Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Tanpa Cinta

Perkahwinan suatu yang indah dan sebolehnya biarlah mahligai impian yang di bina biarlah berkekalan sehingga akhir hayat kita. Mahligai yang dibina untuk kekal bukan untuk dirobohkan. Walaupun kalau ditengok tinggi kes perceraian sekarang namun itu bukan yang kita inginkan. 

Perkahwinan tanpa perasaan CINTA. Mungkinkah ia?? 

Kalau di tanya orang-orang tua, jawapan nya pasti 'YA'. Kerana kebanyakan orang-orang tua dijodohkan oleh ibu bapa mereka tanpa mereka mengenali pasangan mereka terlebih dahulu. (Tidak bercinta sebelum kahwin). Mahligai mereka tetap kekal walaupun PERCINTAAN DISEMAI SELEPAS KAHWIN. 

Apakah rahsianya?? Aku pun tidak tahu dengan jelas. Mungkin kalian yang berminat bolehlah tanyakan pada orang-orang tua. Tapi ada sedikit yang boleh aku kongsikan disini.

Kata orang tetua, bila berkahwin biarlah sorang jadi air, sorang jadi api. Apabila si api sedang menyala, si air siram untuk padamkan api itu. Bila air sedang bah, si api hangatkan air menjadi wasap yang berterbangan di udara. 

Apabila api sedang menyala jangan ditambahkan lagi api kerna itu akan lebih parah nanti. Apabila air sedang bah, jangan ditambah air lagi kerna pasti akan jadi tsunami. Apa yang dimaksudkan disini, apabila pasangan sedang marah, tenangkan ia, jangan bakarlagi kemarahan dia. Apa yang penting disini adalah tolak ansur dan beralah. Beralah bukan berarti mengalah tapi beralah demi kebahgiaan bersama.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan boleh menjadi satu punca pertengkaran. Terima pasang kita seadanya dan saling melengkapilah satu sama lain. Pasti perkahwinanan itu best.


Pandangan aku, dalam keadaan sekarang, Perkahwinan Tanpa Cinta tetap boleh menjamin kebahgiaan. Kerana perasaan Cinta Tetap Boleh Dipupuk Selepas Berkahwin

Itulah nasihat yang aku berikan pada sorang kawan. Bila dia berkata hatinya goyang selepas berkahwin kerana kahwin terpaksa tanpa cinta. Apa yang aku katakan padanya, cubalah mencintainya sebagai mana kamu ingin dicintai. Sayangi dirinya sebagaimana kamu disayangi. 

Aku juga katakan padanya, jangan mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempuna. Terima seadanya. Anggapkan ia adalah yang terbaik untuk kita sebagaimana telah tercatat di Luth Mahfuz.

Jadikan setiap hari yang kita lalui selepas berkahwin adalah 'Hari Kekasih'. Wujudkan suasana romantik antara kalian berdua sentiasa, bagaikan dunia kalian yang punya. Bukan hanya menunggu hari tertentu untuk mewujudkan suasana romantik. Sekiranya ini mampu dilakukan pasti kebahgiaan akan mendatang.

Ungkapan lafaz cinta. Jangan jemu ungkapkan lafaz cinta dan sayang. Bukan zaman bercinta je boleh ungkap 'I Love You' lepas kahwin tetap masih boleh juga. Malah lebih dari boleh. Orang perempuan memang suka dengar lafaz ini terutama dari suami mereka. Walaupun riak muka tidak memberi respon, hati mereka tetap berbunga. Betul tak duhai wanita di luar sana???

8 Pandangan Kekawan:

Lizz said...

dalam Islam, boleh aja. tapi, kita je yang tak xberani tanggung risiko. hihihi

Daddy Ziyyad said...

tak boleh imagine...bagi pasangan yg betul2 kawin atas dasar pilihan keluarga( tak pernah jumpa, tak pernah kenal), bagaimana mereka hadapi malam pertama? hahaha

oranglidi said...

mngkin awkward awal2 kan. sbab x penah knal. tapi lama2 insyallah ok. mcm best je kan kawen tnpa cnta dlu. sbab time tu la baru nak blajar ttg pasangan msing2. kalau da lama msti rasa dah tawar

KhaiRin : anies said...

xtau nk kata sbb xde pengalaman hehehe... apa2 terpulang kpd individu itu sendiri..even dlm islam pn menganjurkn, kenal dulu hati budi..pasti lama kelamaan akn jatuh cinta...kata pepatah, x kenal maka x cinta

Eye_nee said...

sbb itu ada istilah..Tak kenal maka tak cinta....lebih romatika rasanya dijodohkan oleh org tua...setelah halal baru mengenali..baru dapat pegang sana sini...apa pun samada ko dijodohkan atau carian sendiri..yg penting sikap toleransi sesama pasangan...itu jaminan utk sebuah kebahagiaan...

titan said...

aku takde hal. Orang perempuan sanggup ker??

eMMe said...

kenkadang boleh jadi air n api... biasa akan ada peperangan kecil-kecilan, ala... biasa la tu kan...
tak simpan lama pun... pehtu baik baik la baik...resam umah tangga ada panas sejuknya...

puding roti said...

boleh..kena usaha la kan selain berdoa. apapn mmg btl ppuan mmg suka suami dia ckp 'ai lebiu!' hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...