Showing posts with label main redah je. Show all posts
Showing posts with label main redah je. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Mak Saya Tak Marah Pun.....


"Mak Ayah saya tak marah pun. Apa pulak abang nak sibuk"

Itulah alasan yang di beri sorang budak perempuan yang aku kira umur nya bawah 12 tahun. Walaupun umur belum lagi capai 12 tahun tapi menjawap cukup petah cam dah umur 21 tahun. Bila ditanya pada kekawan aku, dia kata itulah budak zaman sekarang.

Sebenarnya budak ni aku tegur pasal bawak moto ke hulu ke hilir bonceng kawan pula. Kaki bila naik moto tak cecah tanah pun. Tapi dia punya bawa moto kemain lagi aku kira ada dalam 80km/h dalam kawasan taman. Langgar bumper kemain lagi melayang lagi cam stuntman lagaknya.

Memang betul apa yang budak tu cakap Mak Ayah dia tak kisah. Aku pun tak kisah pun sebenarnya tapi bila dah bawah moto melulu je hampir nak melanggar orang lain terpaksa lah aku kisah. Pasal nyawa bukan leh wat main bukan leh diganti. 

Walaupun mungkin mak ayah dia kaya setakat moto harga RM 5ribu - 7ribu tu boleh je beli cash on the dot. Tapi harga nyawa tiada galang gantinya. Pikirkan lah wahai mak bapak, jangan dok bagi sangat anak bergaya ngan moto sakang. Pastu merempit bagai pro dalam taman perumahan.

Kalau budak tu accident siapa susah?? Korang jugak yang mak bapak yang susah. Lagi susah kalau melibatkan harta dan orang lain. 
 
Mungkin sesetengah orang terlebih mampu dengan membenarkan anak mereka yang bawah umur dan tiada lesen memandu, memandu kereta atau menunggang moto mereka. Itu memang hak mereka. Tapi ingat hanya harta itu hak mereka. Jalan raya dan lebuh raya adalah hak bersama semua orang  bukan hak dia sorang. Jadi hormati hak orang lain sama.
 
Pikir-pikirkan. Sekian.
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...