Showing posts with label jejalan. Show all posts
Showing posts with label jejalan. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Perjalanan Hari Ini

Pagi tadi berkesempatan ke UIA kat Gombak. Hari ini sampai besok sedang berlangsung International Taekwando Tournoment (kali ke brapa ntah. Aku lupa)

Dua adik adik lelaki aku turut serta dalam tournament tu mewakili kontijen sukma Negeri Terengganu. Adik aku esok baru lawan. Pasal hari ni berlangsung peringkat senior esok baru yang junior. Tadi sempat la tengok wakil UPNM, UniKL dan lain-lain. Memacam ragam leh tengok tadi.

Niat aku mmg nak tengok adik aku tapi dah tak sempat pasal ingatkab lawan hari ni tetapi tukar plan jadi lawan esok. Tadi hanya lepak sekejap je ngan adik-adik aku. Lepas jugak rindu aku pada dua adik aku tu.

Sekarang ni aku dah ada kat Ipoh, lepak kat sini 3hari. Jalan highway Plus agak slow tapi lancar. Aku pun tadi nyaris nak kemalangan bila kereta depan tetiba brek mengejut. Tapi alhamdulillah semua selamat.

Nak upload gambar tapi masih xtransfer. Nanti ken kali aku kasi upload.

Selamat Bercuti kekawan.

Friday, December 9, 2011

Jejalan Di Nogori #2

Trip kedua dalam jejalan di Nogori adalah melawat Rembau Crystal.
Ni lah bangunan Rembau Crystal. Lawakan....

Hasil yang menarik kat sini. Cantikan pasu ni.
Harga pun cantik jugak.

 Yang ni pun menarik.

 Tengkolok Melayu sebgai cendera hati.

 Dari Kekasih Kepada Kekasih.


 Naga Kristal.
Cantikkan. Orang Cina suka beli yang ni.

 Naga Kristal lagi Besar.
Harganya.....Xbrani nak tanya.
 Dan proses membuatnya adalah.
 Ni lah 'the maker'.
Perempuan tu. Tahniah kak.

 Ni bentuk angsa yang baru siap di buat.
 
 Yang panjang-panjang tu adalah bahan mentah untuk membuat kristal.

 Dan ini relau pembakaran kristal.


Heykawan : Negara kita kaya dengan seni. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati dan diterokai.

Thursday, December 8, 2011

Jejalan Di Nogori #1

Gambar masa melawat  Nogori (Negeri Sembilan........Negeri yang femes dengan masak lemak cili api.), 29-30 Nov 2011. Atas urusan pejabat.

FKF Craft Enterprise adalah antara kilang yang dilawat. Ia mengeluarkan produk berasaskan seramik. Lokasi adalah Taman Tasik Jaya. Nak detail sila tanya Puan Google Maps. Tataplah gambar di bawah.

King and the geng posed depan kedai.

Rumah Minangkabau dari seramik untuk cenderahati.

Seramik yang ready untuk proses pembakaran.

Tengok ukiran pada pasu yang blom lagi di cat. Cantik dan berseni.

 
Akak tu tengah proses membersihkan dan mewarnakan seramik.
Memang berseni lah akak. Tahniah.

Antara dua darjat. Hitam dan Putih.
Cantik kan.....

Dan ini yang paling menarik hati aku. Rumah minangkabau dari seramik.


Pada yang berminat nak buat tempahan untuk door gift perkahwinan leh la tempah kat FKF Enterprise ni. Memang diorang terima tempahan. Harga memang berpatutan.



Heykawan : Orang kita memang kaya dengan seni dan budaya.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti-Cuti..........Pulau Sayak & Mee Udang




Ni gambar da lama...13 - 16 Mei ari tue aku ke Sungai Petani. Saje jejalan ngan family. Dan salah satu tempat yang aku gi adalah Pulau Sayak. Nak story mory pepanjang pun aku xreti. Tapi bagi aku tempat nie mempunyai pemandangan yang menarik dan menenangkan jiwa.

Sepanjang perjalanan tu leh lagi tengok sawah padi yang menghijau. Kesan tsunami dulu pun masih ada lagi.



Pemandangan Pulau Sayak time senja.




  
 Mee Udang Pulau Sayak. Sebelum dilantak.

Mee Udalang selepas di lahap.
Walaupun mee udang sini xde la sefemes Mee Udang Sg. Dua dan Mee Udang Kuala Sepetang. Bagi aku dia tetap sedap. Dan Setahu aku harga dia pun murah skit, mungkin pasal x femes sangat kot. Kalo da femes mungkin la harga dia pun akan melambung juak ikut harga RON97.

Thursday, May 12, 2011

Bucket Seat

Ahad lepas, saje je jajalan bersama Puan Besar dan Madam Besar di SOGO. Saja cuci mata dan beli sikit barang.

Dalam Puan Besar dan Madam Besar dok mencari  barang tue. Aku melilau kelain. Saje je. Cuci cuci mata tengok barang. Bukan tengok 'barang' awek ye. 

Aku tertarik ngan 'Bucket Seat Baby' adalah dua tiga pilihan. Tapi suma RM300++. Dan ada jugak yang cecah RM1k. Tapi paling menarik perhatian aku yang nie.



 Amacam ngam X?? Brand Ferarri tue. Tapi harganya pun boleh tahan. 


Dan time bosan-bosan aku search kat tenet pulak. Jumpa yang kat bawah nie. BMW Sauber punye 'baby bucket seat'. Desingnya lagi sempoi dan menarik. Harga walallahullam.





Tapi baby punye bucket seat memang menarik dan baik jugak untuk keselamatan serta keselesaan bayi tue sendiri.


PSP: Bila nak pasang 'bucket seat' kat moto aku nie.....heheheheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...