Showing posts with label kongsi. Show all posts
Showing posts with label kongsi. Show all posts

Wednesday, December 7, 2011

Kerja Gila

 Yang ni kat Malaysia.
Angkut 'Bathtub' pakai moto. Terbaik.



 Kalo kat Malaysia biasa kita tengok panjat tiang licin.
Ni pulak panjat tiang bilah parang. Apa macam.
Tak sakit ke bang??


 Yang ni lagi terbaik.
Wayar punye la berselirat. Seb baik tiang elektrik kat Malaysia tak begini.



Friday, November 18, 2011

My First Time: Sambut Kelahiran Anakku Muhammad Afif Haiqal


Sebenarnya Isteri aku bersalin agak lewat. Iaitu lewat 9 hari dari due date yang dijangkakan doctor. Dalam menantikan kelahiran anak pertama, aku gembira dalam chuak. Gembira kerana aka nada anak yang akan menyerikan kehidupan aku dan Isteri. Chuak kerana ‘this is my first time’, aku langsung tak tahu apa yang akan jadi dan apa yang perlu aku buat.

Oleh sebab itu aku amik cuti seminggu bila Isteri aku dah dekat nak due. Seminggu lah aku jadi driver kehormat kepada bini aku. Dalam dok driving chuak jugak, pasal ada dengar banyak kes bersalin dalam kereta. Takut jugak. Tapi Alhamdulillah, tak jadi camtu.

Bila dah lebih due seminggu, 3 Nov 2011, jam 7.30pagi aku hantar Isteri aku ke wad bersalin PPUM seperti yang diarahkan doctor. Masuk je wad tu, cam biasa la Isteri aku disarungkanlah pakaian seragam pesakit. Tapi masih tiada tanda-tanda mahu melahirkan anak lagi masa tu.

‘Apa yang akan jadi lepas ni? Sampai bila akan di tahan??’

‘Oleh sebab Isteri awak tiada kontraksi lagi. Maka kita akan induce pertama kali. Kalau tiada lagi kita akan induce kali kedua. Jika semua ok, buka elok semua mungkin akan ikut langkah biasa. Jika ada buka sikit, dan kita boleh pecahkan air kutuban, kita akan buat. Kalau x juga terpaksalah kita buat operation’

Panjang explaination dari doctor bila aku tanya.

Dari 7.30 pagi aku dah kat hospital. Saat ke saat berlalu, minit ke minit pergi dan jam ke jam bersilih ganti. Masih lagi tiada bukaan. Ada kontraksi. Tak sampai hati melihat isteri aku menanggung sakit. Induce kali ke-2 pun sudah.

Jam sudah menunjukkan 9.30 malam, kesian melihat ibu mertua  aku dari pagi bersama aku menunggu. Aku suruh dia balik dahulu ngan kakak ipar aku. Apa-apa hal aku akan hubungi mereka. Maklumat terkini bukaan baru 3cm. Biasanya lambat lagi nak sampai ke 10cm. 

Tinggal aku seorang bersama suami-suami lain yang menunggu isteri memasing. Seorang demi seorang bayi dan ibu ditolak keluar wad, mereka telah selamat bersalin. Isteri aku belum lagi.

Dalam kepenatan aku terlena beberapa kali dan entah jam berapa. Kira-kira jam 1.15 pagi, 4 Nov 2011, seorang nurse kejutkan aku supaya melihat anak. Dalam mamai aku gembira dengar isteri aku telah bersalin.

‘Jom ikut saya, tengok anak kamu. Cepat azan kan dia. Nak angkat ke?’

‘Biar lah dia di bawah. Tak berani nak angkat’

Jawab aku bila nurse tanya pasal nak dukung ke tak anak aku. Dalam keadaan mamai aku memang tiada keberanian untuk dukung anak aku yang baru berusia lebih kurang sejam pada masa tu.

‘Baby lahir jam 12.02pagi, 4 Nov 2011. Berat baby 3.21kg’


 Hari pertama.

Saat pertama membuka mata melihat dunia.

Terang nurse pada aku. Aku iyakan aje. Pada masa tu aku hanya menatap wajah comel anak aku yang baru lahir. Iras isteri aku. Tinggi ikut aku kot.

Lepas dimasukkan ke wad kira-kira jam 5.00pagi barulah aku mendukung anak aku buat kali pertama.
Memang terharu bila buat pertama kali aku menatap wajah kecil anak aku. Hati amat gembira bila mendapat
tahu isteri dan anak aku selamat. Alhamdulillah.

Melihat anak aku membesar setiap hari adalah suatu nikmat yang tidak terkata bagi aku. 

Pengalaman menanti kelahiran anak sulung aku juga amat bererti dalam hidup aku. Menandakan bermulanya satu era baru dalam hidup aku. Dari seorang suami kepada seorang bapa.

Semoga Muhammad Afif Haiqal menjadi anak yang soleh serta hormat pada ibu bapa dan orang tua. Moga sayangku menjadi orang yang berguna kepada masyarakat.

Terima kasih, Isteriku. Semoga cinta yang kita sulamkan selama ini kekal selamanya.
 




Tuesday, August 16, 2011

Bazar

Bulan puasa. Cam biasa lah port terbaik adalah Bazar Ramadhan.

Port untuk cari juadah berbuka puasa. Bukan port untuk berbuka puasa pas Azan Asar ataupun Azan zohor ye tapi azan Maghrib.

Dengan bersemangat waja, dengan pakai baju kerja dan berselipar jepun. Aku melangkah ke dalam bazar ramadhan.

Bau-bauan yang enak dan semerbak menusuk jiwa. Bau kuih muih dan juadah, bau peluh para pengunjung dan peniaga serta xlupa juga bau perfume awek awek yang bermekap 10inci datang ke bazar ramadhan.

Toleh kiri lazat, toleh kanan enak. Jalan je ke depan. Memacam ada karipap, cekodok, onde-onde, akok, ikan bakar, itik panggang dan xlupa juga kuih koci. Segar mata tengok kuih muih yang berwarna warni. Meriah kan cam warna pelangi pun ado.

Hampir 30minit masa aku amik untuk meronda keseluruhan bazar. Dan bersama juadah kegemaran di tangan. Kiuh onde-one a.k.a buah melaka 6 biji (RM 1.20) dan 3 biji karipap (RM 1.20).

Alhamdulillah... Berjaya juga aku berjimat cermat ari nie. Esok belom tau.



PSP: Semoga ini bukan Ramadhan terakhir bagi ku. Amin.



Monday, January 25, 2010

Hasad Dengki

"Apakah mereka mendendami manusia disebabkan suatu kelebihan yang ALLAH berikan kepada mereka" Surah an-Nisa' ayat 54

"Jauhilah diri kamu daripada dengki kerana dengki itu memakan segala amalan kebajikan seperti api memakan kayu" Riwayat Abu Daud

"Janganlah kamu dengki mendengki. Jangan kamu putus memutus hubungan, janganlah kamu benci menbenci, hendaklah kamu semua wahai hamba ALLAH hidup bersaudara dan haram bagi seseorang Muslim itu menjadi saudaranya tidak bercakap selama tiga hari" Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad dan Muslim



PSP: Renungkan ayat-ayat diatas, hasad dengki hanya akan melemahkan dan menghancurkan perpaduan masyarakat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...