Monday, March 12, 2012

Budak Dulu vs Budak Sekarang


Zaman dulu, kami main sorok-sorok, polis sentri dengan main bola kaki tiga (baling selipar). Tapi kalau nak main kena la ada geng. Lagi ramai lagi bagus. Biasa pukul 5 petang je kami berkumpul di patang. Kekadang pukul 3 petang dah ada dok kumpul bawah pokok ketapang. Sementara nak tunggu geng lain datang kami panjat lah pokok dulu.

Panas terik x jadi halangan. Kulit hitam melekat tu biasa dek kerana kami manusia yang suka 'sunbath' memang begini. Panas skit memang xjadi masalah. 

Kumpul sekurang-kurang 10orang. Kalau main kemain lagi semua lari cam lipas kudung belaka. Sorok sana sini. Makcik pakcik kalau terpecah pasu kerana kami langgar dulu kami mintak ampun mintak maaf. Abes bawah rumah dalam longkang suma jadi tempat sembunyi. JIJIK................Jijik ke???  

Mungkin kami xreti rasa jijik. Apa yang kami tahu hanya keseronokan berkawan reramai. Kasi havoc satu kampung. Kami naik basikal je. Tiada motor main pung pang pung pang vroom sana vroom sini. 

Penat main, kami tuju ke sungai. Tak dapat sungai tali air pun jadi. Baruh pun redah je janji ada air. Penat main sudah sampai masa aksi terjun tiruk serta kuak bebas katak puru pula menjelma. Tiada pikir soal masalah sosial. Tiada pikir nak lari dari rumah.

Karaoke.............Kami pun karaoke jugak. Dok atas pankin. Pasang radio. Xpun lalak je reramai. Cam katak panggil hujan pun ada. Tapi ada kami kisah??? Janji hati kami happy. Tak susahkan mak ayah. Tak ganggu masyarakat.

Orang tua tetap kami hormat. Sekali Pak Mat sergah berkicau kami lari. Pagar tinggi tiga empat kaki selamba je kami lompat. Bukat takut tapi hormat.




Budak sekarang. Pakat pegang sorang sekeping PSP. Kau main bola, aku main tekken, dia pulak main bomberman. Mana nak ngam. Kau hal kau aku hal kau.

Main game pulak kot internet. Kau kat umah kau, aku kat cybercafe dan sorang lagi kat London. Dalam alam maya pakat dok jumpa. Jumpa betul memang xde la. Main dok sembang pung pang pung pang kot dalam tenet je la. Tapi masalah sosial menimbun juga walaupun hidup tidak bersosial kecuali menggunakan laman sosial Fesbuk.

Kena marah skit dah pandai melenting melawan. Pastu lari dari rumah. Kalau jiran atau cikgu marah siap sedia lah kereta nak kena calar................



Budak sekarang dah banyak teknologi. Budak dulu xde teknologi sangat. Pakat dok main beremdam cam badak je dalam baruh. Budak sekarang ada yang dah tak kenal mana kerbau mana lembu.


Tapi ingat jangan dek kerana teknologi, otak dan masa depan anak-anak kita tergadai. Kerna terlalu canggih dan moden suma pekara ok aje, tiada dipantau anak remaja hingga hanyut mereka dalam dunia khayalan mereka.

Aku rasa dunia budak sekarang dah tak cam budak dulu. Budak dulu memang bersatu hati. Leh kata saling memahami. Kau jatuh aku angkat, kau mara aku mara. Unite budak dulu lain dari sekarang. All in all we're....

8 Pandangan Kekawan:

Kakzakie said...

Kalau dulu main pun mak-ayah tak ada risau kerana sebelum maghrib confirm semua dah siap nak mengaji...

Sekarang tak boleh cuai sikit bimbang kena culik. Itu yg kalau ke padang pun kena ada bibik jagakan - siap pesan 1 jam je takut bibik ada skandel pulak...

kakcik said...

Dulu main kawen-kawen takde sampai buat hubungan kelamin. Sekarang suasana jadi lain, buang anak macam buang buang kain... :(

she-G said...

stuju semua di atas...sangat rindu jaman dulu...

dulu mak boleh suruh adik2 g kedai beli barang tak risau nak hilang apepon..
kalo jenis hak gatai2 ade feeling2 sket pon paling2 bagi kad raya gitu je..tak cam skrg..oh...sgt rindu jaman itu.rasa cam lama sgt dah berlalu

redza said...

betul tu boh panas tu biaso jah..kawe dulu main wau pukul 1 tghari..

Masy said...

SETUJU BANGET!

Lizz said...

kalau dulu, sebelum kuar rumah petang2 tu..mak dah pesan awal2. masuk rumah sebelum maghrib. sambil cekak pinggang.hahahahaha

titan said...

budak sekarang? sentuh sikit. saman. sentuh sikit..report mak bapak. Huh. lemah.

Irfa said...

sekarang ni tak berani bagi anak main kat luar tanpa pengawasan.takut nanti saya menangis kendian hari.

sgt beza zaman saya dulu..azan maghrib baru nampak muka.mak ayah dlu tak risau anak merayau satu kampung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...