Thursday, January 26, 2012

Port Sarapan : Lan Roti Canai

Kalau yang duduk area Pantai Dalam dan UM mesti biasa ngan port ni, Lan Roti Canai. Kalau ikut peta geografinya ataupun google maps kedudukannya dekat ngan Kg Kerinchi atau skang lebih dikenali Bangsar South (Pasni orang xkan kenal la Kg Kerinchi kot...hurm). Bak kata bini aku memang lama dah wujudnya Lan Roti Canai ni, masa dia kekanak lagi.

Bukan senang kat KL ni nak cari kedai roti canai yang orang Melayu buat banyak Mamak je. Leh kata hampir 98% kedai roti canai Mamak buat. Kalau kat Kelantan memang biasa sangat, peniaga roti canai kat Kelantan leh katakan hampir semua Melayu.

Bagi aku, Roti Canai Lan ni lagi sedap dari yang kedai Mamak punya. (Ye la...Memasing ada selera memasing kan). Roti dia leh dikatakan lembut. Roti dah sejuk pun lembut lagi. Xde la cam sesetangah roti canai hanya sedap dimakan time panas, bila dah sejuk jadi cam roti kayu.






 Gambar blur dari Hp aku. 
Semua yang ada tu suma orang yang makan kat Lan Roti Canai

 Tukang bungkus dan tukang tebar yang sibuk melayan pelanggan.

 Beratur tunggu order siap.

 Signboard kat dalam kedai.

  
  Juadah lain yang ada kat Lan Roti Canai
 
 Ni rupa Roti Canai nya. Sama je ngan lain-lain.
Tapi rasanya memang berbeza.


Heykawan : Bisnes roti canai lagi kaya dari bisnes MLM kot.

14 Pandangan Kekawan:

Kakzakie said...

Kalau mencanai bolehlah kakak buat tapi kena menebar memang tak pandai...

nuyui a.k.a miss YUI said...

jauh sgt dr perak..hihi

Mr PenyuBiru said...

wpun pagi tadi dah pekena roti canai,tapi bila baca entri ni terliur lah plak.hampeh...hehe

KhaiRin - anies said...

jauh la nk g tp kalu time cuti tkt da abes bla smpi

Lya Colours said...

saya punya sepupu pon meniaga roti canai. lan jugak nama dia. tapi bukan kat situ la, kat puchong, kg sri aman. sedap roti dia. tak berminyak and crunchy2 di luarnya

titan said...

datang banting la..banyak roti canai. hehe..

QueeN TerataI said...

tp tula kan.. kita lbh nampak kedai mamak je berbanding kedai melayu.. padahal ada je roti canai yg melayu buat lg sedap dari kedai mamak...

Eye_nee said...

sg buloh ke kg kerinchi..tak jauh mana ni bro..boleh jugak akk try ni...

gedek! said...

dah haji dah pon si Lan tu...

redza said...

kawe dh 2,3 bln xmakn roti canai boh

Juliet_iRa~" said...

xpnh mkn kat situ..hee..jauh..

psss : msti sll mkn kat jalan bellamy tu ea..fames kan ikan bakar kak jat tu..

nabilah_2908 said...

kt Melaka...banyak juga orang melayu jual roti canai..

mudah la nak cari....ada kuah..ada sambal..

kalau kat kedai mamak..payah nak jumpa sambal utk roti canai.. :)

puding roti said...

sedapnya roti canai..minat2.

Puteri Biru said...

pernah makan sarapan roti canai kat sini sekali. weekend kalau tak silap. okla. sbb melayu punya kan. mana nak carik dah kat KL ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...