Friday, May 4, 2012

Hidup Biar Bermakna

Hidup ini kita tidak tahu hayat kita. Mungkinkah kita akan hidup 100 tahun?? 70 tahun?? 50 tahun?? 30 tahun??

Singkat atau panjang umur kita. Tiada siapa yang tahu. Allah swt sahaja yang tahu. 

Dek kerana kita tidak tahu umur kita, kita mesti merancang perjalanan kita sebaiknya. Biarlah setiap detik yang kita lalui adalah bermakna pada kita dan orang lain. Biar setiap detik itu adalah indah dan berharga.

Bak kata pepatah "Harimau Mati Meniggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama"

Jadi biarlah nama yang kita tinggalkan itu nama yang baik, bukan nama yang busuk. Biarlah kita mati sebagai orang yang baik dan berjasa.

Kalau dalam movie Robin Hood, si pencuri dan perwira yang amat disayangi oleh orang setempat. Beliau mencuri golongan bangsawan dan kemudia mengagihkan hasil itu pada golongan miskin.

Itu dalam movie dan buku cerita, wujud kah Robin Hood?? Akan ada kah pencuri yang akan disayangi?? Aku tak rasa akan ada. Pandangan korang??

Jadi biarlah hidup kita di isi dengan penuh makna. Biarlah kita dikenang kerana jasa dan pahala, bukan dicaci dek kerana dosa. 



 
 

1 Pandangan Kekawan:

Pok Amai-Amai said...

Betul. Tapi kalau kita berdosa dan kembali ke pangkal jalan, kita yang tak berdosa ni jgnlah pulaukan org tu sampai bila-bila. Sedang pintu taubat tu, Allah sentiasa buka, kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...