Thursday, January 12, 2012

Maafkan Aku Duhai KAMU

Dulu aku sering kali merasakan KAMU sentiasa tidak adil pada ku. Aku sering merasakan aku sering kurang mendapat segalanya dari  orang lain. Aku merasakan aku tidak guna di mata KAMU. Aku merasakan aku tiada ertinya di mata KAMU.

Kenapa orang lain boleh dapat pakaian baru, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh dapat kereta remote control, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain boleh pergi bercuti dan melancong bersama, kenapa tidak aku? Kenapa orang lain sentiasa mendapat hadiah, kenapa tidak aku? Kenapakah aku yang sering menjadi MANGSA? KAMU tidak adil adil pada ku? 

Pernah suatu ketika aku meminta kepada KAMU sebuah kereta remote kontrol. KAMU katakan KAMU akan membelikan nya untuk aku. Aku gembira tidak terkata. Aku katakan bahawa aku inginkan kereta remote kontrol yang tiada wayar. KAMU kata OK. Tapi bila tiba di kedai, KAMU katakan KAMU tidak mampu membeli yang tiada wayar. Alasan kamu duit tidak cukup. KAMU membelikan aku kereta remote kontrol berwayar sahaja. Aku terima hadiah itu. Tapi hatiku mencebik. Aku tidak gembira. Aku kata KAMU berkira.

Satu ketika aku meminta pada KAMU. Aku mahukan sepasang Roller Blade. KAMU meminta maaf kepada ku. KAMU katakan bahawa KAMU tidak mampu. Aku menangis sebab kawan-kawan aku semua ada roller blade. Seminggu aku tidak keluar rumah. Malu dengan kekawan.

Aku pernah meminta pada kamu sepasang But Bola Kulit. KAMU katakan ok, KAMU akan belikan. Sepetang aku menunggu KAMU pulang. KAMU pulang bersama satu beg plastik di dalamnya berisi But Bola Kain saja. Aku campakkan But itu. Aku menangis. Aku merajuk. Aku tidak pakai kerana malu dengan kekawan.



Kini, baru aku sedari bukan semua itu kereta remote kontrol, bukan roller blade, bukan But Bola yang menjadi ukuran. Malahan tiada ukuran bagi mengukur KAMU. Kerana Budi dan Jasa KAMU tidak akan dapat aku balas, walaupun dengan jutaan Ringgit ataupun Dollar.

  
KAMU marah bukan kerana benci.         
KAMU tengking bukan kerana geram.     
KAMU pukul bukan kerana dendam.      
Tapi KAMU buat semua itu kerana sayang.  
Mahukan aku menjadi MANUSIA dan bukannya Setan.

Sebenarnya KAMU memang sayangkan aku. KAMU adil pada ku. Banyak sebenarnya yang KAMU hadiahkan padaku tiada terbilang di sini.  



"KAMU hadiahkan pada aku pelajaran yang membawa aku ke puncak jaya. 
KAMU hadiahkan pada aku ilmu agama yang membuka jalan untuk ke Syurga. 
KAMU hadiahkan pada aku makan minum yeng menjadi aku sihat sejahtera.       
KAMU hadiahkan aku kasih sayang yang membuat aku makin dewasa."


Dulu aku BODOH kerana tidak tahu menilai KAMU. Kini baru aku mengerti segala yang terjadi. Kini bila aku di posisi KAMU aku lebih mengerti, aku pahami. Inilah karma hidup. Dulu aku anak, kini aku ibu dan bapa.

Terima Kasih buat KAMU, Ma dan Abah aku. Yang mendidik aku menjadi seorang MANUSIA. Aku selamanya sayangkan Ma dan Abah.




Heykawan : Hargailah dan kasihilah ibu bapa kita.


11 Pandangan Kekawan:

Lifesaver Hamzah said...

siapa tak sayang mak ayah...tak tau la...sejak jadi mak ni..aku lebih faham lagi apa yg mak aku rasa...

jedi said...

@Lifesaver Hamzah
btol tu capa.. Aku pun sygkan ma abah aku..

Tp ada juga yg xcam kita. Sanggup buang mak ayah..

QueeN TerataI said...

tula kdg2 anak2 terlalu ikut perasaan.. bila ibubapa tegur, marah katanya tidak syg, tidak adil, tidak sporting... tp marah itu tegur itu ada sebab dan utk kebaikan anak yg mereka sygi.. kalau mereka x syg pastinya mereka membiarkan segala kesilapan dan kesalahan yg kita lakukan...

jasa dan pengorbanan mereka mmg tidak ternilai.. tanpa mereka siapalah kita di dunia ini.. tanpa mereka kita juga xkn mengenal kehidupan di dunia ni...

CuTeMiUt78 said...

yup sokong sgt.. sayangi la ibu bapa kita selagi hayat...
salam perkenalan

nuyui a.k.a miss YUI said...

stuju sgt..bila kt dh alami,kt sndiri tau.

p/s: terima kasih ya.

kakcik said...

Bila kita sendiri menjadi ibubapa, kita akan faham anak2 akan merasa bagaimana yang pernah kita rasa. Kasih ibubapa tiada galang gantinya.

KhaiRin - anies said...

tanpa mereka sapa la kite

Hidemichi said...

tang tengking sbb geram tu ada gak la sebagai bapak fahim....keh keh.

gedek! said...

kreatif.....

Eye_nee said...

Suatu waktu dahulu AKU juga pernah menyalahkan KAMU..sering rasa KAMU tidak berlaku adil dan tidak sayangkan AKU..Kini AKU telah menjadi KAMU dan AKU tahu.....KAMU itu tidak pernah akan ada galang ganti dalam kehidupan AKU...AKU sayang KAMU...

Panglima Muda said...

salam....cerita tentang kamu tu ok...yang tak ok kau aja, nanti kau akan jadi kamu pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...