Ni kejadian yang baru terjadi dalam dua tiga minggu ni kat tempat kerja aku. (Kira kisah benar lah ni....)
Kami ada terima satu laporan ada kebocoran dalam lot kedai. Dan penyewa yang jadi mangsa cakap air turun dengan laju. Air tu berbau agak busuk sebab atas tu adalah tandas perempuan.
Kalau kes kebocoran yang biasa jadi, air dia x laju pun. Sebab biasanya hanya joint paip ada leaking atau pun penutup elbow tak ketat. Tapi kes ni agak lain sebabnya bila kami check kami tengok paip air buang dari floor trap tandas perempuan telah pecah.
Sebab gitu arahan penukaran segera dilakukan. Pekerja pun potong la paip yang pecah dan ganti dengan yang baru.
Gambar contoh paip yang di pecahkan. (Sumber google.com)
Satu penemuan yang mengharukan telah kami temui dalam paip yang pecah tu iaitu sehelai seluar dalam perempuan.
Mungkinlah seluar dalam tu telah terjatuh ke dalam floor trap tu (aku tak fikir dia buang...Ye x?) dan dalam kedaan gelabah, dia pun ambil lah kayu ke apa nak tarik keluar seluar dalam tu ataupun nak sorok xnak bagi orang nampak seluar dalam dia dah jatuh. Mungkin dia jolok tu terlalu kuat, kena paip tu dan menyebabkan paip tu pecah. (Ini andaian kami)
Sebab apa kami andaikan begini, sebabnya kalau nak kata cleaner yang buat sebab nak bersihkan tandas sumbat tak mungkin, sebab kalau sumbat bahagian maintenance yang akan buat bukan cleaner.
DIY TIPS
Nasihat aku, kalau lah korang terjadi camni atau paip air buang tu sumbat. Janganlah ambil kayu dan jolok. Biarkan ia dalam tu sebab nanti kalau dah tersumbat tahu lah orang maintenance nak buat bagi elok. Lebih baik biar barang yang jatuh kat dalam tu dari buat paip tu pecah yang akan menyusahkan ramai orang.
Kalau kat rumah beli lah asid dan tuang kat dalam paip tu dan ambil pelocok dan pam dua tiga kali. Kalau air dah mengalir tu ok lah. Kalau tak jadi panggillah plumber.
Atau pun kalau rasa konfiden, korang leh la buka penutup kat elbow paip air buang tu (cam dalam gambar kat atas tu) dan bersihkan apa yang patut. Lepas cuci insyallah, tak sumbat dah.
Sekian.
Heykawan : Jangan kita jadi tikus membaiki labu.









