Friday, February 3, 2012

Tindik Telinga : Stail ke??

Suatu malam aku keluar dengan wife aku ke kedai mamak, area Desa Aman, Pantai Dalam. Aku masuk dalam kedai untuk order makanan yang hendak dibungkus sementara wife aku tunggu dekat motor sambil melayan Hanphone Beri-Beri Hitam dia.


Dalam tengah wife aku syok dok layan Hanphone dia, lalu la dua orang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun. Aku agak dalam 15-16 tahun. Wife aku adalah terdengar dialog mereka berbunyi :

Budak A : Stail tak aku?? Tindik telinga sebelah.
Budak B : Stail la wei. Jeles aku.


Bila aku datang kat moto ngan makanan yang dah di bungkus. Wife aku cerita kat aku:

Wife : Budak dua orang tu sembang, dia kata stail tindik telinga. (Sambil menunjukkan aku budak dua orang tu)
Aku : Stail la sangat, bangang.


Korang rasa stail ke budak lelaki tindik telinga sebelah???? Aku rasa cam budak bangang lagi tolol adalah. Apa yang aku sedih dan kecewa sikit budak dua orang tu adalah budak Melayu dan aku rasa mereka adalah Islam.

Kalau lah ma abah aku tengok aku yang berumur 28 tahun ni tindik telinga, aku rasa mahu ma abah aku potong telinga aku. Mungkin juga ma abah aku kolot, tak seperti keluarga budak yang dua orang tu.

Setahu aku lagi, Tindik telinga Haram dalam Islam bagi lelaki kerana lelaki adalah haram untuk menyerupai perempuan. (Kalau aku salah silalah betulkan)

Sekian.

7 Pandangan Kekawan:

Masy said...

memang haram.

Pok Amai-Amai said...

Hahahaha.

Zaman skg, tindik tinge adalah tanda golongan homoseksual.

redza said...

budak2 mudah sgt terpengaruh...kena bedal baru nak berubah kot

Lizz said...

budak2 skrg tak boleh dimaki or garang2,cara pendekatan berbeza. bukan macam kita dulu. dengan budak2 skrg kena dekatkan diri dgn diorang..tanya masalah then pelan2 try ubah diorang. insyaAllah boleh punya

Koyuki said...

ramai jumpa budak2 melayu islam lelaki sekarang tindik telinga.Sangat pelik. Yup, haram.

PinQib said...

hoho.. depa memang kurang ilmu.. x akal pnjnag.. x pkir kesan jangka panjang.. bio la.. nak wat camne... banyak sangat pengaroh terok..

KhaiRin - anies said...

ustaz sy kata kalu tindik sblh (lelaki) kat barat tu tandanya dia anak luar nikah...or kite...kn suka meniru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...