Wednesday, February 22, 2012

Kerja Gomen atau Swasta


Konfliks dalam memilih haluan kerja. Aku rasa ramai yang menghadapi menda camni. Aku pun menghadapi situasi seperti ini. Nak memilih antara kerja kerajaan atau swasta. Aku dua-dua penah aku lalui dan pandangan aku dua-dua ada pro and con dia. 

Ini adalah pandangan peribadi aku:

Kerja Kerajaan 
  • Gaji tetiap bulan konfirm tepat pada masanya.
  • Kalau tetap, mudah nak tambah hutang kat bank.
  • Ada masa rileks, ada masa sibuk dan ada masa leh hoye-hoye.
  • Boleh berkira kerja, lengahkan kerja (biasa yang dah tetap suka buat).
  • Rasa lebih selamat.
  • Kos rawatan untuk hospital kerajaan dan klinik kerajaan percuma untuk seisi keluarga.
  • Bonus tengok pada ekonomi dan pemimpin.

Kerja Swasta
  • Kalau gaji lewat masuk tu biasa lah. (Bukan semua kompeni)
  • Claim lambat dapat. (Bukan semua kompeni.)
  • Banyak masa kena kerah, ada masa rileks dan beruntung kalo leh hoye-hoye.
  • Boleh juga berkira kerja. Kalau bos suruh tak nak buat, boleh jugak berlagak cam kompeni sendiri. Tapi sedia lah kalau terima surat "You're fired".
  • Kalau kena marah tu biasa lah tu. (Semua orang buat silap)
  • Sedia untuk kena kerah dan kena perah.
  • Kos rawatan ada yang kompeni tanggung, ada yang tanggung sendiri dan ada yang separuh-separuh.
  • Bonus tengok pada kompeni. Kalau ada untung dan bos happy banyak la bonus.



Kalau nak list kan aku rasa memang terlalu banyak. Dan tak terkira. Memang banyak lagi benefit lain. Dua-dua pun banyak kebaikan nya. Memana pun tak apa, untuk yang fresh grad nasihat aku tak payah nak pilih-pilih, grab je peluang yang datang dan pilih yang mana korang rasa selesa. Ikut kata hati kamu jangan ikutkan rentak orang lain. Yang penting, Timbalah pengalaman sebanyak mungkin untuk memajukan diri kita. Usah terlalu mengharapkan kebaikan dan benefit sangat, bila pengalaman dah luas makin luas minda kita terbuka. Dan makin banyak peluang yang datang.

Bagi aku usah nak pikir kerja swasta atau kerajaan, yang penting kita berkerjaya dan berkerja dengan ikhlas hati bagi memperoleh hasil yang halal.

Seboleh nya, berkerja sebolehnya bersesuaian dengan minat kita dan yang membolehkan kita berasa gembira dan enjoy. Bukan nya bekerja dalam keterpaksaan.



7 Pandangan Kekawan:

eMMe said...

better keje gomen, leh senang lenang pun yea, tensen pun yea... bermusim, tak selalunye bz... n tak selalu ngadap blog, heee~

Jedi, keje swasta kan...kan..?

Daddy Ziyyad said...

Minda masyarakat Melayu, jujurnya, kalau nak berubah maju bersaing, kena buang mentaliti "nak keja gomen". Tgk cina, berapa kerat yg keja gomen, tapi ekonomi negara, dia pegang.

aLeen aVriL said...

keje gomen tuh selalu org kata masa dpn tjamin...

tp merasa la kenaikan susah gomen nk kasik....klu kasik pon riuh nk announce 1 dunia....

tp xpe janji org keje gomen dpt duit yg halal n d berkati.

klu keje swasta, nk kata msa dpn xtjamin tuh tipu la sgt....maybe utk kampeni kecik2 tuh ade kemungkinan bankrupt la atau gulung tikar...

tp masing2 ade kelebihan masing2...eh keje swasta ada buat kampeni trip.....keje gomen xsure ade ke x...

dekdaa said...

Keje gomen tgk tempat la nak rilek pun.
Me kerja gomen.. mcm org gila kerja, tiap2 hari balik lambat. Biasa org kerja gomen tempat rilek tu sharp dah balik.. me takde lah blk sharp2 nih.
Gaji ciput tp sbb OT.. claim lah.. tu yg bantu menjana income sikit.

Tempat rileks pun dah pernah.. blk ontime tu selalu hehe.

Private pun me pernah. Tp private mmg sgt mementingkan kualiti.. kena maki kat bos tu jd rutin biasa.. bos singh he he he!

alien said...

dua2 ada pro n cons
nak masuk gomen payah, kalau dapat bonus la
nak keje swasta plak, kalau memilih sgt alamat xkeje la jawabnya

she-G said...

kalo nak di makan tgg(la sgt) berak cangkung memang la gomen tebraik.tp kadang2 bila dah lama keje gomen cam otak tepu tau.

dan lagi satu..bila dah keje gomen.kdg ada bnda langgar prinsip kita pon....hmmm...yela,SYMP

Anonymous said...

kalau aku boleh patah balik, aku better keje swasta, kerja gomen teruk, tak dapat rileks macam swasta, sekarang ni pun senang-senang boleh kena buang kerja kalau dapat markah 69 ke bawah.
Aku memang kerja gomen, sejak dato najib, aku kena buat 4 org punya kerja. gaji macam tu jugak, pangkat macam tu jugak.
Percayalah aku tak tipu, Jawatan aku kerani, tapi tugas aku pembantu kewangan, despatch, operator telefon dan penyelia bangunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...