Tuesday, March 20, 2012

Kita Amat Bertuah


Industri Rokok Bidi dan Tenaga Buruh Kekanak. Itulah isu yang dikupas dalam salah satu segmen dalam Buletin Utama semalam. Hal ini terjadi di India, dimana dek kerana kesempitan hidup kekanak digunakan sebgai tenaga Buruh dalam Industri Penghasilan Rokok Bidi. 

Gambar Rokok Bidi . Sumber google.com

Rokok Bidi ni kalau korang biasa pekerja dengan Bangla, India, Nepal atau Pakistan, korang pasti pernah tengok rokok ni. Diorang memang suka hisap rokok bidi ni dan harganya juga lebih murah dari harga rokok yang berada di pasaran.

Isu Tenaga Buruh Kekanak ini telah lama aku dengar terutama di negara yang bergolak atau miskin seperti India. Bukan saja dalam Industri Rokok Bidi malah yang aku dengar dalam Industri Pembinaan pun ada menggunakan tenaga buruh Kekanak. Yang mana upahnya adalah lebih murah. 

Bayangkan kalau di Malaysia biasanya dalam usia kekanak yang berusia  13-15 tahun di negara kita sedang enak bermain dengan kekawan, pergi ke sekolah. Malah ada yang lebih mewah dengan handphone touch screen nya dan PSP sorang sebijik tidak dikira lagi dengan Walkman, MP3 atau MP4 lagi. Leh katakan mewah dengan gadget terkini. Dan hanya tahu bermain saja.

Tapi diluar sana ada kekanak yang seusia mereka sudah mula berkerja untuk menambahkan pendapatan keluarga. Bekerja 8 jam sehari dan 7 hari seminggu. Yang mana mereka terpaksa mengabaikan keindahan zaman kekanak mereka. Melupakan untuk belajar dan juga bermain dengan rakan-rakan. Mencari sesuap nasi untuk makan seisi keluarga. 

Kalau dilihat di negara bergolak lain seperti negara Afrika, ada remaja berusia 13-15 tahun sudah mula memegang AK-47. Sedangkan kekanak di negara kita sedang enak hanyut dalam dunia imiginasi mereka. Enak dan nyenyak tidur berpelukan bantal yang empuk sedangkan mereka di luar sana tidur berpelukan AK-47.
Bukan nak dikatakan di Malaysia bila di tengok ramai yang berumur 18 tahun baru mula nak mencari kerja. Mula nak melangkah ke dalam dunia pekerjaan. Malah ada juga yang berumur 20-an masih tidak mahu mencari kerja. Sedangkan di luar sana ramai orang luar yang sedang mengintai peluang perkerjaan di Malaysia.

Aku pernah tanya pada Bangla, India dan Indon, "kenapa mereka cari kerja di Malaysia??" Jawapan mudah saja "Gaji di sini lebih lumayan dan juga aman." Tiada pergolakan seperti di negara mereka.

Sesungguhnya betapa bertuah nya kita lahir di Malaysia. Sebuah negara yang aman. Bersatulah kita untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi hari ini untuk generasi yang akan datang.

3 Pandangan Kekawan:

KhaiRin : anies said...

apa juga rokok nyer ia ttp membahayakan kesihatan

Irfa said...

saya bangga di lahirkan di Malaysia w,pun orang masih lagi tak puas hati itu ini..cer campak dia kat luaer negara sebulan dua..konfem merangkak nak balik negara sendiri.

kat oversea tak semuanya pun indah

like dgn en3 ni

caenz said...

bahaya tetap bahaya..kesihatan tu
tapi tak pernah lagi la lepak dengan bangla...hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...