Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Selamat Berkorban

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha dan melakukan ibadah korban. 

Ibadah korban mengingatkan kita pada sejarah, bagaimana Nabi Ibrahim as sanggup mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail as kerana suruhan Allah swt. Tapi Allah swt telah menukarkan Nabi Ismail as dengan seekor kibas. Itulah secara ringkas sejarah bermulanya ibadah korban.

Mazhab Imam Syafie menyatakan ibadah korban adalah Sunat Muakad bagi yang mampu melakukannya.

Ibadah korban dilakukan dengan seekor kambing atau sebahagian dari 7bahagian Lembu atau Unta. Daging korban disunatkan dimakan 1/3 oleh org yang melakukan korban, 1/3 disedekahkan kepada fakir miskin dan 1/3 lag untuk diberikan kepada sahabat handai.

Ibadah korban juga bagi mengurangkan jurang antara orang yang mampu dan orang yang kurang mampu. Mengeratkan perpaduan ummah.

Sepertimana kita lihat, setiap kali hari raya korban kita dapat melihat masih wujudnya sifat gotong royong dan tolong menolong dalam masyarakat kita.

Semoga ibadah korban dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita bagi membantu orang kurang berkemampuan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan Menjalankan Ibadah Korban.



PsP: Pada kekawan yang balik kampung berhati-hati lah di jalan raya. Elakkan jadi korban di jalan raya.

Thursday, August 25, 2011

Mercun

"Aku doakan la, bebudak yang dok bakar mercun tue putus tangan"

"Seb baik la putus jari je, kalau mampus lagi baik"




Aku tengok ade sesetengah umat manusia kat Malaysia ni cukup anti orang main mercun. 
Asal dengar je bunyik mercun kompem sumpah seranah kuar dan doa yang x elok di lafaz.
Apa kedengki sangat la orang main mercun??
Kalo dengki sangat korang main la mercun tu skali.
Biar la diorang kaya nak bakar duit. lantak la. 
Usah kita pulak yang nak melatah lelebih.


Kan ke baik di bulan yang baik nie kita doakan moga mereka jadi baik.
Cer cuba doakan camni::

"Moga korang suma cepat kaya dan cecapat pindah dari sini"

Xke lagi bagus. X gitu...heeheheh..



Rindu sangat nak balik kampung  main mercun. Lama sudah x main mercun. Kasi orang tua kat kampung aku naik hangin cam zaman bebudak dulu. Walaupun jari tangan kiri aku penah kena mercun, baju melayu aku penah terbakar kena mercun aku tetap nak main gak. 

Kepada kekawan yang sudah bergerak balik ke kampung halaman, berhati-hati masa driving. Ingat jalanraya yang kerajaan bina bukan bapak kita yang bina. Ingat jalanraya dibina untuk suma rakyat bukan untuk kita sorang je. Jadi jangan lah nak tunjuk hero.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, October 14, 2009

MC

Pagi tadi kat opis adakan meeting untuk jamuan hari raya pada Jumaat nie. Dan tugasan aku adalah kena tolong buat hiasan dan jadi MC untuk majlis tue.

Sumpah perkenan pengurusi mesyuarat memnita aku jadi MC. Punye la banyak lagi otai2 dalam opis tue dan pegawai2 tinggi yang tetap, aku yang sekadar menumpang dan menymak ni jugak dia nak suh jadi MC. Adoiyai....

Aku try, aku sahut cabaran walaupun aku tau aku xde bakat...kahkahkahkah

Xpenah sepanjang hidup aku jadi MC majlis, tetiba aku plak yang kena kali nie. Hancusss..........

Da la aku gugup untuk berdiri di khalayak ramai. Aiseymen...Siap ade VVIP tue. Camne aku nak cakap pembuka kata nie? Kang ade jugak kuar my Klate slang kang, kasi VVIP nganga skit...

Ada sesapa leh cadangkan teks ucapan x??

PSP: Perlukah aku MC pada hari tersebut untuk mengelakkan jadi MC???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...