Tuesday, February 28, 2012

Mak Saya Tak Marah Pun.....


"Mak Ayah saya tak marah pun. Apa pulak abang nak sibuk"

Itulah alasan yang di beri sorang budak perempuan yang aku kira umur nya bawah 12 tahun. Walaupun umur belum lagi capai 12 tahun tapi menjawap cukup petah cam dah umur 21 tahun. Bila ditanya pada kekawan aku, dia kata itulah budak zaman sekarang.

Sebenarnya budak ni aku tegur pasal bawak moto ke hulu ke hilir bonceng kawan pula. Kaki bila naik moto tak cecah tanah pun. Tapi dia punya bawa moto kemain lagi aku kira ada dalam 80km/h dalam kawasan taman. Langgar bumper kemain lagi melayang lagi cam stuntman lagaknya.

Memang betul apa yang budak tu cakap Mak Ayah dia tak kisah. Aku pun tak kisah pun sebenarnya tapi bila dah bawah moto melulu je hampir nak melanggar orang lain terpaksa lah aku kisah. Pasal nyawa bukan leh wat main bukan leh diganti. 

Walaupun mungkin mak ayah dia kaya setakat moto harga RM 5ribu - 7ribu tu boleh je beli cash on the dot. Tapi harga nyawa tiada galang gantinya. Pikirkan lah wahai mak bapak, jangan dok bagi sangat anak bergaya ngan moto sakang. Pastu merempit bagai pro dalam taman perumahan.

Kalau budak tu accident siapa susah?? Korang jugak yang mak bapak yang susah. Lagi susah kalau melibatkan harta dan orang lain. 
 
Mungkin sesetengah orang terlebih mampu dengan membenarkan anak mereka yang bawah umur dan tiada lesen memandu, memandu kereta atau menunggang moto mereka. Itu memang hak mereka. Tapi ingat hanya harta itu hak mereka. Jalan raya dan lebuh raya adalah hak bersama semua orang  bukan hak dia sorang. Jadi hormati hak orang lain sama.
 
Pikir-pikirkan. Sekian.
 
 
 

15 Pandangan Kekawan:

Pok Amai-Amai said...

Aku ada bapak sedara. Dia taklah garang mana. Tp anak2 die ckp gerun dgn die. Salah satu kepantangan bapak sedara sy ialah - motor. Waima, anaknye membonceng moto org pun. Dia akan beri ceramah plg panjang dan plg menggerunkan anak2nya.

Konklusi, didikan plg berkesan pd anak2 adalah dr ibubapa.

=D

she-G said...

igt sorang polis bepangkat kat raub komen...

"kita ni punya lah nak menjaga anak2 orang sampai anak2 sendiri kat rumah belum tntu terjaga.kalo diterima kasih takpe jugak..ni kene blasah balik.elok kita jaga dan igt2 anak kita sudah.."

komen kesal en polis tersebut lepas seorang guru kat sini tahun lepas kot..keta dia kene bakar kes tegur pelajar die...

she-G said...

seb baik die mention abang lagi kan jedi??kalo di sebut pakcik???hahaha...haruuu :)

KhaiRin : anies said...

kalu sy, terus sepak je muka dia

kakcik said...

Anak kakcik yang berusia 21 tahun pun ayanya belum bagi ambil lesen memandu kerana bimbang dia akan jadi berani memandu kereta kawan2 sedangkan dia duduk jauh dari kami!

Kakzakie said...

Surau taman kakak tiap kali selepas solat maghrib sentiasa ingatkan mak-ayah jaga anak dan anak teman setaman, teguran tak boleh kecik-kecik hati sebab anak dia anak kita setaman. Tapi tak tahulah ada yg tak terima ke tidak....

Zaza Si Photographer said...

jawab sama dia " ... dah eksiden nanti marah pun tak guna!"

Eye_nee said...

Bila hilang nyawa nnt baru mak bapak menyesal...cukuplah yg akk alami setelah kehilangan "Abg Chik"....

Daddy Ziyyad said...

mak aiiii..budak kecik umur macam tu, jawapan dah kurang ajar

oranglidi said...

stuju dgn pok amai2. didikan makbapak sgt2 pnting utk anak2.

klau nak diharapkn kpd institusi lain, contohnye skolah memang susah nk dipantau.

Pok Li said...

Kita sedang membentuk masyarakat yang hilang petimbangan

Ijal said...

jwpn mintok penampar tu boh

NM02 said...

baru2 ni ayah ai baru je jerit kat budak2 motor yang dok memekak depan umh. punyer kurang hajar, lagi kuat dorang press motor tu depan ayah saya.

ish ish...

eMMe said...

yea, saya pun risau, bukan risau kat budak bwh umur bwk motor cam peleset, tapi risau la kot2 budak2 main kat jalan ke, n xcident ke, takot ada nyawa yg melayang...mengucap panjang saya bayangkan...

Shukri Mohd Ali said...

kalau kat kampung saya, dah kena pancit tayar dah. kehkehkeh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...