Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Monday, May 21, 2012

Kemalangan Di Malaysia

Dua hari lepas kalau tak silap, dalam Buletin Utama di TV3. Ada seorang pak menteri di soal mengenai kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini jawapan beliau :

"Kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak begitu membimbangkan. Ada negara yang mempunyai kadar kemalangan yang lebih teruk seperti India dan China."


Setahu aku China dan India mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi dari kita. (hentam je lah)

Apa yang aku perhatikan kemalagan di Malaysia ni banyak faktor nya. Tapi faktor yang paling utama adalah Atitud Pemandu itu Sendiri.  Ini adalah suatu yang paling sukar untuk kita ubah. Aku rasa kalau kesedaran kita tinggi, insyallah kita akan dapat kurangkan kadar kemalangan.

Seharian aku di jalan menaiki motosikal berulang ke tempat kerja, boleh tengok berapa ramai pemandu kereta yang mementingkan diri. Kau bawa moto kau kecik jadi hormatkan kami yang besar dan berbumbung - mungkin ini yang banyak bermain di fikiran pemandu kita.

Sehebat mana pun teknologi kejuruteraan digunakan untuk membina satu sistem jaringan jalan raya yang terbaik di dunia pun, tak kan dapat membantu mengurangkan sangat kadar kemalangan jalan raya selagi kita tidak mengubah atitud kita.



Please respect other not matter who you are. 


Monday, April 9, 2012

aku dan salesman

Aku bukan anti-salesman, pasal aku pernah kerja salesman.

Ni cerita jadi dua minggu lepas. Aku dok melepak kat luar rumah sambil bermain-main dengan BamBam (Haiqal, anakku). 

Dalam dok melayan dan mendukung BamBam datang la sorang mamat yang bergaya, siap ngan neck tie lagi. (Walaupun pada masa tu adalah panas......Normal bagi sorang salesman). Aku nampak tag Unifi, kompom 150% salesman Unifi. (takkan student Unifi plak kan....Studeng Uniten ada la...)

Mamat : Assalamualaikum....

(Dia bagi salam...Juruh budak ni...Boleh wat menantu..)

Aku : Walaikumusalam.

Mamat : Abang ada pakai internet kat umah tak?? Streamyx ke, unifi ke, broadband ke?? Kami tengah buat pemeriksaan sekarang ni.

(Pemeriksaan ke berniaga.....hurm...dah mula ayat salesman tu)

Aku : Tak de.

Mamat : Abang ada komputer atau laptop tak??

Aku : Ade. (semua orang pun kebanyakan ada la skang...Ye x??)

Mamat : hah..... elok benar lah tu. Sekarang ni kami Unifi tengah buat promosi. Kami buat pemasangan percuma. Abang tak perlu bayar RM1k untuk yuran pemasangan. Semua adalah percuma. Abang boleh isi borang sekarang.

Aku : Tak nak. Tak berminat.



Dalam hati aku......Adik usah lah dok tipu abang adik, yang bayar RM1000 tu bukan adik dan bukan kompeni adik pun. Tu semua memang offer dari TM. Dan lagi satu memang la Yuran Pemasangan dah cover, Tapi sape plak nak tolong cover yuran BULANAN.....Adik ke???





heykawan ; Aku tak leh jadi salesman. Aku tak berapa reti menipu sangat. Pada sesiapa yang pernah beli mesin jahit dari aku pada tahun 2001 dulu. Aku ucapkan terima kasih dan maaf......Cari makan bang...

Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Tanpa Cinta

Perkahwinan suatu yang indah dan sebolehnya biarlah mahligai impian yang di bina biarlah berkekalan sehingga akhir hayat kita. Mahligai yang dibina untuk kekal bukan untuk dirobohkan. Walaupun kalau ditengok tinggi kes perceraian sekarang namun itu bukan yang kita inginkan. 

Perkahwinan tanpa perasaan CINTA. Mungkinkah ia?? 

Kalau di tanya orang-orang tua, jawapan nya pasti 'YA'. Kerana kebanyakan orang-orang tua dijodohkan oleh ibu bapa mereka tanpa mereka mengenali pasangan mereka terlebih dahulu. (Tidak bercinta sebelum kahwin). Mahligai mereka tetap kekal walaupun PERCINTAAN DISEMAI SELEPAS KAHWIN. 

Apakah rahsianya?? Aku pun tidak tahu dengan jelas. Mungkin kalian yang berminat bolehlah tanyakan pada orang-orang tua. Tapi ada sedikit yang boleh aku kongsikan disini.

Kata orang tetua, bila berkahwin biarlah sorang jadi air, sorang jadi api. Apabila si api sedang menyala, si air siram untuk padamkan api itu. Bila air sedang bah, si api hangatkan air menjadi wasap yang berterbangan di udara. 

Apabila api sedang menyala jangan ditambahkan lagi api kerna itu akan lebih parah nanti. Apabila air sedang bah, jangan ditambah air lagi kerna pasti akan jadi tsunami. Apa yang dimaksudkan disini, apabila pasangan sedang marah, tenangkan ia, jangan bakarlagi kemarahan dia. Apa yang penting disini adalah tolak ansur dan beralah. Beralah bukan berarti mengalah tapi beralah demi kebahgiaan bersama.

Jangan terlalu mencari kesempurnaan. Kerana kita adalah manusia yang lemah dan penuh dengan kekurangan dan kesilapan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan dari pasangan boleh menjadi satu punca pertengkaran. Terima pasang kita seadanya dan saling melengkapilah satu sama lain. Pasti perkahwinanan itu best.


Pandangan aku, dalam keadaan sekarang, Perkahwinan Tanpa Cinta tetap boleh menjamin kebahgiaan. Kerana perasaan Cinta Tetap Boleh Dipupuk Selepas Berkahwin

Itulah nasihat yang aku berikan pada sorang kawan. Bila dia berkata hatinya goyang selepas berkahwin kerana kahwin terpaksa tanpa cinta. Apa yang aku katakan padanya, cubalah mencintainya sebagai mana kamu ingin dicintai. Sayangi dirinya sebagaimana kamu disayangi. 

Aku juga katakan padanya, jangan mengharapkan kesempurnaan kerana kita juga tidak sempuna. Terima seadanya. Anggapkan ia adalah yang terbaik untuk kita sebagaimana telah tercatat di Luth Mahfuz.

Jadikan setiap hari yang kita lalui selepas berkahwin adalah 'Hari Kekasih'. Wujudkan suasana romantik antara kalian berdua sentiasa, bagaikan dunia kalian yang punya. Bukan hanya menunggu hari tertentu untuk mewujudkan suasana romantik. Sekiranya ini mampu dilakukan pasti kebahgiaan akan mendatang.

Ungkapan lafaz cinta. Jangan jemu ungkapkan lafaz cinta dan sayang. Bukan zaman bercinta je boleh ungkap 'I Love You' lepas kahwin tetap masih boleh juga. Malah lebih dari boleh. Orang perempuan memang suka dengar lafaz ini terutama dari suami mereka. Walaupun riak muka tidak memberi respon, hati mereka tetap berbunga. Betul tak duhai wanita di luar sana???

Saturday, November 12, 2011

Mengaumlah Harimau

Esok pasukan Harimau Malaya melawan pasukan Kemboja dalam sukan Sea. Semoga pasukan Harimau akan dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi dulu.

Semoga kemenangan ke atas pasukan Thailand akan menjadi pemankiin semangat bagi Harimau untuk terus mengaum dan membaham mangsanya.

Majulah sukan untuk negara.

Selamat Maju Jaya Malaysia.

Jom pakat tengok bola pukul 5petang esok.

Thursday, June 16, 2011

Bomba

Zaman dedulu kita slalu main dan nyanyi camni

Rumah Terbakar Panggil Bomba
Bomba Datang Berlumba-Lumba......


Tapi ini semua patut di tukar, kena tambah skit lagi.

Rumah terbakar panggil Bomba
Rumah masuk ular panggil Bomba
Orang Lemas panggil Bomba
Orang accident panggil Bomba
Orang nak bunuh diri pun panggil Bomba
Semua pun panggil Bomba.


Sungguh kena hargai jasa mereka semua, menggadaikan nyawa untuk menyelamatakan orang lain. Betapa murninya jasa mereka. Tidak ternilai.

Jika rumah atau kita yang menghadapi malasah ini, pasti kita akan marah kalo Bomba datang lewat. 

Tapi sedar atau tidak sifat kita yang pentingkan diri menghalang mereka menjalankan tugas mereka. Seperti tidak memberi laluan pada mereka yang dalam kecemasan. Mungkin dengan hanya memberi laluan itu kita dapat membantu menyelamatkan 1 nyawa atau harta benda. 

Semalam pun aku terserempak lagi ngan kes macam nie. Walaupun Bomba sudah membunyikan siren tapi ada yang masih tidak memberi laluan kepada mereka yang ingin menjalankan tugas.

Mungkin kita Malaysia sudah maju. Tapi sikap pentingkan diri kita masih menebal. Kurangkan lah ego kita. Dalam mengejar kemajuan, kekayaan dan kejayaan. Kerjasama adalah perlu. Kerjasama akan memajukan kita semua.


Bersama Bangkit Menuju Puncak.


Monday, March 15, 2010

Ada Blom??

Satu hari aku kuar ngan Si Dia. Pastu si Dia plak beriya nak jumpe si Teja. So aku ikut je la. Si Teja ni pun kepala xbrape ok jugak. So geng la.

Kitarang gi la lepak kat satu kedai mamak area Sri Gombak dekat ngan umah si Teja nie. Si Teja la cadangkan lepak kat situ. Katanya itu la kedai terbaik kat area tue. Btol ke idak aku xtau. Kalo salah jgn marahkan aku. Si Teja yang besalah.

'Da order??' tanya sorang mamak bila aku and da geng duduk kat meja.

'Blom.' cakap aku.

'Nescafe Tarik satu' order aku.

'Xbley. Tukar. Cancel Nescafe. Kasi dia Milo Tarik. Bagi saya limau ais' sampuk si Dia. Suke ati je tukar order aku. Tu la Si Dia yang satu. Ape leh buat.

'Bagi Sirap Limau ye' order si Teja.

'Makan??' tanya mamak tu lagi.

'Roti nan ada??' tanya aku.

'Ada'

'Nan Chesse satu ye'

'Ok. Lagi' tanya mamak tue lagi.

'Bagi Mee Goreng satu'

'Ok.'



Kami dok berborak sementara minum dan makanan yang di order sampai. Aku lebih banyak jadi pendengar je. Tak lama kemudia mamak tu datang lagi. Muka da tersengih-sengih.

'Ada blom??' tanya mamak tue.

'Ape yang ada blom?? Saya xde pape' jawab aku. Si Dia dan Si Teja turut ternganga. Aku yang meniaga ke mamak tue yang meniaga nie.

'Ada blom??' kata mamak tue lagi sambil tersengih.

'Aah....Ape yang ada blom??' tanya Si Dia.

'Itu roti.......Ada blom.' ulang mamak tue lagi.

'Owh.......Roti blom ada ke??' tanya aku betulkan mamak tue.

'Haa......Roti ada blom. Order??' tanya mamak tu lagi.



Kami da tersenyum. Tergelak kecik. Tengok mamak yang tadi tersengih. Muka yang gelap da putih dek kerna pucat.






Wednesday, February 17, 2010

Entri kali ni ada gambar

Tag dari Bullet. Da berkurun pun. Aku baru buat. Ampunkan aku ye Bullet. Jangan anta buller ke umah aku plak ye. Yang atas tulisan tangan kiri yang bawah tulisan tangan kanan. Dua-dua buruk jangan risau ye. hehehehe....


Ni plak Nasi Manis. Kat tempat aku panggil. Ada yang panggil wajik. Ntah la mana btol. AKu lahap je telan suma tue. Hehee....Ni dapat masa kenduri sepupu aku ari tue, 14 Februari.



Ni lak gambar semalam. Kat plaza tol karak. Amacam meriah x kat depan tue nyalaan neon kereta. Cam pesta buih pun ade aku tengok. haihhhh...

Ni la akibat aku bukan VVIP yang ada eskort tue. Aku jalan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur hanya 12jam. Kalo ikut sepatutnya lagi lama 6jam je. heheheheheh.....




PSP: Aku masih dalam mood bercuti dan mengantuk. Kemalasan melanda.

Wednesday, January 20, 2010

Lagej Update


Lagej - aku da ada. Korang bila lagi??

--------------------------------------------

Ok. Kita teruskan pada pelajaran bahasa Malaysia kita hari ni ye adik-adik. Kita belajar kata tersimpul rapi dalam ikatan buku sila bukan buku lima Mike Tyson. Kata-kata untuk hari nie:

Sediakan Baju Ujan Sebelum Hujan
(Bukan band Hujan..Tolong paham ye)


Fuhh...Insyallah Selamat dan tidak Basah.


Releven untuk nelayan-nelayan bot-bot kecil cam aku sahaja, nelayan-nelayan bot-bot besar seperti Honda City, Produa Viva, Proton Satria Neo, Toyota Vios dan gajah-gajah berbumbung lain adalah tidak releven untuk kata-kata ini.

Sekian Terima kasih.




PSP: Malaysia beriklim katulistiwa. Ini fakta aku x auta. Sekian


Saturday, January 16, 2010

Dari Emel.....

Salam,

Kita harus ingat langit yg kita junjung mempunyai paras Islam yg dipelihara,

Ini tak bermakna langit jiran kita sama, kita perlu ingat Indonesia Agama resminya Pancasila iaitu Islam, Kristian, Budha, Hindu dan Yahudi.

Makna nya undang2 negara mereka mengiktiraf 5 agama diberi sama taraf.

Tetapi satu kelebihan yang saya masih ingat ketika Sukarno jadi Presiden dia telah meletakkan rukun Negara nya berdasarkan elemen2 Islam, Cuma tak disebut
Elemen Islam secara terang2an.


Walaubagaimanapun rakyat Indonesia sudah lali dengan gelagat masyarakat yang terdiri dari Alim Islam hebat sekali sehingga bertaraf ulamak Nusantara yang mampu menulis Tafsir saperti Hamka, Nurkalis Majid malah ada ulamak yang pernah jadi menteri iaitu Pak Natsir, begitu juga perkembangan ilmu, saya amat terharu melihat kitab2 hebat dari ulamak tersohor Timur tengah telah diterjemahkan kebahasa Indonesia dan harganya murah.

Sungguhpun demikian kedapatan juga sebahagian masyarakatnya yang tersasar dari tali sunnah walljamaah iaitu menganggap islam itu sama taraf dengan agama lain , mereka berlindung dibawah jaringan (JIL ) Islam Liberal yang sangat bahaya disegi akidah.


Begitu juga dengan setengah masyarakat nya yang berbudaya melayu makan petai,belacan, tempoyak dan ulat sagu tetapi beragama Hindu atau budah dan apabila kita silap langkah disetengah restoran Pulau Jawa kita akan lihat dalam satu trey lauk kita boleh pileh nak lauk ayam, ikan, biawak, babi, dll



Inilah yang panggilkan sebagai bunga-bunga kehidupan yang didalam nya walaupun ada api neraka ada juga syurga.



Allahuaklam

Pak Salleh





Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya...

risau gak klu jadi camni kat M'sia


di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular






PSP: Renungkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...