Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Saturday, January 16, 2010

Dari Emel.....

Salam,

Kita harus ingat langit yg kita junjung mempunyai paras Islam yg dipelihara,

Ini tak bermakna langit jiran kita sama, kita perlu ingat Indonesia Agama resminya Pancasila iaitu Islam, Kristian, Budha, Hindu dan Yahudi.

Makna nya undang2 negara mereka mengiktiraf 5 agama diberi sama taraf.

Tetapi satu kelebihan yang saya masih ingat ketika Sukarno jadi Presiden dia telah meletakkan rukun Negara nya berdasarkan elemen2 Islam, Cuma tak disebut
Elemen Islam secara terang2an.


Walaubagaimanapun rakyat Indonesia sudah lali dengan gelagat masyarakat yang terdiri dari Alim Islam hebat sekali sehingga bertaraf ulamak Nusantara yang mampu menulis Tafsir saperti Hamka, Nurkalis Majid malah ada ulamak yang pernah jadi menteri iaitu Pak Natsir, begitu juga perkembangan ilmu, saya amat terharu melihat kitab2 hebat dari ulamak tersohor Timur tengah telah diterjemahkan kebahasa Indonesia dan harganya murah.

Sungguhpun demikian kedapatan juga sebahagian masyarakatnya yang tersasar dari tali sunnah walljamaah iaitu menganggap islam itu sama taraf dengan agama lain , mereka berlindung dibawah jaringan (JIL ) Islam Liberal yang sangat bahaya disegi akidah.


Begitu juga dengan setengah masyarakat nya yang berbudaya melayu makan petai,belacan, tempoyak dan ulat sagu tetapi beragama Hindu atau budah dan apabila kita silap langkah disetengah restoran Pulau Jawa kita akan lihat dalam satu trey lauk kita boleh pileh nak lauk ayam, ikan, biawak, babi, dll



Inilah yang panggilkan sebagai bunga-bunga kehidupan yang didalam nya walaupun ada api neraka ada juga syurga.



Allahuaklam

Pak Salleh





Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that's a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya

Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. "Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung "Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!" aku langsung tergolek... astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: "Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah" Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik "ash to ash, dust to dust, fade to black"... tergolek lagi aku.. wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku 'bermusafir' lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner "Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!" aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye..

Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah 'usha' buku kat kedai buku.. Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: "Memantapkan Iman Anda Kepada Allah" bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya...

risau gak klu jadi camni kat M'sia


di tengah tengah bandar bandung juga terdapat sebuah geraja yg dinamakan "rumah allah"...mcm mcm lagi isu akan timbul lepas ni selagi malaysia mengamalkan demokrasi-sekular






PSP: Renungkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...