Tuesday, January 10, 2012

Muhammad Al Fateh # 1

Surau Muhammad Al- Fatih


Surau Muhamma Al- Fatih di Kampung Batu Muda Tambahan. Semalam buat kali pertama aku singgah di surau berkenaan untuk solat zohor berjemaah. Surau ni agak selesa dimana di ruangan solatnya adalah berhawa dingin. Dan aku tengok jadual kelas agama pun penuh. Kalau aku duduk kawasan ni mesti best.

Berbalik kepada tajuk Muhammad Al Fateh. Siapakah Muhammad Al Fateh? 

Aku pun sebelum ni tak tahu dan tak kenal siapakah beliau. Sebab aku jarang mendengar nama beliau. Tapi setelah tahu mengenai baginda. Barulah aku sedar Muhammad Al Fateh merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Islam.

Muhammad Al Fateh adalah Sultan Muhammad bin Murad, iaitu salah seorang Sultan dari kerajaan Islam Uthmaniah yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi. Gelaran Al Fateh adalah bermaksud 'Sang Penakluk'. Ayahanda Sultan Muhammad iaitu Sultan Murad yang mengelarkan Sultan Muhammad dengan gelaran Al-Fateh dengan harapan Sultan Muhammad akan berjaya 'Menakluk Kota Konstinanpel'. 

Baginda juga merupakan anak didik Syeikh Syamsudin (keturunan Abu Bakar As-Sidiq). Syeikh Syamsudin pernah berkata kepada Sultan Murad bahawa 'Bukan baginda yang akan menakluki Kota Konstinanpel tetapi anak di dalam buaian itu. (Iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh)'. Syeikh Syamsudin juga merupakan penasihat baginda dalam mentadbir negara.

Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya menakluk Kota Konstinanpel atau pun lebih dikenali sebagai Istanbul sekarang ini. Istanbul adalah bermaksud 'Islam Keseluruhannya'.

Penaklukan Kota Konstinanpel sebenarnya bermula dari zaman Khalifa Ar Rasyidin lagi. Ia bermula ketika Rasulullah SAW ketika mengali parit ketika perang Khandaq, baginda bersabda bahawa
"...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Hadis ini adalah 800 tahun sebelum Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki Kota Konstinanpel. Sebelum kejayaan beliau, telah banyak serang dilancarkan bagi menawan Kota Kontinanpel oleh para sahabat dan juga pemerintah kerajaan  Islam sebelum Sultan Muhammad Al Fateh. 

Insyallah....Dalam entri berikutnya akan aku buat berkenaan Kronologi Serangan ke atas Kota Konstinanpel, Fakta Mengenai Kota Konstinanpel dan Keperibadian Sultan Muhammad Al Fateh.


Heykawan : Sejarah Islam memang indah untuk dikaji dan didalami.

13 Pandangan Kekawan:

Daddy Ziyyad said...

saya hampir2 nak namakan anak saya Muhammad Al Fateh..ya, beliau seorang pejuang yg hebat, bukan beliau sahaja, malahan barisan tenteranya, tu pasal berjaya buka Constantinapole

jedi said...

@Daddy Ziyyad
btol tu. Kalau dibca sejarah mereka. Perjuangan Jihad mereka memang jauh bezanya dari perjuangan kita.

Lifesaver Hamzah said...

yeah!aku tau! lepas ni kalau aku pregnant lagi...aku suruh KE letak nama ni...aku cop!cop!hahaha


btw, tq beb utk info.sangat2 berguna!

nuyui a.k.a miss YUI said...

info yg berguna ni..ramai yg tau n nak tau kan.

aLeen aVriL said...

kalau macam tuh join la kontes tuh...

join la join la join la.....

Mr PenyuBiru said...

nice info bro...skang baru ku kenal..

Shukri Mohd Ali said...

dalam usia muda sudah takluk konstatinopol.

Ct Aja said...

owhhh baru kenal siapa fateh ni sbnr..

KhaiRin - anies said...

tingat psl amek subjek 'osmanli history'..
score giler subjek ni hehehe

PinQib said...

hee/. sunggguh sjarah islam memang x kan same ngan mane3 sejarah dunia ni.. eh.. kalau camtu dekat KL la ni???

Cik SHiNJU said...

Terima kasih sharing...
Mengingatkan kembali sejarah kegemilangan Islam...

Eye_nee said...

Info yg berguna utk dibaca...mnegetahui sejarah ketamadunan Islam...punya pemimpin yg agung seperti beliau dan juga bala tentera yg hebat.

chii said...

pernah terbaca gak cerita pasal muhamad al fateh...cuma lupa dari sumber mana..

nak iktkan..mmg menarik kalau kita pelajari ttg sejarah islam..lebih2 lg ttg para ilmuwan islam =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...