SENARAI SEMAK RAMADHAN
Bagi memastikan kesahihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut amat digalakkan :-
| Bil. | Amalan | (√) |
| 1. | Berniat untuk berpuasa di malam hari. | |
| 2. | Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). | |
| 3. | Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa. | |
| 4. | Memperbanyakkan doa semasa berpuasa. | |
| 5. | Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka | |
| 6. | Menyegerakan berbuka puasa selepas mendapat kepastian masuk waktu solat Maghrib. | |
| 7. | Berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah. | |
| 8. | Bersedeqah dan menyediakan jamuan berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. | |
| 9. | Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah. | |
| 10. | Memperbanyakkan solat sunat di penghujung malam. | |
PSP: Selamat Berpuasa Suma.............
3 Pandangan Kekawan:
semoga dapat melaksanakannya sebaik mungkin!
aku cuma tick kat nombor 1.2 denghan 6~keh keh~~yang lain tu~~insyaallah~
terbaeklah,terima kasih!!
Post a Comment