Monday, May 21, 2012

Kemalangan Di Malaysia

Dua hari lepas kalau tak silap, dalam Buletin Utama di TV3. Ada seorang pak menteri di soal mengenai kadar kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini jawapan beliau :

"Kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak begitu membimbangkan. Ada negara yang mempunyai kadar kemalangan yang lebih teruk seperti India dan China."


Setahu aku China dan India mempunyai kepadatan penduduk yang lebih tinggi dari kita. (hentam je lah)

Apa yang aku perhatikan kemalagan di Malaysia ni banyak faktor nya. Tapi faktor yang paling utama adalah Atitud Pemandu itu Sendiri.  Ini adalah suatu yang paling sukar untuk kita ubah. Aku rasa kalau kesedaran kita tinggi, insyallah kita akan dapat kurangkan kadar kemalangan.

Seharian aku di jalan menaiki motosikal berulang ke tempat kerja, boleh tengok berapa ramai pemandu kereta yang mementingkan diri. Kau bawa moto kau kecik jadi hormatkan kami yang besar dan berbumbung - mungkin ini yang banyak bermain di fikiran pemandu kita.

Sehebat mana pun teknologi kejuruteraan digunakan untuk membina satu sistem jaringan jalan raya yang terbaik di dunia pun, tak kan dapat membantu mengurangkan sangat kadar kemalangan jalan raya selagi kita tidak mengubah atitud kita.



Please respect other not matter who you are. 


5 Pandangan Kekawan:

Pok Amai-Amai said...

Selalu sy drive sendiri ke tempat keje. Klu ade motor yg hati kering, sy menyumpah sbb geram. Tapi pnh kete sy problem dan sy terpakse nek motor dgn suami. Baru tau mcm ne penunggang motor ni alami tiap2 hari. GErun!

kakcik said...

Kakcik semakin takut untuk membonceng motorsikal. :(

eMMe said...

kalo takde kesedaran dlm diri, mmg susah la nak dibentuk attitude yg baik ketika memandu dah cam tu perangai nye, kat tempat lain tak tau camner ye tak, heheheh~

KhaiRin : anies said...

mengapa perlu banding dgn negara org... tu la..kuman seberang laut nmpk..gajah dpn mata.. wat dono je

onlajer said...

aku pergi kerja pun bawak moto itu yang kadang2 rasa ngeri kalau terpaksa memotong trailer atau tanker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...