Wednesday, August 31, 2011

Hari Merdeka ke 54

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Malaysia ke 54. Dan Menyambut Hari Raya yang hari yang Ke2.

54 tahun dulu negara kita telah merdeka dari jajahan British. Pejuang negara berjuang untuk memerdekakan negara. Nyawa, harta dan maruah jadi taruhan demi generasi masa kini.

Tapi kini, bila saja merdeka kita hanya ingat perarakan dan cuti umu cuma. Bagi generasi muda yang alpha sibuk pula merempit, pesta liar, mabuk dan seks bebas tiap kali merdeka. Ada juga yang hhanya kenal Tunku Abdul Rahman sahaja, dan langsung lupa pada Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Janggut dan yang seangkatan dengan nya.

Merdeka ertinya bebas dari penjajahan. Merdeka bukan hanya mengibar jalur gemilang di jalanan. Tapi biarkan darah patriotik mengalir dalam diri, jalur gemilang berkibar di hati. Tegakkan jati diri kita sebagai Rakyat Malaysia. Banggalah kita sebagai rakyat Malaysia.

Bebaskan diri kita. Jangan biarkan minda kita terus dijajah.

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54.

Aku anak Malaysia.

2 Pandangan Kekawan:

Dr. Ben said...

merdeka minda tu yang susah tu

Pok Li said...

Merdeka. Merdeka,Merdeka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...