Salam. Pala otak aku tengah blur nie. xtau nak cakap ape. Cuti 3hari da nak abes. Hari nie da Ahad, esok Isnin la. Ape lagi....Esok kena keja la. Kena gosok baju seluar..ohhh...
Hari Jumaat, 25 Disember 2009, Jumaat lepas la tue. Buat pertama kalinya, aku semayang Jumaat kat kawasan aku bermaustatin. Ye la, 3 minggu berturut kita akan cuti hari Jumaat, penghulu segala hari.
Tapi teramat sedih apabila khatib sedang membaca khutbah, jemaah kat luar pun sibuk berkhutbah. Yang remaja, dengan cara mereka. Yang dewasa pun xkurang jugak, nak dok berborak sakan.
Yang remaja ni aku tengok umur da belasan tahun, mungkin bersekolah menengah sudah. Tapi dok berborak. Yang tak tahan diorang siap buat bulatan, cam usrah. Dok berborak sakan masa khatib baca khutbah. Memang suara khatib tenggelam dek suara mereka.
Bagi aku, umur belasan tahun da patut tau syarat sah semayang Jumaat. Kalo xtau pun, hormat lah jemaah lain dan khatib yang sedang berkutbah. Adab dalam masjid kena la jaga.
PSP: Al-Fatihah buat penumpang Bas Sani Express yang maut.