Monday, September 19, 2011

Cari Tapak

Sabtu lepas saj meronda mencari tapak. Bukan cari tapak kedai. Tetapi tapak untuk menetap. Tapak rumah. Sebolehnya mau la umah teres. Yang dok atas tanah.

Pepaham je la. Umah atas tanah kat KL ni mmg xdapat la ngan gaji aku skang. So terpaksa la cari umah luar KL. Tumpuan aku area Sungai Buloh dan Rawang. Harga mmg toksah cakap suma RM250k dan ke atas.

Dan yang bestnya, bila tanya suma diorang cakap dalam masa 1minggu-1bulan suma umah yang dijual akan 'Sold Out'. Wow...........Memang orang Malaysia ni suma da kaya. Aku je masih terhegeh-hegeh.

Tapi kalo berjalan kat area umah yang da siap plak. Banyak pulak rumah yang masih tak duduk. Dan banyak jugak iklan haram yang bertempekan di sana-sini tulis 'Bank Lelong'.

Hurm......Kekadang kalau di tengok balik, harga rumah di Malaysia memang melambung gila-gila punya. Ni tahun 2011. Kalau zaman anak cucu aku nanti xtau la. Adakah Malaysia akan jadi cam Singapore?? Rumah akan menjadi sesuatu yang sukat untuk dimiliki??

Teringat masa aku kerja di Johor sekitar tahun 2008. Area Nusajaya, banyak rumah untuk dijual. Dan bila risik-risik ngan kekawan yang kerja kompeni developer yang terbabti. Almost, area Nusajaya di beli oleh Singaporean. Btol atau x? Waallahualam.


Bukan rumah yang aku tengok..ekekekek



Patutkah aku beli rumah di negeri lain sedangkan aku bekerja di KL?? Ke patut kah aku beli rumah di Rawang @ etc.....Dan berulang 100km sehari untuk ke tempat kerja??



5 Pandangan Kekawan:

KhaiRin said...

rumah tu wat umah sewa / homestay.dpt jg income tiap2 bln

Dr. Ben said...

selamat mencari rumah ;)

knv said...

akak dulu dok klang. kerja shah alam. itu pun rasanya hazab nak ulang alik. pasal klang punya jem pun boleh tahan gak.

so last2 beli apartment kat shah alam. pindah. pastu bila anak dah 3 orang ada rezeki beli umah atas tanah. tapi masa tu masih mampu milik lagi. teres dua tingkat tak sampai 300k. area shah alam kira murah la waktu tu.

gud luck in finding the right house!

:D

KoQ said...

bagi aku, bila dah betul2 settledown kat satu tempat tuh, baru pikir secara serius nak beli umah ke x..kalo ko ada plan satu hari nti nak pindah n blk kg bwk anak isteri, baik ko pikir betul2 40x..hehehe...

Puteri Biru said...

ok je kalau beli rumah kat rawang or sg.buloh. aritu aku beraya sana nampak banyak je rumah teres tengah buat.. otw mmg la jauh sikit kalau hari2.. tapi alah bisa tegal biasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...