Monday, January 30, 2012

Tahniah Buat Semua

Tahniah wat semua pemenang. Semua yang telah berjaya. Walaupun tidak berjaya teruskan usaha, suatu masa pasti akan datang jayanya.

Tahniah buat Hafiz, M.Nasir dan Buddhi Hikayat yang telah menang Juara Lagu ke-26. Hafiz hebat dalam membuat persembahan dan kawalan vokalnya. Tak hairan dua tahun berturut-turut memenangi Vokal Terbaik. Sifu M.Nasir dengan alunan lagu yang cukup hebat dan bertenaga ditambah dengan lirik puitis dari Buddhi Hikayat.

Trio tiga suara Ning, Jac dan Shiela Amzah memekaukan semua vokal mereka bertiga yang hebat. Persembahan yang bersahaja tapi berjaya menarik perhatian dengan vokal dan lagu serta lirik yang hebat. Trio mendapat tempat ke-2.

Faizal Tahir macam biasa dalam semua lagu dan persembahan pasti ada tenaga. Bagi aku pujian buat beliau yang tampil dengan gaya yang tersendiri. Menggunakan konsep api yang bersesuaian dengan lagu Karma.

Bagi aku keseluruhan persembahan AJL 26 memang sangat hebat dan mantap. Antara persembahan yang aku suka adalah persembhan opening oleh Jamal, Awie dan Shiela Majid dan penutup oleh Black, Hazama dan Lan. Bagi aku semua peserta juara lagu kali ini memang hebat. Walaupun tiada aksi, berenang dalam tangki air, aksi satu sekolah menyanyi beramai ramai, aksi penyanyi di usung dengan tanjak dan lain-lain lagi. Persembahan tetap hebat dengan vokal penyanyi hebat yang masuk ke AJL 26.

Aku paling suka persembahan Monoloq yang bersahaja dengan tampilkan pasukan pancaragam.(Walaupun aku xreti main pancaragam, memang persembahan pancaragam memang sentiasa aku nanti. I like pancaragam).



-----------------------------------------------

Tahniah juga buat pasukan kegemaran aku Aresnal yang telah menang 3-2 keatas Aston Villa dalam FA Cup. Dan juga pasukan The Red Warrior yang telah menewaskan Kuala Lumpur 3-0. Penyokong Man Utd pasti kecewa dengan persembahan hebat Liverpool yang menyebabkan mereka kalah 1-2. Dirk Kuyt memang seorang winger/penyerang yang hebat.


18 Pandangan Kekawan:

redza said...

kawe minat yuna....liverpool terbaikkk

Masy said...

bukan tanjak la, it's tandu. tanjak tu benda yg si Loque pakai atas kepala tu hehehe

Kakzakie said...

Jadi penyanyi sekarang sangat lumayan kan...

pB said...

sib baik Yuna tak menang

Pok Amai-Amai said...

Aku double suke klu lagu POKOK tercalon.

=D

she-G said...

tak tgk ngat...sbb rabut remote dgn anak...kene la ngalah kan..muahahaha,tp part main pncaragam tu mmg suka..rasa best sgt...(smpt tukar2 canel kejap)

eMMe said...

lagu Penakot tu sedap le
awat tak menang, juri tak pandai pilih le, heeeee~

Eye_nee said...

tak dapat tgkkkk..huhu...Nakhoda tgk Tenis la pulak anak kapal tak terdaya nak melawan ckp...Ye haaaa...MU kalah 1-2...jikalah tandukan andy carol tak terkena palang....

Shukri Mohd Ali said...

wah macam ucapan orang yang menang saja tuan blog. hehehe :D

jedi said...

@redza
liverpool mmg terbaik....

jedi said...

@Kakzakie
ye ehh...sudah tukar ka??

jedi said...

@Kakzakie
aah...nasib baik suara saya x sedap..kalo x mmg dah nyanyi dah...

jedi said...

@pB
mesti dia cakap ini tidak adil...tidak adil....hahahaha

jedi said...

@Pok Amai-Amai
aku pun suka lagu pokok tu

jedi said...

@she-G
hehe...terpaksa mengalah...

jedi said...

@eMMe
juri dah cuba yg terbaik....

jedi said...

@Eye_nee
liverpool byk peluang yg miss...tp andy caroll sy xsuka sgt, lagi best kunyit (kuyt)...hehehehe

jedi said...

@Shukri Mohd Ali
kekekekeke...aku xpernah menang lagi...hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...