Tuesday, January 31, 2012

Nilai Sebuah Perkahwinan???

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??

Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar. 
 Gambar hiasan. Sumber google.com


Ada juga pasangan pengantin yang suka pilih nombor cantik contoh 8,888.88 atau 7,878.00 atau 11,111.11 dan lain-lain lagi. Ye la kahwin sekali je seumur hidup jadi mereka pilih lah nombor yang menarik bagi suatu kenangan yang terindah.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran mengikut tinggi nya pelajaran anak-anak mereka. Releven kah?? Sebagai contoh Diploma nilai hantaran 10k, Degree nilai hantaran 15k, Master nilai hantaran 20k dan kalau PHD nilai hantaran 30k. (Ini contoh sahaja.) Sebab ini ada terjadi dan pernah aku dengar, ibubapa letak hantaran yang tinggi sebab tinggi education anak mereka. Kalian pernah dengar??

Namun ada juga aku pernah dengar ibu bapa letakkan 20k sebagai nilai hantaran untuk anaknya yang lepasan SPM sahaja. Dan kerja di shopping complex. Bila ada orang tanya kenapa letak tinggi? Katanya anaknya menjadi rebutan orang ramai kerana cantik. Kalau tak mahu ramai lagi lelaki yang sanggup. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri?? Kalau dah sayang lelaki sanggup buat, sanggup tak korang???


Atau adakah nilai sebuah perkahwinan adalah terletak pada betapa besarnya majlis perkahwinan yang dia adakan. Adakah begitu?? Ada orang sanggup berbelanja tinggi bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemlilang. Mungkin di hotel lima bintang, tepi tasik atau menaikki cruise dan sebagainya.

Bagi aku tiada bezanya majlis perkahwinan dibuat dibawah flat dengan yang dibuat dihotel lima bintang. Tapi bagi aku baik lagi bawah flat tempat tinggal. Kerana niat asal majlis perkahwinan adalah untuk memberi tahu orang kampung bahawa pasangan ini telah sah menjadi suami isteri. Ini bagi mengelakkan fitnah di kedian hari.



Pada pandangan aku, semua yang di atas bukan nilai sebuah perkahwinan, tetapi nilai sebuah perkahwinan terletak pada kebahagian rumah tangga yang dibina. Kebahgiaan rumah tangga yang kekal adalah tunjang keharmonian rumah tangga. Kalua gaduh sikit-sikit tu biasa lah. Novel pun tak happy selalu, pasti ada sedih dan duka mencelah di antara bahagia. Tapi itu tidak bermakna tiada kebahgiaan di situ.

Untuk mencapai kebahgiaan pastinya sifat tolak ansur, saling menghormati, saling memahami dan tolenransi memainkan peranan penting. Semoga setiap masjid yang di bina akan selamanya di sinari sinar kebahgiaan dan keimanan. Sekian.




Heykawan : Lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri.

17 Pandangan Kekawan:

KhaiRin - anies said...

suka artikel ni...
ramai yg xmenyedari yg plg penting adalah APA YG BERLAKU SELEPAS PERKAHWINAN ITU.sy penah dgr sendiri cerita benar yg mengatakan ada sebuah perkahwinan yg ckp gah tp akhirnya berakhir SELEPAS 6 BLN AKIBAT TIDAK PERSEFAHAMAN...kalu majlis tu bernilai 200k alamatnyer lom sempat nk jelaskan hutang, penganting da cerai...

redza said...

kesian org lelaki..terpaksa ikat perut kumpul duit semata-mata nak kawen

eMMe said...

hehhee... ikut kemampuan la better, takmo la letak nilai tinggi, nnt org salah tafsir, nak menunjuk ke? pas kawen nak makan pasir???

hehehe~

she-G said...

hidup lepas kawen jgn berhutang suda...takat nak hantaran besar tp lepas tu anak kua pon ber bin kan bank rakyat...huuu...bek tok sah...

Eye_nee said...

Berbalik lah semula kepada yg wajib nya...kita seringkali tunduk dgn kata2 org sehingga mengetepikan apa yg wajib dibuat...Kerana mahu menunjuk-nunjuk...takut anak2 nnt yg kene pikul hutang....byk kes..anak2 buat loan bank sbb nak kawin...

Pok Amai-Amai said...

Bukan kesian kat org lelaki. Tp kesian kat org yg ltk harga hantaran tu.

=p

jedi said...

@KhaiRin - anies
thanks kak...hanya ekspesi diri dan pandangan...

btol byk yang jadi kawen kejap pastu cerai...cam baju je dibuat nya...pakai dan buang...

semoga kita dapat atasi semua ni...

jedi said...

@redza
tu la...berhutang sana sini sebab nak menikah...hahhahah

jedi said...

@eMMe
begitulah sebaiknya...mementingkan selepas kawen...bukan gah semasa majlis pastu menanggung hutang...

jedi said...

@she-G
hahhaa...btol tue...tajam menikam ayat tu....hahahha

jedi said...

@Eye_nee
bukan banyak kes...majoriti gitu skang kak...

tp susah nak sedarkan orang kita...kalo leh majlis biar 7hari 7malam...

jedi said...

@Pok Amai-Amai
kesian jugak org lelaki yang terpaksa berhutang..hehhehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus artikel ini..elok benor utk org yg lom kawen cam yui ni..huhu.

zulkbo said...

salam..
ermm..mengikut tingkatan pelajaran seseorang ye..apa nak buat..semua ni adalah darjat manusia..perkara yang halal jadi susah..sebaiknya di permudahkan..teringat kisah Ahmad Albab..pengajaran kisahnya..rezeki Allah ada di mana-mana bukan taraf pendidikan dan master seseorang..he he..

Puteri Biru said...

bernilai di sisi Allah jika rumahtangga dijadikan platform tingkatkan amal ibadah menuju redha Ilahi..


takda nilai perkahwinan kalau nak dinilai dgn wang ringgit semata-mata.

KhaiRin - anies said...

p/s i'll be at PWTC by tuesday next week...dtg ye

Shukri Mohd Ali said...

banyak kena belajar lagi ni...baru bulih kawen :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...