Thursday, August 25, 2011

Mercun

"Aku doakan la, bebudak yang dok bakar mercun tue putus tangan"

"Seb baik la putus jari je, kalau mampus lagi baik"




Aku tengok ade sesetengah umat manusia kat Malaysia ni cukup anti orang main mercun. 
Asal dengar je bunyik mercun kompem sumpah seranah kuar dan doa yang x elok di lafaz.
Apa kedengki sangat la orang main mercun??
Kalo dengki sangat korang main la mercun tu skali.
Biar la diorang kaya nak bakar duit. lantak la. 
Usah kita pulak yang nak melatah lelebih.


Kan ke baik di bulan yang baik nie kita doakan moga mereka jadi baik.
Cer cuba doakan camni::

"Moga korang suma cepat kaya dan cecapat pindah dari sini"

Xke lagi bagus. X gitu...heeheheh..



Rindu sangat nak balik kampung  main mercun. Lama sudah x main mercun. Kasi orang tua kat kampung aku naik hangin cam zaman bebudak dulu. Walaupun jari tangan kiri aku penah kena mercun, baju melayu aku penah terbakar kena mercun aku tetap nak main gak. 

Kepada kekawan yang sudah bergerak balik ke kampung halaman, berhati-hati masa driving. Ingat jalanraya yang kerajaan bina bukan bapak kita yang bina. Ingat jalanraya dibina untuk suma rakyat bukan untuk kita sorang je. Jadi jangan lah nak tunjuk hero.


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

5 Pandangan Kekawan:

Daddy Ziyyad said...

Bagi aku, kita ada hak utk membenci org yg main mercun, walaupun tu duit dia yang dia bakar:

- kalau mercun tu jatuh dalam kawasan rumah kita, terbakar rumah kita, siapa nak bayar?

- Bunyi mercun tu mengganggu jemaah y sedang terawih..kedebommmm..imam tahfiz pu terlupa bacaan.

Kalau si pemain mercun tu main, dan langsong tak melibatkan 2 benda di atas, maka aku tak kisah, main lah sampai mereka mati ke apa, I dont care :)

jedi said...

Btol tue....tue hak memasing nak benci atau x....terpulang....

Eye_nee said...

nak main kat laman dorang sediri akk tak der masalah main lah sampai lobam kat situ...jgn sampai masuk gua punya terotori...nahas...

KhaiRin said...

rindu mercun ms zaman kanak2..mercun skrg buat dosa kering je..bom bang bom bang..sampai terkujat2..

Huzaifa Zahri said...

selamat hari raya bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...