Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Kita Merancang Tuhan Menentukan

Tadi balik dari kenduri bersama biras aku kat Sungai Siput (25 Disember 2011), terdengar ceramah dari sorang Ustaz, xpasti namanya sebab dengar pun dah separuh jalan jadi tak la clear sangat. Tapi ceramah dia menyentuh pasal 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' dan aku rasa ianya baik untuk aku kongsikan bersama korang. Dan kalau aku tesilap jangan malu untuk tegur dan kita bahaskan.


Orang kita terutama orang Melayu selalu menggunakan alasan 'Kita Merancang Tuhan Menentukan'. Dalam banyak perkara kita gunakan alasan macam tu. Kekadang dalam keadaan yang tidak sesuai.

Seingat aku, Ustaz tu kata 'Kita Merancang Tuhan Menentukan' adalah bermaksud kita telah merancang serta berusaha yang terbaik dan seterusnya kita bertawakal kepada Allah swt. Dan apa yang plaing penting dan perlu ditekankan di sini adalah PERANCANGAN dan USAHA kita itu barulah diikuti TAWAKAL. Bukan hanya berserah pada nasib dan takdir semata-mata.

Sebagai contoh, kita datang lewat ke tempat kerja. Dan kita menyatakan kepada bos bahawa 'Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan, itu yang menyebabkan saya terlambat.' 

Hal ini boleh diberikan alasan sebegitu sekiranya kalau kita telah bergerak awal tetapi terlambat kerana terlibat dalam kemalangan, kereta/moto breakdown dan lain-lain halangan. Tetapi sekiranya sememangnya kita lewat bangun dan selalu begitu, itu bermakna kita tiada perancangan. Itu boleh dikatakan habit kita yang suka datang lewat.

Sama juga dalam hal belajar, kekadang kita selalu mendengar pelajar biasa bercakap 'Berserah sahaja lah, aku telah berusaha'. Ucapan itu memang sesuai sekiranya kita telah berusaha sehabis baik. Berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai kejayaan. Bukan hanya masuk exam, dan jawab soalan tanpa berlajar dan ulangkaji secara bersungguh-sungguh. Tapi jangan dilupa untuk berdoa dan tawakal. 

Oleh itu, apa yang penting disini ialah dalam kehidupan harian kita. Kita memerlukan perancangan yang terperinci dan disertakan usaha yang setimpal bagi mencapai kejayaan yang diinginkan. Barulah kita berdoa, tawakal dan berserah kepada Allah swt untuk menentukan. 


Sempena akhir tahun ini, samalah kita merancang untuk tahun depan. Merangka kejayaan yang ingin kita capai di tahun depan.

Sekian.


Heykawan : Semoga perkongsian ini berguna untuk semua.

Thursday, December 1, 2011

BODOH: Bodohkah mereka??


Maaf aku pohon terlebih dahulu sekiranya entri yang aku tulis ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
  •   ‘Kau bodoh. Sia-sia je aku ajar kau.’ 
  • ‘Buat lah apa yang kau suka. Dasar bodoh berkali aku ajar sama saja’ 
  •   ‘Orang bodoh cam kau ni memang tak guna’
Ini adalah antara templak yang pernah digunakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku dahulu. Memang niat mereka murni, nak mengajar pelajar supaya menjadi pelajar yang hebat atau pelajar terbaik.

Aku tak paham bila ada sesetengah cikgu yang suka mengherdik pelajarnya menggunkan perkataan ‘BODOH’. Ye mungkin pelajar itu pelajar yang corot, pelajar tercicir atau pelajar dari kelas bawah. 

Kerana perkataan ‘BODOH’ adalah pembunuh semangat pelajar. Membunuh jiwa pelajar untuk belajar dan ubah diri mereka. Mungkin ada sesetengah pelajar yang akan ambil itu sebagai suatu cabaran dalam hidup dia dan membuktikan pada dunia yang dia tidak BODOH.

 Tapi ada juga sesetengah pelajar yang akan terus MATI dan tenggelam. Dimana mereka akan mengangap diri mereka BODOH. Dan tiada guna mereka belajar pun kerana mereka tidak dipandang pun. Mereka akan tetap di anggap BODOH.

Aku juga tak paham dengan sesetengah guru yang pilih bulu hanya memberi penekanan kepada pelajar di kelas atas. Mereka akan mengajar bersungguh-sungguh pelajar kelas atas bagi mendapatkan sebanyak mungkin gred A.

Dan akan mengajar pelajar kelas bawah dengan sambil lewa sahaja. Malah ada sesetengah tu langsung tidak masuk pun untuk mengajar. Dengan alasan ‘MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG’, kalau dah buluh camne nak betuk lagi.

Ingat ‘KATA-KATA ADALAH SUATU DOA’. Terutama yang diucapkan oleh ibu bapa dan guru.

Janganlah BUNUH jiwa pelajar. Biarkan mereka berlajar dan terus belajar. Kesilapan adalah pelajaran terbaik. Didiklah mereka sebaiknya, gunakan kepakaran psikologi. Kerana kita tidak tahu masa depan kita. Mungkin juga mereka yang kita kata BODOH itu adalah pemimpin hebat di masa depan.

Ingat pepatah Melayu ada berkata ‘Belakang Parang Lagi Diasah Tajam Akhirnya’. 

Semua manusia tidak bodoh. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri dan berbeza. Perbezaan ini lah akan mewujudkan satu dunia saling memerlukan antara satu sama lain.

Heykawan : Aku menulis berdasarkan pengalaman aku belajar di sekolah dulu. Mungkin sekarang hal ini tidak lagi terjadi. Dan itulah yang aku harapkan. Aku tidak mahu generasi sekarang lalui apa yang aku lalui.

Friday, November 18, 2011

My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal


Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama, aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.

Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.

Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.

‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’

‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita buat operation’

Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.

Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu, minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan. Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali ke-2 pun sudah.

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu mertua  aku dari pagi bersama aku menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak sampai ke 10cm. 

Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.

Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.

‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak angkat ke?’

‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’

Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku. Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru berusia lebih kurang sejam pada masa tu.

‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’


 Hari pertama.

Saat pertama membuka mata melihat dunia.

Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi ikut aku kot.

Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.

Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat yang tidak terkata bagi aku. 

Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku. Dari seorang suami kepada seorang bapa.

Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...