itulah indahnya hidup berpasangan apabila saling menyempurnakan.



Heykawan : Aku pun bukanlah seorang lelaki yang baik tapi berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Thursday, November 3, 2011

hakikat seorang pelajar

Aku rasa aku pun camni gak dulu.
Life happy ever after je...hahahaha
Hidup cam kelawar, malam berjaga siang tido.
Hahaha...
Tapi kehidupan semasa belajar terlalu menyeronokkan.
Hargai masa sebelum ia berlalu pergi.

Sunday, October 16, 2011

Hidup

Langit tidak selalunya cerah pasti  akan ada mendung, ada ribut.  Begitu juga hidup kita, tidak selalu indah pasti akan ada duka dan kelamnya.

Kekadang bila ditimpa ujian dan musibah, kita sering menyalahkan takdir. Menyalahkan  nasib. Kita merasakan nasib kita sudah teruk. Walhal masih ada yang lagi teruk.

Sentiasa bersyukur lah. Ingat walaupun kita sudah susah pasti ada yg lagi susah. Kita mungkin masih mampu untuk makan KFC sekali sebulan, tapi masih diluar sana yang nak makan nasik sekali seminggu belum tentu.

Bersyukurlah. Lafazkan alhamdulillah. Jangan sekali di lupa Allah swt walau dalam susah dan senang. Moga hidup kita selepas ini akan lebih tenang.

Thursday, September 15, 2011

Jenis Xpaham Bahasa

Ni gambar aku amik masa gi anta anak buah bini aku nak gi PLKN. Kat wisma Zetro, Sabtu lepas.

Ni la sikap orang kita. Yang jenis pentingkan diri sendiri. Elok benar la tu, tempat parking moto gi letakan keta nya, takut sangat keta nya kena cahaya matahari dan hujan.




Yang ni plak hadiah besday aku dari Nuffnang dan TGV. Thanks Nuffnang dan TGV sebab bagi aku 4 tiket wayang free. Menda ni aku gi amik semalam. Tu pun sebab opis aku ngan opis Nuffnang ni dekat je. 1st time sebenarnya aku ke sana.

Bila nak tgk wayang pun aku xtau. Dalam keadaan bini aku yang menunggu hari nak bersalin. Mana mau nak gi tengok wayang lagi.


Tuesday, September 13, 2011

Sehaluan



Kita sering mahukan orang lain memahami kita. Dan mengikut saja rentak dan irama kita.

Pabila mencari pasangan, kita mahu pasangan itu menghargai kita, menghormati kita. Tapi pernahkah kita menghargai orang lain, menghargai pasangan kita? Pernahkah kita cuba memmahami pasangan kita? Pernahkah kita menghormati pasangan kita? Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Perhubungan memerlukan kedua-dua belah pihak. Perkataan 'SALING' adalah perlu. Baru dapat kita bentuk satu perhubungan yang harmoni dan sehaluan.

Dengan adanya perkataan 'Saling' juga insyallah kita akan dapat mengekalkan hubungan kita. Mempertahankan hubungan kita.

Masa bercinta, mungkin semua indah. Semua tampak sempurna. Semua tampak bagai di syurga. Ini kerana, jarang pasangan kekasih akan menonjolkan sikap sebenar mereka semasa bercinta. Bak kata orang tetua semasa bercinta 'Awek tersepak batu pun batu di marahnya'. Tapi sebaliknya pula terjadi bila isteri tersepak batu, dibilangnya isteri buta kerna xnampak batu di jalanan.

Menurut kajian, sifat sebenar suami dan isteri akan terserlah selepas 5 tahun berkahwin. Dan terpulang pada cara kita untuk mempertahankan perhubungan ini. Kalau ada kesabaran dan ketabahan berserta cinta yang ikhlas dari lubuk hati, insyallah semuanya akan dapat kita tempuhi. 

Itulah lumrah, tapi seandainya kita saling memahami, saling menghormati. Insyallah perhubungan yang terbina akan lebih bahagia. Serta tampak sehaluan.


PSP: Moga perkahwinan aku dan isiteri kekal bahgia selamanya.

Monday, August 8, 2011

Pujian Yang Jujur

Satu lama. Saje je melepak kat depan TV. Sambil melayan cite ape ntah aku pun lupa. Time tue aku ngan bini aku je. Mak mertua aku kat bilik.

'Awak ni comel la' tetiba bini aku bersuara.


'Aik.......Pesal plak. Tetiba je. Nak hadiah ke?' tanya aku.


'Btol. Skang da makin comel. X macam dulu da. Pipi da gebu, dagu da dua dan perut pun da berlipat. hehehehe' jawab Bini aku sambil gelak kecil



'Ye baek...'




Thursday, June 23, 2011

Spoillllll

Ni ceghita masa aku berjalan ngan bini ngan mak mertua aku merayap kat SOGO Sabtu lepas. Disebabkan terlalu banyak sangat minum ayer terpaksa la aku masuk ke dalam jamban menunaikan hajat sekejap. Sementara bini dan mak mertua aku pergi membayar barang.

Bayar je 30sen untuk masuk ke jamban. Masuk dalam aku terus nak ke tempat yang sepatutnya nak tunai hajat. Tetiba keluar la sorang lelaki dewasa dari salah satu jamban dalam tue. Aku agak bangsa India.

Dengan selamba je dia berjalan terkedek-kedek lalu depan aku ngan selamba TANPA BERSELUAR DAN SELUAR DALAM. Hanya berbaju. Sambil tangan menekup sang punai. Damnn..... Tertengok aku bontot itam. Tak senonoh btol.

Terus spoill mood aku nak membuang. Aku batalkan aje hajat aku tadi walaupun da bayar 30sen. X ku sangka dalam tandas awam camtu orang dewasa leh wat selamba gitu. Ishh....



PSP: aku xnak pengalaman ini terjadi lagi dalam idup aku. Mintak simpang.

Thursday, June 16, 2011

Bomba

Zaman dedulu kita slalu main dan nyanyi camni

Rumah Terbakar Panggil Bomba
Bomba Datang Berlumba-Lumba......


Tapi ini semua patut di tukar, kena tambah skit lagi.

Rumah terbakar panggil Bomba
Rumah masuk ular panggil Bomba
Orang Lemas panggil Bomba
Orang accident panggil Bomba
Orang nak bunuh diri pun panggil Bomba
Semua pun panggil Bomba.


Sungguh kena hargai jasa mereka semua, menggadaikan nyawa untuk menyelamatakan orang lain. Betapa murninya jasa mereka. Tidak ternilai.

Jika rumah atau kita yang menghadapi malasah ini, pasti kita akan marah kalo Bomba datang lewat. 

Tapi sedar atau tidak sifat kita yang pentingkan diri menghalang mereka menjalankan tugas mereka. Seperti tidak memberi laluan pada mereka yang dalam kecemasan. Mungkin dengan hanya memberi laluan itu kita dapat membantu menyelamatkan 1 nyawa atau harta benda. 

Semalam pun aku terserempak lagi ngan kes macam nie. Walaupun Bomba sudah membunyikan siren tapi ada yang masih tidak memberi laluan kepada mereka yang ingin menjalankan tugas.

Mungkin kita Malaysia sudah maju. Tapi sikap pentingkan diri kita masih menebal. Kurangkan lah ego kita. Dalam mengejar kemajuan, kekayaan dan kejayaan. Kerjasama adalah perlu. Kerjasama akan memajukan kita semua.


Bersama Bangkit Menuju Puncak.


Thursday, January 6, 2011

Perempuan

Dalam dok melepak dengan bebudak opis semua jantan, minum petang. Banyak btol permandangan indah. Permai syahdu. Kalo permandangan indah bagi jantan. Pepaham je la.

Dok menghirup nes tarik. Lalu sorang awek. Suar ketat, body solid, baju singlet, lurah dada jelas kelihatan putih melepak.

'Sedap nie, kalau dapat' kata kawan aku.

'Dapat memang sedap' aku jawab.

Lalu pulak sorang awek pakai luar 'all black'. Dalam aku xtau. Xsempat x-ray. Skirt paras paha je, ngan kemeja. Rambut ikal mayang mengurai. Ye aku belasah je.

'Wow..........Montok. Baik punye. Dapat hebat nie' kata kawan aku.

'Memang hebat.' jawab aku.

Diam. Layan nes tarik lagi baik.



Tapi jangan di sangka popuan yang sexy-mexy gitu senang kita tangkap. Walaupun dia bukak paha, bukak rambut. Belum tentu kita boleh sentuh tangan dia pun. Diorang ni cam merpati, jinak tapi sukar di tangkap. Dan kadangkala popuan yang tutup elok itu lagi senang. Belai skit terus lentok cam kucing.

Jangan nilai dari luaran sahaja. Nilailah dari hati pasti ia lebih bermakna.


PSP: Jangan lah bagi free show sangat. Rugi nanti.

Thursday, March 4, 2010

Tragedi Dalam Lif

Tadi aku gi anta surat ke tingkat 23. Naik lift. Cam biasa manusia moden skang cam aku suma pakai mesin. Nak gi mana pun pakai mesin. Nak gi keje pun nek moto. Moto pun mesin gak ape???

Seb baik baju n seluar kena pakai sendiri. Kalo ade mesin pakaikan baju n sluar camne agaknya??ok...Udah-udah la mengarutnye.

Tapi bila da anta surat tue. Aku nak turun ke floor aku kat tingkat 12. Cam biasa. Ku tekan punat ke bawah yang tersedia. Lampu menyala.

25saat menunggu. Lampu merah kat pintu lift nyala. Tanda helikopter da sampai. Ish...Lift da sampai. Aku masuk. Pintu lift tutup.

Dalam lift tue ade la lima orang cleaner Indon. Dan brader opis. Suma nak balik ke opis.

Bau dalam lift tue memang harum semerbak. Gila nak termuntah aku rasa serius beb. Bau memacam. Ntah minyak wangi ape diorang pakai. Sorang satu jenis minyak wangi kot. Adoi...Pening pala.

Nak tahan nafas mana tahan dari tingkat 23 ke tingkat 12 tue setiap floor lift bukak pintu orang nak balik. Adesss...Lama gak la terperangkap dalam lift yang semerbak tue.

Tetiba aku rasa pening dan loya cam orang pregnant.......Adakah aku pregnant cam Puan Capa???Ish....kena check nie..hahahhahaha





PSP: Ampunkan aku ye Puan Capa. Tolong jangan sumpah aku jadi Ferrari. Jadi Yamaha R1 sudah...hahahhahaah

PSP 2 : Aku xsuka pakai minyak wangi. Minyak wangi aku setahun sebotol xkan habis. Hahahha

Friday, February 5, 2010

Hidup


Iradat Tuhan - Akhil Hayy

Umur ini tertentu tak dapat disambung (2x)
Kita hanya menunggu saat-saat berkabung
Tiada terkecuali sama-sama menanti

Sebelum tiba masanya kita kembali kepadanya (2x)
Eloklah bersedia cari bekal di jalan
Agar kita nantinya tidak ada penyesalan

Jangan kita menduga hidup ini abadi (2x)
Tiada seorang juga yang tidak akan pergi
Itu iradat tuhan dia yang menentukan
Itu iradat tuhan dia lah yang menentukan


-----------------------------------


Hidup ni hanya sementara. Sampai masa kita akan kembali ke sana.


Tadi dalam khutbah Jumaat hari ni menyentuh soal 'Mati'.


'Mati' kita tidak tahu bila kita akan mati. Allah merahsiakan kematian dari kita untuk menguji kita. Sejauh manakan kita bersedia menghadapi mati. Seteguh manakah iman kita. Sejauh mana kita taat pada Allah.


Pabila tiba masanya, amalan kita iaitu pahala akan di imbangi dengan dosa yang kita lakukan. Menghitung ke manakah selayaknya kita selepas itu.


Seandainya, kita tau bila akan mati. Mesti kita akan enjoy dulu. enjoy pepuas. Lepas tue, baru lah kita betaubat. Kembali ke jalan yang benar. Kembali pada-Nya. Btol x??


Tapi itu takkan berlaku kerna kita tidak tahu bila kita akan pergi menemui-Nya. Entah esok, entah lusa, entah tahun depan, entah sepuluh tahun lagi. Kematian adalah rahsia-Nya.


Bersedia lah kita.





PSP: Aku juga bukan orang baik dan bukan ingin berlagak baik. Aku hanya sekadar berkongsi. Berpesan-pesan agar kita tidak lupa.



PSP2: Renungkan lirik di atas. Sangat mendalam maknanya.



Saturday, January 30, 2010

Renungkan

Petikan dari khutbah Jumaat (Masjid Angkasapuri) semalam.


'Mengikut statistik, setiap 17minit seorang bayi tanpa bapa di daftarkan di Malaysia'
Statistik pada tahun 2000-2008




PSP: Renungkan lah.....Semoga kita di jauhi dari semua ini.

Friday, January 29, 2010

Tivi Punye Penangan

Teringat pada satu hari aku dok tengok tv ngan famili abang aku. Ada la anak buah aku 3 orang. Umur diorang 12tahun, 9 tahun dan setahun. Cite tue mmg cite lawak. Kalo xsilap cite ala-ala Bruce Almighty tapi versi hindustan kalo xsilap aku. Dalam dok syok tengok tivi. Tetiba anak buah aku yang 9 tahun nie bersuara.

'Pa, antara Allah ngan dia tue sape lagi kuat?' (dia tue watak yang ada kuasa ala-ala tuhan yang di gambar dalam cite tue. leh kontrol suma orang.)

'Allah Maha Berkuasa'

'Mana boleh, tengok dia dapat suma yang dia nak, boleh bantu suma orang dan dengar permintaan orang lain...bla..bla..bla'

Panjang anak buah aku cuba meningkah pada abg aku. Aku hanya diam. Biar je bapak dia mengajar anak. Kang aku sampuk lain lak jadinya..hehehehheh


Hurm....Ni la penangan cerita kat tivi. Risau. Tivi skang siaran dia main siar je. Mungkin kita yang dewasa boleh bezakan antara yang baik dan buruk. Tapi budak???

Bebudak ni diorang amik masuk terus je. Lebih kepada yang tersurat. Yang tersirat memang tidak akan dapat diorang tafsirkan.

Bahaya kan?? Boleh membuatkan terpesong akidah jika tidak di kawal. Kawalan mak bapak la yang penting kot. Nak halang kompeni tivi tue bukan bapak kita punye. Nak suh diorang tapis lelebih diorang ni pun malas lagi pun duit pekara utama bagi mereka. Bukannya mendidik masyarakat.




PSP: Hurm.....

Isteri

Isteri adalah teman seperjuangan hidup bagi suami, bukannya hamba.

Isteri menyediakan makan minum buat suami adalah ihsan dari isteri. Menyediakan makan minum bukan tugas isteri tapi suami.

Berkerja sama lah untuk mengimarahkan rumah tangga. Bertoleransikan lah. Bertolak ansur antara suami isteri, isyaallah rumah tangga akan bahgia selamanya.

Cinta suami isteri biar lah kekal selamanya. Jangan sesekali padamkan api cinta itu dan jangan lah biarkan ia padam. Jika masa berkasih boleh bermanja-manjaan, bergurau senda dikhalayak ramai. Kenapa tidak selapas halal iaitu selepas kahwin.

Moga rumah tangga kita adalah syurga dunia kita bukan neraka dunia.






Harapan aku, moga suatu hari nanti aku dapat jadi suami dan bapak yang baik.




PSP: Renungkan. Ini bukan aku kata. Kalo nak kepastian boleh merujuk pada ustaz atau ustazah.

PSP: Para lelaki, jangan marah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...